Pernikahan menyingkap segala-galanya. Kelebihan dan kekurangan saling diimbangi dan ditampung bersama hingga mewujudkan keserasian dalam perkahwinan mereka buat selama-lamanya.
Dan isteri adalah orang penting bagi seorang suami hingga apa saja situasi yang berlaku sama ada ketika berada dalam kesusahan, kebuntuan atau kegembiraan isteri tempat bercerita, mengadu dan meluahkan segala-galanya.
Sebelum mengambil keputusan menyunting pasangan untuk dijadikan teman hidup, seorang lelaki perlu membuat pilihan tepat supaya perkahwinan yang dibina berkekalan.
Mungkin anda boleh jadikan cerita bahagia pasangan sejoli, Noh Salleh dan Mizz Nina sebagai permulaan menghargai pasangan hidup yang ada di sisi…
“Saya tak berpeluang belajar di IPTA, tamat SPM saya memilih untuk ceburi bidang nyanyian. Rezeki ikut musim ada permintaan, ada duit, ada hari hanya makan nasik lemak pagi, tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab tiada duit. Kemudian niat dalam hati.
“Ya Allah, aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku”
Kemudian Allah bukak pintu rezeki, masih merangkak kemudian saya berjumpak Misz Nina, saya pinang dia. Alhamdulillah, dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket hanya ada RM8 ribu genap. Saya ulang, RM8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah.
Ads
Saya katakan pada Nina;
“Girl, if you want to marry me, i’m a nothing… I have nothing. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I’m able to do it” dan Nina terima.
Sekarang alhamdulillah, dari niat yang baik, dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah. Berhijab, sudah tidak make up, bajunya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.
Semuanya, LILLAHI TA’ALA. So ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him.”
Percayalah, tiada yang lebih membahagiakan buat seorang suami selain dikurniakan isteri yang solehah.
Ads
Aktif Beri Bantuan Rakyat Syria
Jika selalu mengikuti perkembangan pasangan ini di laman Instagram, mereka berdua sangat aktif dalam misi kemanusian membantu pelarian Syria. Teruja melihat semangat mereka berdua dan tahukah anda, tahun ini adalah tahun ketujuh rakyat Syria menyambut Ramadhan di dalam suasana perang. Malah derita mereka dibom saban hari masih sama sejak hari pertama mereka diuji. Tidak berkurang sedikitpun.
Malah baru-baru ini, rejim menggunakan bom yang mengandungi kimia untuk membunuh anak-anak di sana secara senyap. Syria mungkin perlahan-lahan dilupakan. Tetapi untuk kita yang sentiasa mengikuti berita tentang mereka, Syria tetap di hati.
Sejak tahun 2013, Cinta Syria Malaysia bergerak membantu saudara Syria kita yang berada di Jordan setiap kali tibanya bulan yang mulia ini. Manakala tahun lepas, mereka bawakan sedikit kelainan dengan menghantar bantuan terus kepada rakyat Syria di dalam dan pelarian Syria yang berada di Turki.
Selain Noh Salleh, Mizz Nina, dan PU Rahmat, saudara Khairul Hakimin juga turut ke Syria.
Ads
Tanpa berselindung, Noh juga menyatakan dia banyak menangis ketika berada di sana bukan sebab simpati terhadap kehidupan yang dilalui pelarian Syria tetapi mengagumi usaha, kesungguhan, keberanian dan keikhlasan pasukan sukarelawan Fatiha Shuib and Friends yang banyak membantu pelarian di sana.
Mizz Nina Dan Noah Semangat Bantu Ibu Tunggal Di Sana
Melalui perkongsian Noah di laman Instgram miliknya, Noah dan isteri sangat bersemangat membantu golongan fakir dan ibu-ibu tunggal di sana.
“Siang tadi kami pergi hantar barang-barang keperluan kepada ibu-ibu tunggal dan fakir miskin. Kalau tengok kat instastory kita, besar size kotak tu dengan beratnya, dengan kenderaan yang sangat terhad sizenya, dengan ahli @cintasyriamalaysia ramainya kami sempat hantar dann lawat beberapa rumah. Namun cukup mendalam cerita al kisah derita ibu-ibu tunggal ini dengan anak-anak diorang membuatkan kami lebih semangat untuk berbakti.”
“Kat gambar atas tu saya dan Puan Hajjah sedang deting sementara menunggu tuan rumah yang belum sampai. Kata nya lagi 10 minit, so kami pun chill.
Semua source beli barang-barang bantuan dan berbuka adalah dari sumbangan korang buat #ramadan4syria. All from you. So thankyou may Allah grant you all the highest of jannah إن شاء الله.
