Sempena Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) ramai yang ada banyak masa di rumah merebut peluang melakukan pelbagai projek seperti bertukang, berkebun, menjahit, dekorasi rumah dan sebagainya. Salah satu projek yang boleh dibuat sendiri ialah DIY open wardrobe baju sekolah anak. Sesuai untuk anak yang agak lasak, malah baju-baju sekolah pun nampak kemas tergantung.
Boleh cedok idea DIY yang dikongsikan oleh Encik Izat Akmalini sebagai rujukan.
Memang nampak cantik dan kemas hasil kerjanya.
Projek pkp open wardrobe baju sekolah anak. Disebabkn budak laki ni dia lasak sikit sampai almari baju lama tercabut pintu, so diy sendiri yang lebih kukuh.
Material:
Besi hollow 1.5inci x 0.5inci Kayu hevea board Besi jaring diamond mesh 3mm (biasanya hardware besi yang besar ada jual, dalam shoppe pun ada tapi harga mahal)
Amik masa 2 hari untuk siap rangka dan 1 hari untuk cat kering. Alhamdulillah, siap dan puas hati.
Permulaan,yang penting kena ada pelan dulu, baru jimat masa. Saya beli di hardware besar, kalau yang kecik-kecik takde. Saya beli di stor besi dan roof, murah sikit.
Heveaboard
Cat alas
Ads
Siap cat rangka
Siap rangka sepenuhnya.
Nampak tegap, harap dapat la bertahan.
Ads
Dah siap susun baju, walau sekolah lambat lagi nak buka.
Perasan tak, bila duduk ruang tamu, kipas terpasang tapi tak rasa apa-apa pun. Panas tetap sama saja. Bila tengok ke atas rupanya habuk penuh pada bilah kipasnya. Nak bersihkan kipas fikir dua tiga kali sebabnya terlalu tinggi.
Satu hal pula nak bersihkan kipas, dah tentu-tentu habuk akan berterbangan dan kotorkan lantai. Nak kena mop lantai pula.
Ada tak cara yang lebih senang untuk bersihkan kipas tanpa kotorkan lantai. Ini perkongsian daripada Ahamd Syahril yang cukup senang dan mudah untuk mak ayah lakukan di rumah.
Tak perlu risaua habuk berterabur di lantai, hanya gunakan seluar panjang terpakai atau yang sudah koyak untuk bersihkan kipas. Boleh cuba nanti.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak hias dan dekorasi rumah tak semestinya kena beli yang dah siap.Boleh juga dibuat sendiri, malah lebih jimat. Contohnya carpet hiasan untuk lepak-lepak depan tv ni. Memang cantik dan kemas malah puas hati bila buat sendiri.Buat mak-mak yang pandai menjahit dan rajin boleh cuba buat carpet hiasan ini iya, guna bahan asas batting fiber.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Anuar Chik ini sebagai panduan;
Kejadian Carpet Hiasan untuk lepak-lepak depan TV! iaitu cara nak buatnya. Bagi yang rajin mencuba silakan buat ya. Saya pun tiga kali try baru menjadi.huhu
Bahan Diperlukan:
1 meter batting fiber
Kain Cotton/lining
Cotton Piping size 1
Cara Membuat:
Mula mula beli batting fiber 1 meter, tebal 1.5 inci bidang 90 inci. Ukur saiz yang kita nak buat. Ni size 40 inci panjang x 38 inci lebor yea. Potong kain bentuk yang kita nak. Biar terlebih besar nanti mudah jahit sebab fiber tu akan menarik / stretch bila jahit.
Kemudian lukis urat daun macam tu. Nak lukis macam manapun sukahati kita la kan. Batting tu letak ditengah antara 2 lapis kain. Kemudian jahit jelujur keliling daun dan tengah.
3.Ni nama dia Betting Fiber 1.5in tebal ya. batting fiber boleh dibeli di kedai alatan jahitan.
