Selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari rabu ini.
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.
PKPB Di Seluruh Sabah Juga
Manakala PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.
“Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
“Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
“Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan,” katanya dalam pada sidang media, di sini, hari ini.
Ads
Ismail Sabri bagaimanapun berkata semua kegiatan ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
“Senarai prosedur Operasi Standard (SOP) lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya.
INFO:
PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya
• Sidang khas MKN bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
• Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
• Walau bagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai lanjut SOP akan diumumkan MKN dalam masa terdekat.- Kementerian Pertahanan Malaysia.
MW: Demi keselamatan bersama, sebaiknya kita jaga kita, keluarga dan insan tersayang. Sentiasa patuhi SOP dan amalkan norma baharu sepanjang masa.
Petua viral pisahkan anak dengan puting guna kunyit ini dikongsikan oleh bapa ini, Muhammad Zaini Jasni. Anaknya yang usia setahun 6 bulan itu penghisap puting tegar.
Prosesnya memang tak mudah. Ambil masa 6 hari juga nak memujuk anak lupakan emosi rentan ingat puting. Lagi-lagi waktu nak tidur.
“Anak saya seorang penghisap puting yang tegar. Dia mula menghisap seawal usia 2 bulan. Kadar ketegaran dia sehingga hendak mandi pun kena hisap puting.”
“Apatah lagi waktu dia hendak tidur. Puting ibarat candu yang tidak boleh berenggang dari mulut.”
Kata bapa ini lagi, untuk puting anaknya saja dia simpan siap-siap 5 ketul. “Sebab selalu hilang. Simpan dalam handbag, kereta, rumah malah rumah atuk dia.”
“Kalau tak ada memang masalah.”
Ramai yang menasihatinya. Minta dia pisahkan puting dari anak kecilnya itu. “Kalau tidak dari sekarang pisahkan dia dengan puting, akan datang bila umur meningkat lagi susah.”
Cuba 2 Petua Dulu, Tapi Petua Viral Guna Kunyit Paling Berkesan
“Jadi ada beberapa petua yang saya dan isteri gunakan.”
Pertama : Hilangkan Puting Dari Pandangan
Kaedah ni bertahan selama beberapa jam. Ketika mula bosan, dia mula mencari punting semula. Kami beritahu puting hilang, dia akan menangis dengan kuat. Gagal kali ini.
Kedua : Lumur Puting Dengan Halia
Isteri saya tumbuk halia halus halus. Kemudian puting tersebut dilumurkan dengan halia tersebut. Selepas digaul dengan sempurna, kami beri kan pada anak. Apa yang terjadi selepas itu, anak saya suka pula hisap dengan halia. Gagal lagi kali ini.
Ketiga : Petua Viral Guna Kunyit
Kami gaulkan punting dengan kunyit. Kali ini perapan lebih lama. Malam ketika hendak tidur kami berikan punting. Kali ini, anak tolak punting tersebut. Siap buat mimik loya dengan muka. Mungkin dia geli lihat puting tersebut dengan warna kekuningan.
Untuk Petua Viral Guna Kunyit, Prosesnya Ambil Masa 6 Hari
Anak akan merengek, panggil nama puting dia ‘KEKE’. So dia akan merengek ‘KEKE’ sampai terlelap.
1 – 3 Hari Pertama : Nampak dia macam tak selesa. Masa dia merengek ini, saya bagi puting lumur kunyit tu.
4 – 6 Hari Seterusnya : Dia dah start lupa. Cuma time nak tidur je baru minta. Kali ini selang seli dengan putting ada kunyit dengan putting bersih. Surprisingly bila dua-dua dia tolak.
“Video saya ambil tu lepas 2 minggu, dia totally tolak puting dan tak minta lagi.”
Kejutan sempena hari jadi ke-47, Noorkhiriah terima kejutan daripada suami. Pelakon senior yang terkenal dengan drama air mata, Noorkhiriah kini genap berusia 47 tahun. Isteri dan ibu kepada tiga orang anak itu terkejut dengan hadiah yang diberikan oleh suaminya, Azfaizul Ahtan.
Kejutan Sempena Hari Jadi ke-47
Mana tidaknya, Noorkhiriah dihadiahkan set kain kafan daripada suaminya. Namun ibu kepada tiga anak itu berlapang dada dengan hadiah yang diikat dengan reben berwarna merah.
“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.
“Siap dengan riben. Saya terima,” tulis Noorkhiriah di hantaran Instagram miliknya.
Simbolik Hari Kematian
Menurut Noorkhiriah hadiah tersebut merupakan simbolik memperingati hari kematian, satu detik pasti bagi umat manusia yang hidup di dunia ini.
“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur.
“Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelas pelakon yang kini sedang hangat menerusi drama Seribu Tahun.
Semoga Diberikan Kesihatan Yang Baik – Ucapan Hari Lahir Dari Rakan Artis & Netizen
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehamilan merupakan momen indah dalam kehidupan seorang wanita bergelar isteri. Begitu juga buat pelakon, Izreen Azminda di mana baru-baru ini dia mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak keempat dengan usia kandungan telah pun memasuki trimester kedua.
Menurut Izreen, 39, kandungan kali ini agak berbeza kerana berasa cepat letih berbanding kehamilan anak-anak sebelum ini.
“Mungkin dalam keadaan berbadan dua dan pada masa sama harus menguruskan anak-anak yang masil kecil serta sedang lasak. Selain itu, semuanya okey sahaja,” kata Izreen memetik perkongsian di laman Instagram miliknya.
Dalam melahirkan keterujaan hamil kali keempat, Izreen sempat menitipkan doa buat wanita yang sedang cuba untuk hamil dan mendapat zuriat untuk keceriaan rumahtangga.
‘Kami doakan buat ampa semua pejuang-pejuang TTC (Trying To Conceive) supaya dikurniakan malaikat-malaikat kecil satu hari nanti, InsyAllah.. Doa itu senjata,” ujarnya.
Disoal tentang jantina, Izreen yang merupakan ibu kepada tiga orang anak lelaki tidak mengharap untuk memiliki cahaya mata perempuan, sebaliknya menyerahkan semuanya kepada rezeki.
“Saya tidak kisah soal jantina anak, asalkan anak sihat sudah memadai buat saya,” kongsi Izreen.
Terdahulu, Izreen membuat pengumuman kehamilan anak keempat menerusi Instagram berserta foto yang memaparkan fizikal sedang hamil bersama tiga anaknya.
Izreen mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pemuzik bebas, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idress, 3.
Sementara itu, menerusi perkahwinan pertamanya dengan pengarah, Muhammad Riza Baharudin, Izreen mempunyai seorang anak lelaki, Adrian Umar, 11.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...