Btw lebih-lebih kotak bantuan akan dihantar oleh pihak safa sham nanti. 50 rumah bro.”
Tetap Jaga Suami Kurang Sihat Di Sana
Gambaran seorang isteri solehah, Mizz Nina tetap mencari peluang menghayati ayat suci al-Quran ketika di sana.
Walaupun sedang dalam menyesuaikan diri dengan peralihan masa, puasa, dan itinerary seharian disini, Puan Hajjah tak pernah miss quran class dia. Tadi pun exam online dalam van perjalanan ke Kilis dari Gazientep. Tak cerita nak kena jaga suami dia yang dok sakit-sakit dari first day mission ni pulak. ❤
Itu pelindung paling mudah, team Mingguan Wanita doakan moga Allah merahmati dan melindungi kalian di sana. Aamiin.
Moga perkongsian ini bermanfaat dan boleh dijadikan nota buat anak muda yang masih mencari teman hidup. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang misi ini dan ingin menghulurkan sumbangan boleh rujuk di Instagram @cintasyriamalaysia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sayangnya, berniaga online dah bertahun tapi duit simpanan selalu ‘kering’. Lebih parah, setiap bulan terpaksa ambil pula duit berniaga. Jika ini yang peniaga hadapi bermakna ada yang silap dengan cara simpanan kewangan anda.
Bimbang jika anda berterusan begini, anda cuma mampu bertahan setahun dua saja dalam perniagaan. Niat mahu bersenang-senang di usia persaraan takkan tercapai jika gagal buat perancangan kewangan dari awal lagi.
Ada cara sebenarnya untuk uruskan simpanan anda setiap bulan secara sistematik. Yang penting, disiplin menyimpan tu kena ada.
Pertama : Gajikan Dulu Diri Sendiri
Apabila anda menggajikan diri sendiri, kemungkinan untuk anda mengambil duit berniaga dapat dikurangkan. Selepas tolak segala kos, hasil keuntungan itulah anda asingkan sejumlah untuk menggajikan diri sendiri.
Jumlahnya, perlulah secukupnya untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. Cadangan; 40% daripada keuntungan. Gaji ini pun sebahagian daripada motivasi untuk konsisten berniaga.
Kedua : Tukar Wang Jadi Emas
Apabila anda membuat simpanan emas fizikal, susah dalam fikiran anda untuk berbelanja dengan emas itu. Proses untuk mencairkannya yang agak panjang, membuatkan simpanan anda lebih bertahan lama.
Setiap bulan boleh beli 1 gram emas, cukup setahun sudah ada 12 gram emas. Bukankah itu lebih baik, dari tidak usahakan menyimpan langsung. Jangan lupa bayar zakat emas agar harta anda lebih berkat.
Ketiga : Melabur Dalam Unit Trust
Carilah unit trust atau dana pelaburan yang stabil dan berisiko rendah. Misalnya Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASNB). Ini pun salah satu cara untuk gandakan wang simpanan anda.
Setiap tahun, akan ada kadar dividen dan bonus yang akan diagihkan kepada pemegang akaun. Untuk tabung haji misalnya, tak perlu lagi fikirkan soal zakat, kerana zakat simpanan pendeposit sudah dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji.
Keempat : Simpan Dalam KWSP
Sebenarnya, para peniaga online boleh memilih untuk mencarum secara sukarela dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Skim i-Saraan diwujudkan untuk memberi perlindungan sosial kepada para pekerja ekonomi gig yang tidak ada majikan tetap.
Sebagai pencarum KWSP, peniaga online akan turut menikmati kelebihan sebagai ahli KWSP seperti menerima dividen tahunan. Untuk maklumat lanjut tentang produk yang membantu para peniaga online, boleh rujuk laman web KWSP.
Manfaatnya Untuk Anda Juga..
Akhir kata, sebagai peniaga anda seharusnya memikirkan soal simpanan kewangan masa depan agar anak-anak dan keluarga dapat menerima manfaatnya. Sekiranya, anda sendiri hebat dalam pengurusan kewangan, tentunya anak-anak akan ikut jejak langkah ibu bapanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terlalu lama berkurung dalam rumh serta berubah rutin harian dalam satu jangka waktu yang panjang bukan hanya memberi impak kepada mak,ayah. Anak-anak tak terkecuali merasai tekanan apabila berlama-lama tanpa bebas bermain di luar.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memiliki kesan baik dan buruknya, sesetengah anak-anak lebih gembira dan bahagia apabila mak, ayah dapat meluangkan masa bersama.