4.Kain tu dua lapis. Tengahnya letak fiber tu ya. Jahit ikut garisan tadi guna jahitan biasa saja. Guna jahitan nombor 4. Guna tapak biasa ja tak yah tukar tapak lain. Jahit sampai habis kemudian potong lebihan kain ditepi bentuk tu. Masa jahit tu tangan kena tarik sikit fiber tu.
5.Dah siap potong bentuk, jahitkan piping/ lis dikeliling daun tu. Boleh juga jahit tepi rapat ikut suka hati kita la kan.
Cotton Piping size 1 inci dijual ikut segulung kat kedai jahitan.
Haaaa….tetiba dah siap 4 set pelbagai size.Guna kain cotton atau kain lining yang murah tu.
Buat la pelbagai warna baru best. Kita buat warna ni sbb dah orang nak kaler ni yea.
Petua Mudahkan Urusan ‘Kerja’ Di Rumah, Guna Barang Yang Sedia Ada Je
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.
Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang ini, kita guna sahaja apa yang ada di rumah. Selain dapat memudahkan tugasan, ianya juga dapat memastikan hasil kerja lebih efektif.
Berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di rumah.
HILANGKAN BAU MASAKAN DI RUMAH
Berikut tip untuk menghilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada ‘kitchen hood.’Selepas memasak tumis-tumis, memang akan bau satu rumah. Selepas mengemas dapur, boleh cuba rebus beberapa bahan ini untuk menghilangkan bau masakan di dalam rumah.
BAHAN-BAHAN:
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
CARA-CARA:
1.Rebus ke semua bahan dalam 10 hingga 15 minit.
2.Gunakan api yang kuat. Tujuannya ialah supaya wap naik ke seluruh rumah.
3.Apabila semua bahan telah masak, tutup api. Sejukkan selama satu malam.
4.Air rebusan itu bolehlah ditapis kemudian dimasukkan ke dalam botol spray. Bolehlah spray satu rumah.
Hilangkan semut dengan cara guna bahan semula jadi. Selepas guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula iaitu dengan menggunakan stoking lama dan juga penyembur halau serangga.
BAHAN-BAHAN:
Stoking lama
Ridsect atau Baygon
1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dah tak pakai.
2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.
3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon. Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.
4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.
Ramai yang masih bekum tahu cara-cara yang betul untuk membersihkan siput sedut. Sebab itulah ramai yang malas hendak memasak siput sedut. Jika tidak kena dengan caranya, siput mungkin akan terasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membersihkan siput sedut sebelum dimasak. Paling penting kena sediakan kelapa parut.
1. Beli siput ini petang, bawa balik masukkan dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman (santannya simpan utk masak gulai nanti). Siput ni tak perlu basuh dulu pun.
INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.
2. Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Tindih dengan lesung batu. Kalau tak, siput boleh merayap sampai satu rumah.
3.Esoknya sebelum cuci, kerat hujung ‘bontot’ siput tapi jangan pendek sangat, takut susah nak sedut. Boleh guna cutter.
4. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Boleh juga guna sental dengan menggunakan span cuci pinggan. Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak.
Periuk yang rentung dan berkerak boleh membuatkan mood memasak bakal ‘ke laut.’ Macam biasa, kaum wanita bila di dapur, tangan sudah macam ‘sotong.’ Dalam satu masa kalau boleh macam-macam kerja nak dibuat.
Dalam pada banyak-banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, mungkin akan terlupa masakan yang dimasak di atas dapur hingga rentung dan berasap. Jika periuk murah tidak mengapalah juga tapi kalau periuk mahal, memang terasa ralatnya.
Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
BAHAN-BAHAN:
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
CARA-CARA:
Mula-mula panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
3. Biarkan beberapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja sudah berkilat semula.
4. Inilah hasilnya.
Moga petua-petua ini membantu anda memudahkan dan melancarkan tugas-tugas di dapur.
Mejar Mohd. Fikry dan isteri memohon doa seluruh rakyat Malaysia untuk kesihatan anak kembar tiga mereka yang kini dirawat di NICU Hospital Melaka. Kisah penuh harapan dan ketabahan seorang ayah.