Ternyata ada segelintir daripada kita yang berjaya pulang ke kampung bagi menyambut syawal baru-baru ini. Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila masing-masing perlu pulang semula ke bandar untuk bekerja.

Sekatan jalanraya sudah tentu akan membuatkan mereka yang selamat sebelum ini berdepan dengan tindakan undang-undang. Namun begitu, jangan pula mencipta alasan tidak mahu pulang bekerja gara-gara takut disaman atau dikompaun. Baliklah semula dan jangan sampai anda hilang kerja.

Baliklah, Biar Kena Kompaun

Semua penjawat awam dan pekerja swasta yang berjaya meloloskan diri merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri di kampung perlu bersedia berdepan tindakan undang-undang apabila mahu pulang ke ibu negara atau ke tempat kerja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan terbabit perlu bersedia untuk dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun beliau menasihatkan penjawat awam dan pekerja yang berjaya lolos merentas negeri supaya tidak menjadikan alasan takut dikompaun sebagai punca enggan kembali untuk bekerja semula selepas pulang bercuti.

“Seperti saya katakan, selepas dapat balik kampung, bukan ada jaminan tidak lepas daripada tindakan polis untuk balik semula ke tempat kerja. Berani buat, berani tanggung.

“Kalau balik semula tak boleh lolos, bayarlah kompaun. Kita tak tahan mereka pulang (untuk bekerja), kita galak mereka pulang tetapi jangan pula kerana takut dikompaun sehingga tak balik pula dan hilang kerja pula,” katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya.

IKLAN

Baca Sini:

Sekarang Baru Tahu NIKMATNYA Balik KAMPUNG!

Janganlah Panik Balik Kampung, Dibuatnya Positif Covid-19, Satu Famili Kena

Sekatan Jalan Raya Di Setiap Plaza Tol

Ismail Sabri berkata, polis akan membuat sekatan jalan raya di setiap plaza tol untuk menyekat cubaan perjalanan merentas negeri ketika tempoh PKPB.

IKLAN

Anggota polis juga akan ditempatkan di semua terminal pengangkutan darat, udara dan laut bagi tugasan mengawal pergerakan rentas negeri.

Dalam pada itu, kerajaan tidak akan melonggarkan SOP kebenaran ziarah atau beraya selepas hari pertama Aidilfitri sepanjang tempoh PKPB. Sebarang aktiviti kunjung mengunjung atas alasan bagi menyambut Aidilfitri adalah melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

“SOP kita hanya pada hari pertama saja dibenarkan sambutan Aidilfitri dan 20 orang (dibenarkan ziarah) untuk hari raya pertama, hari seterusnya tidak ada lagi (kebenaran).

“Semalam saya tengok dalam berita, hari raya kedua polis terus pantau, ada yang dapat kompaun terus. Perlu diingatkan, kebenaran ziarah hanya pada raya pertama saja. Hari lain, menyalahi SOP kerajaan,” katanya.

Pengecualian Kes Pengebumian

Mengenai kes lain, beliau berkata, kerajaan sedia membantu menguruskan perjalanan seorang wanita yang tinggal di Singapura bagi menghadiri majlis pengebumian suaminya di negara ini.

IKLAN

Sambil mengakui tidak dimaklumkan mengenai kes itu, beliau berkata, ada pengecualian tertentu bagi kes seperti itu untuk memasuki negara ini untuk menghadiri upacara pengebumian.

“Dia boleh melawat tetapi perlu memakai pakaian kelengkapan kesihatan (PPE) hingga sampai ke kubur. Kita juga membenarkan untuk merentas negeri selama tiga jam maksimum dengan diiringi petugas barisan hadapan dan selepas itu dihantar balik,” katanya.

MW: Baliklah semula meneruskan tugas hakiki, walaupun bimbang dengan tindakan undang-undang janganlah sampai mak,ayah kehilangan kerja pula. 

Sumber: BH Online