Namun tidak kurang juga anak-anak yang tidak mampu menerima keadaan ini seterusnya mereka berubah sikap kerana mereka tidak mampu luahkan apa yang dirasai mereka lebih-lebih lagi di kalangan anak istimewa.
Anak-anak biasanya tidak tahu untuk mengungkapkan rasa stres dan bimbang, oleh itu mereka akan menzahirkan emosi tersebut dalam bentuk perubahan tingkah laku.
Sumber: Public Health Malaysia
Wabak covid 19 mampu memberi kesan mental kepada semua, tidak terkecuali kanak kanak. Bagi mencegah implikasi mental kepada anak anak :
✔️ Beritahu dengan jujur mengenai situasi Covid-19 ✔️ Jangan takutkan atau mengertak mereka secara keterlaluan ✔️ Beritahu kepada mereka yang mereka SELAMAT di rumah ✔️ Cuba minta mereka kongsi perasaan mereka. Berbual dan bercakap setiap hari ✔️ Elakkan mendedahkan terlalu banyak berita mengenai Covid kepada mereka. Mereka mungkin melakukan interpretasi yang tidak tepat ✔️ Rancang aktiviti setiap hari ✔️ Tunjukkan contoh yang baik
Semoga anda dan keluarga sihat dan berada dalam keadaan baik.
Sumber: Public Heatlh Malaysia
MW: Sudahlah tidak dapat keluar rumah, anak-anak pula agak terbeban dengan “homework”. Oleh itu, mak ayah perlu merancang betul-betul aktiviti anak-anak di rumah agar anak dapat menguruskan emosi dengan baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehidupan rumahtangga memang tak mudah. Ada masanya pasangan akan diberi ujian dan masalah yang mampu membuatkan hati tak bahagia. Namun bagaimana kita melihat masalah itu, sama ada suka menyalahkan pasangan atau menyemak kembali dan memperbaiki diri. Seharusnya baik suami atau isteri perlu rendahkan ego, lihat kembali kesilapan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri, hasilnya hubungan akan menjadi lebih ‘manis’ dan harmoni.
Rumahtangga mana yang tidak diuji?
Baru kahwin setahun dua, sudah rasa penat melayan kerenah pasangan.
Siapa yang bermasalah sebenarnya, pasangan atau kita?
Dulu saya orang yang jenis suka salahkan pasangan.
Sikit-sikit dia salah, sikit-sikit dia tak faham, semua kekurangan saya campak dekat dia.Tapi sebenarnya saya sedang membalut kesalahan sendiri dengan berpura-pura ianya salah orang lain!
Sehingga Allah tunjuk sesuatu.
Sebenarnya yang salah saya, yang berbukit egonya saya, yang melangit amarahnya adalah saya.
Siapa yang nak membuka pekung didada?
Masalah tak berhenti jadi sehingga saya buat keputusan untuk ubah diri.
Baru saya nampak, segalanya dari setiap sudut dengan jelas.
Saya tak menerima dualiti pasangan sedangkan saya punya masalah yang lebih besar dengan diri sendiri.
Kalau boleh nak yang baik-baik sahaja dari pasangan sedangkan saya bukan baik mana.
Patutlah Allah beri tamparan hebat, sehingga tersungkur menyembah bumi.
Betulkan Diri Sendiri
Saya mula betulkan diri sendiri.
Ajaibnya Allah itu, ketika mana saya berubah pasangan saya yang dulu kononnya penuh dengan keburukan bertukar jadi penuh dengan kasih sayang.
Saya ditatang bagai puteri.
Sungguh, saya tak tipu. Tetapi diperjalanan itu banyak perkara yang membuatkan hati saya seolah Allah sengaja koyakkan dan cuci semula.
Alhamdulillah sekarang, masih membilang cinta yang tak pernah kurang setelah 10 tahun bersama.
Kekurangan, kesalahan adalah dualiti diri yang ada pada semua antara kita.
5 tahun pertama, kita diuji.
5 tahun kedua, juga kita diuji.
Jika kita gagal diantara ini, bermakna Allah sedang menguji iman kita.
Jadi, jalan sahaja berpimpin tangan meredah berdua hingga kesyurga.
Adakah perkahwinan kita bina atas dasar cinta pada Allah atau manusia?
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, bila terjadinya sesuatu masalah dalam rumahtangga, cuba semak balik diri kita. Muhasabah diri berbanding kerap menyalahkan pasangan. Percayalah hati akan jadi lebih tenang, kehidupan akan lebih bahagia.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...