Kalau petua orang dulu-dulu, jarang tak menjadi. Tak perlu produk yang mahal pun, cukup dengan bahan dapur pun dah banyak membantu merealisasikan kulit wajah yang cerah, cantik dan berseri.
Salah satu petua dulu-dulu yang masih diamalkan sekarang adalah dengan penggunaan beras untuk dapatkan kulit cerah dan halus macam bayi. Bukan setakat air basuhan beras tapi boleh dijadikan masker, lulur badan dan sebagainya.
Inilah antara perkongsian daripada Mastura Rashid dengna petua dulu-dulu yang menggunakan segenggam beras. Rahsia kulit cantik dengan segenggam beras.
Sangat mudah, murah dan berkesan, Cuma buat rawatan kecantikan dengan beras.
Sejak zaman dulu lagi nenek moyang kita dah gunakan beras untuk kecantikan.
Dari segenggam beras ni, boleh jadi bedak sejuk, lulur badan, masker muka, air bilasan muka dan macam-macam lagi.
Ads
Fiona memang suka gunakan beras sebab mudah dan ringkas.
Dia boleh cerahkan kulit secara semulajadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut secara semulajadi.
Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan.
Naikkan Seri Muka
1. Bila nampak je nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pulak. Ambik secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, lepas tu lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas.
Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.
Ads
Haluskan Kulit
1. Ada tepung beras? Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh.
Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka. Manalah tau kan jari tak boleh duduk diam, asyik dok mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.
2. Guna beras pulut hitam. Fiona suka sangat pulut hitam. Tak pernah muak walaupun makan sampai 10 mangkuk.
Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Ads
Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat kan. Mudah dan ringkas.
Actually fiona sendiri dah banyak kurangkan step dalam rutin kecantikan harian. Dah tua-tua ni tak kuasa nak berstep-step bagai. Fiona make it simple and easy with 2-3 steps saja.
Asalkan kulit muka sentiasa bersih dan dapat manfaat dari rutin kita, punn dah rasa happy.
Kalau dah cuba, kulit tetiba jadi licin macam baby, jangan lupa belanja fiona. Suka petua orang tua.
Sesi persekolahan tahun 2018 sudah hampir sebulan bermula. Namun tentunya ada lagi mak-mak yang masih cuba nak ‘adjust’ jadual harian mereka berdasarkan waktu persekolahan anak-anak.
Misalnya anak yang baru masuk ke tahun satu dan anak-anak yang dahulunya bersekolah pada sesi petang dan kini di sesi pagi. Tentu masing-masing sedang berusaha mengatur rutin harian mereka terutama ibu-ibu yang bekerja. Bukan bermakna nak menafikan peranan bapa-bapa dalam menguruskan anak-anak, tapi kebiasaannya bab masak memasak dipikul oleh para ibu.Sesi persekolahan tahun 2018 sudah hampir sebulan bermula.
Mak-mak Bangun Pagi
Namun tentunya ada lagi mak-mak yang masih cuba nak ‘adjust’ jadual harian mereka berdasarkan waktu persekolahan anak-anak. Misalnya anak yang baru masuk ke tahun satu dan anak-anak yang dahulunya bersekolah pada sesi petang dan kini di sesi pagi. Tentu masing-masing sedang berusaha mengatur rutin harian mereka terutama ibu-ibu yang bekerja. Bukan bermakna nak menafikan peranan bapa-bapa dalam menguruskan anak-anak, tapi kebiasaannya bab masak memasak dipikul oleh para ibu.
Saya kagum kerana ada mak-mak yang sanggup bangun seawal 4.30 pagi setiap hari demi memasak sarapan untuk anak-anak dan suami tersayang. Bayangkan, ayam pun belum berkokok, senduk dan kuali sudah ‘bersilat’ di dapur. Bukan mudah nak sediakan sarapan dan bekal berkhasiat untuk anak-anak.
Bercakap tentang bekal anak ke sekolah, saya pernah shooting aneka masakan bento yang sesuai untuk dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Memang menarik dan pastinya dapat merangsang minat anak-anak untuk menikmati bekal yang dibawa. Walau pun hidangan itu biasa saja, seperti nasi goreng Cina, spageti dan nasi lemak, tapi bila dipersembahkan dengan penuh kreativiti, memang menarik dan berbeza. Terpulang pada kreativiti si ibu dan yang penting, cukup masa!
Suami Kenalah Tolong
Saya memang tabik spring pada mak-mak yang gigih macam ni. Bukan mudah, lebih-lebih lagi yang bekerja. Masa amat mencemburui mereka. Selesai masak, bergegas kejutkan anak-anak bangun, pakaikan baju anak-anak, hidangkan makanan di atas meja. Kemudian mereka pula bersiap untuk ke tempat kerja hinggakan mereka sendiri pun tak sempat nak sarapan.
Di sini, para ayah silalah main peranan juga ye. Bila isteri dan terkejar sana sini macam lipas kudung, suami jangan lah memandang saja. Tolong apa yang patut, masukkan bekal ke dalam beg sekolah anak, pakaikan baju sekolah anak, bancuhkan minuman.
