Pernah dihina & bergelar perampas, ini tuah Camilla Parker permaisuri Britain. Hari ini seluruh dunia memperkatakan tentang kemangkatan Ratu Elizabeth 11 dan berkabung dengan kesedihan itu.
Ini kerana Ratu Elizabeth menduduki monarki paling lama dalam sejarah iaitu 70 tahun ketika usianya baru 25 tahun. Kini ia diwarisi oleh Putera Charles yang memegang gelaran Raja Charles 111 pada usianya 73 tahun sekaligus memegang jawatan tertinggi paling tua ditabalkan.
Di sebalik pertabalan baru itu, tumpuan pasti terlihat kepada Permaisuri Camilla Parker Bowles. Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.
Pernah menerima hinaan dan digelar perampas kerana mengakibatkan rumahtangga Putera Charles dan Puteri Diana goyah ditambah puteri itu menjadi kesayangan rakyat kerana budi bahasanya, kisah badai dalam rumahtangga pasangan diraja itu menjadi tumpuan dunia hingga menjadi buruan paparazi.
Ini kerana Puteri Diana dikatakan amat kecewa kerana kecurangan suaminya sebelum Puteri Diana terlibat kemalangan jalan raya dan mati di tempat kejadian bersama kekasihnya, Dodi Al Fayed anak kepada pemilik gudang beli belah Harrods yang terkenal di London.
Pasangan ini bertemu pada 1970 dan terus menjadi pasangan kekasih walau masing-masing sudah berkahwin ketika itu
Siapa Camilla Parker Bowles dan kenapa dirinya dituduh perampas?
Pasangan Diraja ini bertemu pada 1970 selepas diperkenalkan oleh anak duta Chile, Lucia Santa Cruz di mana Camilla berusia 24 tahun ketika itu, tua 16 bulan dari Putera Charles di rumah bapa saudara Charles iaitu Lord Louis Mountbatten.
Charles jatuh cinta kepadanya dan merasakan wanita itu sesuai dengannya namun ia tidak direstui kerana latar belakang dirinya.
Namun dari pertemuan pertama itu, ia berlanjutan semasa dalam perkahwinan Putera Charles hingga putera diraja itu merasakan dirinya tidak lagi menyintai Puteri Diana dan membawa kepada perceraian antara mereka pada tahun 1992 dan bercerai secara rasmi pada 1995.
Ads
Camilla merupakan anak sulung Mejar Bruce Shand dan isterinya Rosalind Cubitt. Camilla pernah berkahwin dengan pegawai tentera British, Andrew Parker Bowles pada 1973 dan melahirkan dua anak. Bagaimana pun mereka bercerai pada tahun 1995 kerana semasa dalam perkahwinannya dirinya menjalin hubungan dengan Putera Wales ini.
Tapi benarlah, jodoh yang kuat telah tertulis antara keduanya dan pada 8 April 2005, pasangan ini mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah dan memegang gelaran Duchess of Cornwall.
Pada 6 Februari 2022, Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Camilla Parker memegang gelaran permaisuri negara tersebut apabila pewarisnya, Putera Chalers menaiki takhta ketika meraikan pemerintahan baginda yang menjadi dinasti pertama paling lama memerintah iaitu selama tujuh dekad. Dan hari ini rezekinya tertulis dan dinobat sebagai Permasuri Britain pada satu tarikh bakal ditetapkan.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayi 4 Bulan KOMA Didera Pengasuh, Kepala Dipukul, Badan Dihempas & Digoncang! Luluhnya hati mak ayah, apabila pengasuh bertindak kejam sanggup melakukan perkara sebegini kepada bayi yang baru berusia 4 bulan.
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok di sini, pada Rabu lalu.
Darah Beku Dalam Kepala
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini pada Selasa.
CCTV Jadi ‘Saksi’
Susulan laporan itu kata Rohaimi, pihaknya telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan, namun menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.
Bagaimanapun katanya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Jelas beliau, mangsa baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.
“Susulan itu, polis telah menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh pada Isnin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
TIGA suspek kes dera bayi lelaki berusia empat bulan direman selama enam hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. FOTO Zaid Salim
Mingguan Wanita: Aduhai kasihan sungguh pada bayi yang tidak berdosa ini. Tergamak sungguh bertindak kejam sehingga bayi koma sebegini. Ini yang membuatkan mak ayah cukup risau nak hantar anak dibawah jagaan pengasuh di pusat jagaan.
Moga kita sentiasa bersama, Rita Rudaini akui hatinya menangis membaca ucapan hari ibu dari anak. Selamat hari ibu buat para ibu di luar sana. Pasti mereka yang dikurniakan anak akan sanggup berkorban apa saja demi insan kesayangan. Hatta kalau diberi pilihan antara nyawa dan anak, pasti ramai ibu memilih anaknya berbanding nyawa sendiri.
