Profesor Dedah Plastik Penyebab Kegemukan, Cara Selamat Guna Botol Susu Anak

Jangan tak tahu mak ayah, selama ini tanpa kita sedar plastik botol mineral yang di ‘recycle’ banyak kali untuk simpan air, bekas plastik makanan kita simpan ikan, ayam malah sayuran boleh undang bahaya pada kesihatan jika salah cara penggunaan.

Bercakap dalam Mingguan Wanita Talkshow dalam kupasan topik ‘Bahaya Plastik Makanan’, Prof. Dr Mustafa Ali Mohd, Prosefor Farmakologi Klinikal, UCSI menjelaskan antara masalah kesihatan yang mak ayah boleh alami dari penggunaan plastik yang salah adalah KEGEMUKAN.

 

Profesor Dedah Plastik Penyebab Kegemukan, Cara Selamat Guna Botol Susu Anak

 

Dengar pun rasa seram kan. Ingatkan makanan saja punca badan naik membesar. Rupanya plastik pun boleh jadi penyebabnya.

Ini kerana dalam plastik mengandungi bahan yang dipanggil phthalate yang digunakan untuk melembutkan plastik yang keras dan juga bisphenol A (BPA) untuk mengeraskan plastik dan bagi tahan lama.”

Apabila ia keluar dan masuk ke dalam makanan ia akan menyebabkan banyak akibat kepada kesihatan kita.”

Satu daripadanya;

1. Menyebabkan KEGEMUKAN
2. Kerosakan pada SISTEM PERANAKAN
3. Dan bisphenol A menyebabkan KECACATAN kanak-kanak pada peringkat pembesarannya dan semasa di dalam janin.

Yang mana kesemua bahan ini tak bagus untuk manusia.

Bagaimana Bahan Kimia Ini Masuk Ke Dalam Tubuh

Keadaan ini boleh berlaku tanpa mak ayah sedari pun. Walaupun cuma terdedah sedikit sahaja, ia boleh menyebabkan terjadinya penyakit.

Apabila tuang air panas ke dalam jag plastik, bahan phthalate boleh keluar dan masuk ke dalam air dalam jumlah yang sedikit. Malah kita takkan perasan pun ia keluar.”

Dan kandungan phthalate yang banyak dalam darah atau badan manusia itulah boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti. (rujukan Harian Metro).

Cara Gunakan Bahan Plastik Dengan Betul

Justeru, mak ayah perlu tahu bagaimana penggunaan plastik yang betul untuk elak kemudaratan.

Misalnya, botol air mineral perlulah digunakan untuk sekali sahaja bukannya sampai 10 generasi.

Bahan plastik jenis lembut, mengandungi phthalate. Sebaik pakai, ketika mahu mencuci jangan gunakan berus. Kerana bahan ini akan keluar dengan mudah.

Perlu diketahui, phthalate juga mudah keluar dengan lebih tinggi sekiranya ada penggunaan air panas, bahan berminyak dan berasid.

 

Profesor Dedah Plastik Penyebab Kegemukan, Cara Selamat Guna Botol Susu Anak

Penggunaan Botol Susu Plastik Anak Yang Selamat

Sebab itu lah mak-mak kena ambil perhatian macam mana selama ini cara mak-mak menggunakan botol susu plastik untuk diberikan kepada anak-anak.

Adakah betul cara penggunaannya atau mak-mak jadi penyebab anak-anak terdedah pada bahaya phthalate. Dalam segmen ini juga, profesor berkongsi cara selamat yang boleh mak-mak ambil perhatian.

1. Semasa panaskan botol susu plastik anak, buanglah air yang telah digunakan. Ini kerana, semasa proses tersebut bahan phtalate telah keluar dari botol susu plastik.
2. Elakkan panaskan susu dalam botol susu plastik anak. Sebaiknya, bancuh di tempat lain dan masukkan dalam botol.
3. Semasa membasuh botol susu plastik anak, tak perlulah sampai beria-ia hingga mencalarkan dan merosakkan permukaan dalaman botol. Gunakan span atau berus lembut.
4. Janganlah guna botol susu plastik anak tu terlalu lama sampai 3 keturunan, paling boleh pun 3 bulan je.

Faham kan mak-mak!

Begitulah.. kita seharusnya guna bahan plastik ini secara berhemah dan jangan dibuang merata. Kalau rasa tak perlu guna, elakkan lah ya.

 

Subscribe channel youtube Mingguan Wanita di sini untuk menonton video-video berinformasi yang lain.