
Peminat Play Nation Malaysia kini mempunyai satu lagi destinasi untuk meneroka dunia collectibles, blind box dan barangan pop culture apabila jenama kelahiran Singapura itu rasmi membuka pop-up utamanya di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Dibuka pada 24 September 2026, pop-up tersebut membawa konsep Play Nation yang menggabungkan collectibles, kolaborasi pop culture serta pengalaman interaktif dalam satu ruang.
Baca artikel: I’m donut? Malaysia Kini Dibuka, Ada 30 Pilihan Donut
Play Nation Malaysia Bawa Dunia Collectibles Ke TRX

Pop-up di The Exchange TRX direka untuk peminat collectibles, penggemar toys serta mereka yang mahu kembali menikmati pengalaman bermain dan mengumpul.
Antara tarikan yang disediakan ialah koleksi terkini, ruang interaktif, peluang mencipta barangan sendiri serta ruang bergambar.
Salah satu aktiviti yang menarik perhatian ialah Do-It-Yourself Bar, di mana pengunjung boleh menghasilkan Ocean in a Bottle pada harga RM29.90 sebotol.


Pengunjung juga boleh mendapatkan satu botol secara percuma dengan pembelian minimum RM150. Aktiviti ini membolehkan mereka memilih mini figurine, mengisi lapisan pasir dan menghias botol menggunakan kulit siput serta batu kecil sebelum menghasilkan koleksi peribadi.
Ada Care Bears, Hello Kitty Dan LINE Friends
Bagi peminat karakter popular, Play Nation Malaysia turut menampilkan pelbagai koleksi kolaborasi.
Antaranya ialah Care Bears x Play Nation Global Collection, termasuk Care Bears Patisserie Plush Blind Box serta plush pouch dengan foldable bag.

Peminat Hello Kitty dan Sanrio pula boleh melihat koleksi seperti Sanrio Pikku! A Miniature World, Sanrio Jetset Journeys Blind Box serta Hello Kitty Go To The Beach Series.
Turut tersedia ialah LINE Friends K-Blocks Mart Collection yang mengetengahkan mini binaan bertemakan kedai serbaneka Korea, selain siri blind box LINE Friends Slumber Party.
Koleksi Nostalgia Dengan Sentuhan Malaysia
Satu lagi tarikan utama ialah Play Nation Heritage Series, yang diinspirasikan daripada perkara yang dekat dengan kehidupan seharian masyarakat Malaysia dan Singapura.
Antara koleksi yang diketengahkan termasuk Heritage Series Building Blocks Shophouse & Mama Shop, Hello Malaysia Exclusive Tingkat, Dabao! S2 Plush Blind Boxes, Plush Coffee & Milk Tea Totes, Kaya Butter Toast Laptop Sleeve dan Mini Building Blocks Set: Kopi Tiam.
Koleksi ini membawa elemen nostalgia menerusi objek dan makanan yang biasa ditemui dalam kehidupan seharian, tetapi diterjemahkan dalam bentuk collectible.
Bukan Di TRX Sahaja
Selain pop-up utama di The Exchange TRX, Play Nation Malaysia turut mempunyai lokasi di Intermark Mall, selain ruang khusus di beberapa cawangan Parkson.
Anda mungkin berminat dengan
Antara lokasi yang disenaraikan ialah:
Parkson Elite 1 Utama, Parkson IOI City Mall, Parkson Sunway Velocity, Parkson Labuan dan Parkson Setia City Mall. Pop-up di The Exchange TRX terletak di Level Concourse dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
Ada Promosi Pembukaan
Sempena pembukaan, beberapa barangan terpilih turut ditawarkan pada harga promosi.
Antaranya Care Bears Bedtime Magnetic Plush Phone Stand pada harga RM39.90 berbanding RM59.90, manakala SUMMER WUNDERLAND – HELLO KITTY DONUT SHIP ditawarkan pada harga RM20 berbanding RM99.90 sehingga akhir September.
Promosi lain turut dijadualkan sepanjang Oktober dan November, termasuk Care Bears Wireless Bluetooth Earbuds pada RM69.90 berbanding RM129.90 pada Oktober.
Dengan kemasukan rasmi Play Nation Malaysia, peminat collectibles kini mempunyai satu lagi ruang untuk meneroka dunia blind box, toys, pop culture dan barangan nostalgia dalam suasana yang lebih interaktif.
Baca juga artikel: Dari Katering Ke Bangsar, Rumoh Mekda Bawa Cita Rasa Pantai Timur Dengan Perkenan Sultan Pahang

download sekarang!
