POLLING SEMBANG WANITA
Aku Malu Taraf Hidup Turun
Pandemik ini benar-benar menguji kita semua. Tiada yang terkecuali. Jika dahulu hidup selesa, mewah dan wang bukan lah masalah , namun kini ia berubah sekelip mata setelah C19 mengganas.
Ramai yang terjejas pendapatan sehingga menyebabkan status dan taraf hidup turun. Jika dahulu T20 mungkin kini sudah menjadi M40 dan begitulah seterusnya. Apabila ini terjadi, maka ramai juga berasa malu berhadapan dengan masyarakat.
Untuk topik Sembang Wanita episod 27 kali ini, mohon kerjasama anda menjawab 4 soalan di bawah. Terima kasih.
1. Adakah pendapatan anda/ keluarga teruk terkesan sehingga terpaksa ubah gaya hidup ?
2. Apakah perbelanjaan yang ketara anda kurangkan sekarang?
3. Apakah harta milik anda yang terpaksa anda jual/ gadai sehingga hari ini untuk mendapatkan wang tunai?
4. Adakah anda ada memaklumkan kesusahan anda sekarang kepada keluarga terdekat atau sahabat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
POLLING SEMBANG WANITA
Sebumbung,Tak Sehati
Usia perkahwinan dah lebih sedekad namun, tidak tahu mana silapnya, kematangan usia rumahtangga tidak menggambarkan keputusan sehati sejiwa. Walaupun hidup sebumbung, namun masing-masing susah nak capai kata sepakat. Bantu kami untuk menjawab soalan polling di bawah untuk dibacakan oleh Hos rancangan Sembang Wanita pada setiap Rabu jam 3 petang.
1. Kematangan usia perkahwinan sepatutnya selari dengan kematangan pasangan membuat keputusan bersama.
2. Dalam melayari bahtera perkahwinan, siapakah yang lebih banyak mengalah dan memendam rasa dengan apa juga keputusan anda suami isteri?
3. Adakah anda berasakan sudah tidak ada harapan lagi untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan?
4. Apakah isu besar yang pernah menyebabkan hubungan anda keruh dengan pasangan kerana tidak mencapai kata sepakat bersama?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
POLLING SEMBANG WANITA
Suami Nak Dilayan Seperti Raja, Kita Macam Mana?
Semasa zaman bercinta, layanan teman lelaki memang terbaik bukan itu sahaja, apa yang kita minta InsyaAllah akan ditunaikan. Dalam erti kata lain semuanya tip top
Tapi berbeza situasinya selepas berkahwin. Jika dahulu kita dilayan seperti permaisuri, namun kini itu semua hanya dalam mimpi. Serba serbi semua nak isteri sediakan seperti sang Raja lagaknya. Isteri pula rasa seperti menjadi bibik walaupun dua-dua sama-sama bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Untuk memeriahkan pengisian rancangan Sembang Wanita yang bakal bersiaran pada 16 Julai 2021 nanti, mohon kerjasama anda menjawab semua soalan yang disediakan.
Kerjasama kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
1. Adakah anda berasakan terima kurang layanan penuh prihatin daripada suami berbanding sebelum kahwin dahulu?
Created with
2. Pernahkah anda berbincang tantang perkara ini dengan suami dan mahu dia memahami keadaan anda?
Created with
3. Apakah yang anda rasakan sekarang ?
Created with
4. Dengan siapakah anda kongsikan situasi anda ini?
Created with
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
POLLING SEMBANG WANITA
Mak-mak Jadi Singa Musim PDPR
Bukan senang nak mengajar anak di rumah. Bagi mak-mak, jangannlah terjadi lagi PDPR atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah seperti tahun lepas. Tapi apa kan daya PKP berlanjutan menjadi PKP Lockdown.
Masa ini keluar segala jeritan, ngauman bak singa apabila mak-mak terpaksa menjadi ‘cikgu’ di rumah.
Untuk memeriahkan pengisian rancangan Sembang Wanita yang bakal bersiaran pada 11 Jun 2021 nanti, mohon kerjasama anda menjawab semua soalan yang disediakan.
Kerjasama kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
1. Anda ada berapa orang anak yang masih bersekolah?
2. Apa menyebabkan mak-mak cepat naik marah ketika mengajar anak di rumah? (Pilih satu paling kerap terjadi)
3. Adakah anak lebih selesa merujuk kepada ayahnya berbanding mak?
4. Adakah anda akan duduk bersama untuk memastikan anak fokus?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI