Sambutan Hari Raya yang bakal tiba beberapa hari lagi bakal diraikan dalam keadaan cukup sederhana hanya di dalam rumah sendiri dan tiada kunjungan ziarah Aidilfitri di benarkan.
Ia susulan Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dengan menguatkuasakan larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, janji temu vaksinasi dan pasangan jarak jauh.
Keputusan terbaharu itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Ziarah Kubur, Rumah Ke Rumah Tidak Dibenarkan
Perdana Menteri berkata, sidang khas itu juga memutuskan ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.
“Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.
“Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.
Katanya, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada hari ini hingga 6 Jun depan seperti yang telah diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei lalu.
Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun depan.
Larangan Perhimpunan Sosial
Perdana Menteri berkata, larangan lain termasuklah mengadakan perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta.
Ads
“Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
“Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam,” katanya.
MW:Bersabarlah, sama-samalah kita hanya beraya secara sederhana di rumah sendiri tanpa tradisi kunjung mengunjung di Aidilfitri.Semoga pengorbanan ini, membantu pengurangan kes jangkitan setiap hari.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Susu ibu sangat banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi, buat tumbesaran bayi yang baru lahir dan dalam tempoh enam bulan pertama. Namun, bukan semua bayi bertuah dapat merasai air susu ibunya sendiri, atas pelbagai faktor tersendiri.
Doktor Aqilah Jadi Ibu Susuan
Atas rasa keibuan, seorang doktor mengambil keputusan untuk menjadi ibu susuan kepada bayi ajaib, Farah Hanis Fairol Haziri yang tidak pernah merasa setitik air susu ibu. Bayi itu kini yang berusia lebih tiga bulan sudah dua minggu menerima susu ibu oleh Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan, 32, sekali gus menjadi ibu susuan bayi istimewa itu.
Dr Siti Nur Aqilah yang bertugas di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, di sini, berkata beliau tergerak hati untuk membantu Farah Hanis selepas mengetahui kisah bayi itu yang tidak sempat merasa susu ibu berikutan ibunya, Kamareeah Arwae, 36, yang koma sejak dari tempoh kehamilan lagi melalui akhbar.
“Saya menyuarakan hasrat itu kepada suami namun dia meminta saya bersabar seketika dan dalam masa yang sama saya turut berhubung dengan bapa Farah Hanis untuk meminta kebenarannya (memberi susu).
“Mengenangkan sudah dua bulan bayi itu hanya minum susu formula, hasrat saya dipersetujui dan bermula sejak dua minggu lalu, Farah Hanis sudah menjadi ‘anak perempuan’ saya,” katanya ketika ditemui selepas Program Hari Keluarga Penyusuan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 peringkat Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau adalah antara 150 peserta yang menghadiri program berkenaan yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi HUSM, Prof Dr Mohd Imran Yusof.
Ibu Koma Ketika Hamil
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan melalui pembedahan selepas ibunya koma ketika hamil sejak Disember tahun lalu kerana menghidap ketumbuhan di kepala.
Dari seawal usia dua bulan dalam kandungan, bayi itu hanya bergantung pada susu dimasukkan melalui tiub dari leher ibu, Kamareeah yang koma selepas mengalami kejang dan sawan berikutan tumor semakin membesar.
Justeru, kelahiran Farah Hanis disifatkan satu ‘keajaiban’ kerana bayi berkenaan pada awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan susulan keadaan Kamareeah menjalani banyak proses rawatan ketika koma, termasuk imbasan yang boleh memberi kesan terhadap janin ketika itu.
Stok Susu Diberi Setiap Minggu
Dr Siti Nur Aqilah berkata, stok susu akan diberikan setiap minggu dan ahli keluarga bayi itu akan datang mengambilnya di rumah.
Beliau yang turut mempunyai seorang bayi berusia lima bulan berkata, Farah Hanis dapat menerima susu badannya dengan baik walaupun sudah dua bulan minum susu formula dan situasi itu dianggap kebetulan.
“Kulit Farah Hanis juga menunjukkan sedikit perubahan yang mana kini kelihatan lebih anjal dan gebu kerana khasiat susu badan itu sendiri memang sangat penting.
“Insya-Allah, saya akan terus membekalkan susu badan kepadanya sehingga mencapai satu usia yang sesuai untuk dilepaskan keperluan itu,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.
MW: Alhamdulillah, rezeki ‘bayi ajaib’ ini. Walaupun tidak pernah merasai setitik pun air susuan daripada ibu kandungnya sendiri, namun rezeki Farah Hanis mendapat khasiat susu ibu daripada ibu susuan. Semoga bayi ini membesar dengan sihat hendaknya.
Bukan penyakit ain, wajah wanita berkedut ketika hamil kembali pulih selepas bersalin. Seorang wanita yang pernah mencetuskan perhatian ramai kerana perubahan drastik pada wajah ketika mengandung kembali menjadi bualan warga maya selepas berkongsi keadaan dirinya selepas bersalin.
Bukan Penyakit Ain, Wajah Wanita Berkedut Ketika Hamil Kembali Pulih Selepas Bersalin
Wanita tersebut, dikenali sebagai Lala, sebelum ini menarik perhatian ramai apabila wajahnya kelihatan lebih berusia, kasar dan mengalami keradangan sewaktu hamil, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan andaian.
Warga maya mula membuat pelbagai andaian, termasuklah tuduhan penggunaan produk kecantikan yang berbahaya dan juga dikaitkan dengan unsur mistik.
Namun begitu, menerusi satu perkongsian di platform X, Lala menjelaskan bahawa perubahan ketara itu adalah kesan hormon kehamilan semata-mata dan bukan berpunca daripada faktor luar.
“Ini semua akan berlalu. Ia hanyalah hormon kehamilan… Saya kecewa apabila orang komen ‘ini penyakit ain’, ‘salah produk. Untuk ibu-ibu baru atau sesiapa yang pernah alami macam saya, jangan risau,” katanya.
Selepas melahirkan anak, Lala mengambil inisiatif mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah kulit yang dialaminya. Dia turut berkongsi gambar perubahan wajahnya pada hari ke-7, hari ke-21 dan hari ke-27 selepas bersalin yang menunjukkan pemulihan positif.
Antara rawatan yang diambil termasuklah prosedur Fotona Rosacea Laser yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit.
Selain rawatan laser, doktor turut memberikan ubat antibiotik, krim sapuan harian dan juga krim malam khas untuk membantu pemulihan kulitnya.
Namun begitu, Lala memaklumkan bahawa beliau belum mengambil ubat jenis makan yang diberikan kerana bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah jaundis.
Perkongsian tersebut mendapat sambutan baik daripada para wanita yang pernah mengalami pengalaman serupa. Ramai yang meninggalkan komen menyatakan sokongan, serta berkongsi kisah masing-masing sebagai tanda solidariti.
Sebilangan besar netizen turut memuji tindakan Lala yang terbuka berkongsi perjalanan pemulihan kulitnya sebagai satu bentuk kesedaran kepada para wanita hamil agar tidak merasa malu atau rendah diri apabila mengalami perubahan fizikal yang bersifat sementara.
Pelakon berdarah kacukan Siam, Mawar Rashid mendedahkan bakal menjadi seorang ibu apabila sedang hamil cahaya mata sulung selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob,33 atau lebih dengan nama Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti Dato Fazley.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon drama bersiri Suamiku Paling Sweet itu sendiri di laman Instagram miliknya.
“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR
Sahkan Hamil 2 Bulan
Menerusi program MeleTOP yang disiarkan baru-baru ini, Mawar juga mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kandungan.
Pelakon berusia 23 tahun itu membuat pengumuman awal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran setelah mengalami alahan pada peringat awal kandungan iaitu ‘morning sickness’.
Antara rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah atas berita tersebut seperti Amyra Rosli, Aida Jebat, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad dan ramai lagi.Para peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah dan berharap supaya segalanya akan dipermudahkan.
Mawar dan Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Mingguan Wanita mendoakan semoga kandungan Mawar sihat dan membesar dengan sempurna serta dimudahkan segala urusan sehingga tempoh bersalin.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.