Ada ibu-ibu yang masak sekali gus hidangan untuk makan tengah hari (jika anak balik sekolah pada waktu tengah hari) atau makan malam. Balik kerja lewat petang, tinggal panaskan lauk saja. Sebagai ibu-ibu berkerjaya, perlu bijak mengatur masa kerana mereka juga perlu ‘pecut’ untuk ‘punch card’ di ofis.
Untuk diri saya sendiri, anak tunggal saya sudah besar. Dia pula tak suka makan sarapan yang berat. Nanti sakit perut katanya. Jadi saya hanya bekalkan roti untuknya bersama air kosong. Jadi, tidaklah saya perlu saya bangun awal sangat…
Tip Mudahkan Mak-mak:
1. Sebelah malamnya, sudah fikir dan rancang apa hidangan untuk anak-anak esok hari. Lebih-lebih lagi jika ingin sediakan bento. Hiasan sampingan sediakan lebih awal.
2. Potong dan siapkan segala bahan-bahan rendah untuk memasak pada sebelah malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk. Esok pagi, keluarkan dan terus masak.
3. Sentiasa sediakan bekalan roti di rumah. Pelbagai hidangan boleh diolah menggunakan roti. Atau jika terlewat bangun, sekurang-kurangnya boleh sediakan roti telur untuk anak.
4. Galakkan anak-anak mengambil sarapan sebelum ke sekolah untuk menggelakkan mereka lapar.
5. Sediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak-anak.
6. Galakkan anak-anak bawa bekal buah-buahan ke sekolah. Anda boleh potong pada sebelah malam, masukkan ke dalam bekas bekal dan simpan dalam peti sejuk. Sekurang-kurangnya boleh dimakan oleh anak sebagai lapik perut jika tidak sempat keluar ke kantin pada waktu rehat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menarik sungguh mak-mak yang suka berkebun boleh buat sendiri ‘Yellow Trap’ iaitu perangkap berkesan bagi hama, serangga mahupun lalat buah.
Bukan apa, tanaman yang mula berbuah atau berbuah, memang kerap ‘mengundang’ serangga perosak. Bila buat perangkap sebegini, ia mampu menarik perhatian serangga, sekaligus dapat menyelamatkan tanaman.
Menerusi perkongsian daripada Rumah Kebun Organik yang dikelolakan oleh Tuan Julianto Samosir ini, ada kongsikan cara untuk membuat ‘Yellow Trap’.
Memang mudah hanya gunakan 5 bahan dan sangat berkesan dalam mengatasi masalah tanaman yang rosak akibat hama, serangga, mahupun lalat buah ini.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Botol Plastik
Cat Warna Kuning
Berus
Lidi
Gam/ Pelekat
Cara Membuat:
1. Kacau rata cat kuning terlebih dahulu.
2. Masukkan cat kuning ke dalam botol dan biarkan cat kuning rata di keseluruhan botol. Atau cara kedua, boleh juga cat terus di luar botol dan biarkan ia kering.
3. Kemudian, sapu/ letakkan gam perangkan hama atau serangga ini di sekeliling botol tersebut.
4. Ikat tali pada penutup botol dan gantungkan pada pokok.
Info Ekstra!
Tujuan botol diwarnakan kuning bagi menarik perhatian hama, serangga mahupun lalat buah.
Setiap satu minggu perlu bersihkan botol, bagi membuang hama, serangga dan lalat buah yang melekat. Kemudian boleh sapu gam semula dan digunakan kembali.
Mingguan Wanita:Menarik juga idea buat ‘yellow trap’ ini. Memang berkesan dalam menangani masalah hama, serangga mahupun lalat buah yang sering merosakkan tanaman.
Ketam antara makanan lauk yang disukai ramai. Sedap masak lemak cili padi, goreng cili, kari dan sebagainya. Dengan harganya yang agak mahal, sangatlah rugi jika mak-mak tak pandai pilih ketam yang segar, banyak isi dan telur.
Puan Siti Aminah Yousoffada kongsikan tips memilih ketam agar puas hati bila beli.Ia dipelajari berdasarkan pengalaman ayahnya yang merupakan seorang nelayan.
Berikut perkongsian daripada wanita ini sebagai panduan;
“Ok harini saya nak bagi tips untuk pilih ketam yang isinya padu dan penuh dengan telur.Mungkin ramai yang dah tau, tapi harini saya nak share pada yang belum tau.”
1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecik tak pe yang penting berat.
2.Gambar nie saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalu nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap.
3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.Maksudnya dalam tu memang ada telur dan isi memang padu.
4.Saya beli 4 ekor ketam tadi.Nampak tak telur ketam tu. Memang tak mengecewakan. Tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.
5.Setelah dicuci dan dibersihkan.Ni la hasil nya.Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.
6.Ini la hasilnya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isi nya. Kalau rasa tips saya berguna, boleh la try nanti.Alhamdulillah.#SayaAnakNelayan
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan ketam dan selama ini tak tau macam mana nak pilih ketam yang banyak telur serta isinya padu, boleh lah jadikan tips ini sebagai panduan.Memang puas hati bila beli ketam macam ni.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.