Hari ini, 13 Mei merupakan sambutan hari ibu buat semua ibu-ibu di luar sana. Satu hari yang cukup istimewa dan para ibu diraikan dengan pelbagai cara oleh anak-anak mengikut kejutan dari mereka.
Tak terkecuali artis Rita Rudaini yang diketahui umum telah berjaya membesarkan dua anaknya iaitu, Airit Rayyan Rizqin dan Airti Qaqa Arjuna dengan acuan yang menjadi idola buat para ibu yang membesarkan anak sendirian tanpa suami di sisi.
Moga Kita Sentiasa Bersama
Kejayaan diraih anaknya dalam pelajaran teruatama Rayyan yang baru saja menerima Anugerah Pengetua MRSM kerana memperoleh pointer yang tinggi membuktikan bahawa anak-anaknya tidak pernah kurang dengan kasih sayang walau umum mengetahui bekas suaminya “tidak pernah ada” dalam setiap hari penting yang menjadi momen pembesaran anak-anak.
Terkini, Rayyan yang patah tangan ketika bermain bola di sekolahnya sedang berehat di rumah untuk proses pemulihan seperti dikongsikan oleh Rita Rudaini di instagramnya. Namun di sebalik proses pemulihan ini, kedua beradik ini telah merancang sesuatu untuk ibu yang mereka sayangi.
Walau patah tangan, Rayyan dan Arjuna ada cara tersendiri menyatakan kasih sayang tidak terhingga buat ibu mereka sempena hari ibu hari ini. Dan tetap mengingati hari ini adalah hari istimewa buat ibu mereka.
Walau nampak agak simple ditambah Rayyan baru keluar hospital selepas selamat menjalani pembedahan tangannya namun dirinya masih gigih melakar kad bersama adiknya untuk membuat kejutan buat ibu mereka.
Namun tulisan keduanya yang dilihat sangat tulus datang dari hati mereka dan ingatan bahawa hari ini merupakan Sambutan Hari Ibu membuat Rita Rudaini menangis di dalam hati.
Tulisan keduanya, “Selamat Hari Ibu. Moga dimurahkan rezeki, panjang umur dan semoga sentiasa bersama kita (Ryan & Juna).
Rita Rudaini Akui Hatinya Menangis Membaca Ucapan Hari Ibu Dari Anak
Dalam pada itu, Rita turut berkongsi “kejutan kurang jadi” kerana anak kecilnya sudah membocorkan rahsia awal akan hadiah yang diberi kepadanya selepas diminta dibawa ke kedai beli belah DIY.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas sebulan ‘hilang’ isteri dan anak sulung, anak bongsu pula menyusul pergi. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.
Selepas Sebulan ‘Hilang’ Isteri Dan Anak Sulung, Anak Bongsu Menyusul Pergi
Tun Mohd Khairul Tun Arifin, 39, berkata, anak bongsunya, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, meninggal dunia pada jam 10.24 pagi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selepas bertarung nyawa sejak 13 Februari akibat kemalangan yang menimpa keluarga mereka.
“Hari ini genap sebulan tragedi itu berlaku, dan anak saya telah pergi menyusul ibu serta kakaknya. Sepanjang berada di hospital, dia koma dan tidak sedarkan diri.
“Namun, ada satu ketika dia sempat membuka mata dan mengalirkan air mata. Ketika itu, saya berharap dia akan pulih, tetapi akhirnya saya terpaksa reda dengan ketentuan Allah. Saya yakin Allah lebih menyayanginya, dan pemergiannya pada bulan yang mulia ini pasti ada hikmah,” katanya.
Menurut Tun Mohd Khairul, apa yang lebih memilukan adalah hakikat bahawa mereka sepatutnya berpindah ke rumah baharu sempena Aidilfitri tahun ini, namun impian itu tidak kesampaian.
“Perasaan sedih memang tidak dapat digambarkan, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sambutan Aidilfitri tanpa isteri dan anak-anak. Rumah baharu yang sepatutnya menjadi tempat kami bersama kini hanya tinggal kenangan.
“Namun, saya tetap reda dengan ujian ini. Saya berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan semoga arwah isteri serta anak-anak saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya lagi.
Gambar kenangan Tun Mohd Khairul (dua dari kanan) bersama isteri dan anak-anaknya.
Jenazah Tun Nur Ufaira Afifa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengkawang selepas solat Asar.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa kemalangan tragis itu berlaku di Kilometer 13, Jalan Gaung – Kuala Ping – Teris, Kampung Kepah. Insiden tersebut mengorbankan isteri Tun Mohd Khairul, Nursaidatul Aishah, serta anak sulung mereka, Wan Nur Izara Aina, 12, manakala Tun Nur Ufaira Afifa mengalami kecederaan parah.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, kejadian berlaku sekitar jam 11.55 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai di Kampung Kepah menuju Kampung Tengkawang.
Siasatan mendapati sebuah Perodua Axia yang dinaiki lima pelajar hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.
Kini, Tun Mohd Khairul hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang dalam masa yang singkat ini.
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.