Pernah tak, ada orang tak suka kita tanpa sebab? Rupanya inilah puncanya…. Dikatakan beginilah bagaimana otak manusia berfungsi. Mereka melihat kita sebagai cerminan mereka sendiri.
Kadang-kadang jadi pelik bila ada di kalangan kita yang tidak sukakan kita tanpa sebab. Cara terbaik abaikan saja, jadilah diri sendiri tanpa mengganggu kehidupan orang lain. Betul tak?
Ikuti perkongsian Eilhaam Hanafi ini dan fahami apa yang disampaikannya:
Pernah Tak
Pernah tak ada orang tiba-tiba tak suka kita tanpa sebab? Kalau pernah, baca ni sampai habis. Ilmu psikologi ni saya yakin berguna untuk semua.
Pertama sekali kita kena faham, bagaimana seseorang manusia tu melihat orang lain. Bila kita faham, kita takkan risau pasal isu tak suka dan tak berkenan ni.
Ada Orang Tak Suka Kita Tanpa Sebab?
Saya yakin ramai pernah lalui isu-isu seperti ini dan ada yang masih dihantui dengan tanggapan-tanggapan jahat sehingga hari ini dan telah menimbulkan perasaan takut untuk membuat atau mencuba sesuatu.
Cukup kita faham konsep “How you see others is the reflection of you”. Beginilah bagaimana otak manusia berfungsi. Mereka melihat kita sebagai cerminan mereka sendiri. Masih kurang faham? Saya sertakan contoh:
Orang yang dengki akan anggap orang lain pun dengki sepertinya.
Malah, orang yang ego akan anggap orang lain pun ego sepertinya.
Ads
Orang yang suka membenci pun akan anggap orang lain pun suka membenci sepertinya.
Inilah Puncanya…
Pernah terfikir?
Kenapa orang jujur cepat percayakan orang lain? Sebab orang jujur anggap orang lain pun jujur sepertinya…
Kenapa orang yang baik selalu dipergunakan? Sebab orang baik anggap orang lain pun baik sepertinya…
Dan kenapa orang zalim berbuat zalim terhadap orang lain? Sebab orang zalim anggap orang lain pun zalim sepertinya.
Sekiranya anda menganggap orang lain zalim, jahat, dengki, ego dan toksik, sebenarnya itulah CERMINAN anda.
Sekiranya anda menganggap orang lain jujur, amanah, ikhlas dan baik hati, sebenarnya itulah CERMINAN anda.
Ads
Macam mana lepas baca ni? Jadi lebih kebal boleh?
Disclaimer : Posting ini bersifat umum dan hanya tujuan untuk berkongsi, tidak ada kaitan antara yang hidup ataupun mati.
Mingguan Wanita : Oleh itu mak, ayah jadilah diri sendiri. Tak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain selagi kehidupan mak, ayah tak mengganggu orang lain.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Neelofa mahukan terbaik, belum dedah wajah Bilal. Ibu adalah nadi penting dalam sebuah keluarga. Sebagai wanita yang mengandung dan melahirkan anak, ibu sentiasa mendahulukan anak dalam segala hal.
Jadi tak perlulah dipertikai dan hak ibu bapa untuk samaada mahu berkongsi wajah anak kepada umum atau tidak. Keputusan yang dilakukan pasti hanya mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.
Begitu juga dengan selebriti popular Neelofa dan pasangannya Haris Ismail yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak mereka di khalayak ramai.
Neelofa Mahukan Terbaik, Belum Dedah Wajah Bilal
Sewaktu bertemu dengannya di majlis pelancaran kolaborasi Naelofar x Disney Alice in Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, Neelofa akui dia memohon sedikit waktu untuk mendedakan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal.
Sebagai seorang ibu pastinya Neelofa mahukan yang terbaik untuk permata hatinya itu.
“Saya buat ini (belum dedah wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak.
“Tunggu bagi dia besar sikit.
“Bukan saya nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
“Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” luh Neelofa.
Isu Penyakit Áin
Wanita yang sukses dalam bidang perniagaan ini juga sebelum ini mengakui berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘Ain (gangguan yang disebabkan pandangan).
“Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi yang mana dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.
“Apa yang dilakukan ini juga untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” sambungnya.
Bilal Baru Mula Makan
Menyentuh tentang perkembangan bayi sulungnya, Neelofa menyatakan Bilal baru mula makan.
“Bilal baru mula makan, bulan hadapan, jadi kita lihat bagaimana pertumbuhannya. Bila semuanya okay, kita akan perrlahan-lahan kongsi wajahnya,” katanya yang turut impikan untuk mengikuti suaminya, PU Riz atau Haris Ismail menyambung pelajaran di universiti di tanah Arab.
Resepi sosej ayam ini mudah saja nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak menggunakan bahan pengawet. Cuma 30 minit saja diperlukan untuk mengukus.
“Alhamdulillah, cubaan pertama buat sosej sendiri menjadi. Tak ada bahan pengawet lagi. Anak-anak pun suka makan.” Inilah resepi sosej ayam yang dikongsikan oleh Puan Liza Sabran.
Bahan-Bahan Sosej Ayam Homemade
Ayam
Lobak
2 biji telur
2 sudu tepung gandum
Garam dan separuh kiub ayam
Ini Cara Membuat
1. Blendkan daging ayam, sayur (saya guna lobak merah je), telur 2 biji, garam dan separuh kiub ayam. Tambahkan sikit air kalau terlalu pekat.
2. Gaulkan dengan 2 sudu tepung gandum.
3. Kukus lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
4. Potong-potong ikut suka
5. Celupkan telur dan goreng.
Mudah sajakan. Nanti lebihan sosej ayam itu kena masukkan dalam peti beku. Tapi, memandangkan tak gunakan bahan pengawet ia taklah bertahan sampai berbulan lamanya.
Siapa sangka tabiat buruk seperti malas mandi juga boleh menjadi punca perceraian. Mungkin ada segelintir diantara kita yang bersikap sambil lewa dan ambil ringan bab kebersihan diri. Namun ia sebenarnya boleh menimbulkan konflik dalam perkahwinan, lebih-lebih lagi jika pasangan ada seorang yang sangat mementingkan kebersihan.
Nekad Cerai Isteri Talak 3
Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.
Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Enggan Diceraikan
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.
Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.
Mingguan Wanita: Hati-hati iya, jangan ambil mudah dengan sesuatu sikap buruk yang menjadi tabiat pasangan adakalanya boleh mengundang pergaduhan dan menyebabkan perceraian. Siapa sangka sikap ambil mudah bab kebersihan diri, malas mandi juga boleh menyebabkan rumahtangga porak peranda.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...