Berita baik buat golongan bujang yang baru menempuh alam pekerjaan di ibu kota, boleh menjimatkan kos sara hidup di bandar ini dengan menyewa bilik yang disediakan oleh DBKL pada kadar sewa serendah RM100 termasuk elektrik dan air.Permohonan penyewaan pula baru sahaja dibuka mulai 20 Ogos lalu.
Ia merupakan satu skim baru yang diperkenalkan kerajaan, iaitu Micro Housing. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perkhidmatan Perumahan Bandar atau Micro Housing kepada golongan bujang yang baru berhijrah ke ibu kota sebagai rumah sementara mereka.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan, penyewa mempunyai tempat tinggal sehingga mereka mampu berdikari dan mampu mendapatkan kediaman lebih selesa.
“Peningkatan harga rumah di Kuala Lumpur adalah masalah dihadapi rakyat untuk memiliki kediaman mahupun menyewa dengan harga berpatutan.
Ads
“Golongan muda antara yang terbeban dengan masalah ini. Ada di antara mereka bukan berasal dari Lembah Klang seperti Sabah dan Sarawak tidak mempunyai saudara mara serta kenalan di Kuala Lumpur.
“Bagi meringankan permasalahan ini, DBKL mewujudkan rumah bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu mendapatkan kediaman yang lebih selesa,” katanya.
Ads
Skim Micro Housing
Sementara itu, Perumahan Bandar ini berkonsep penyewaan bilik secara berkongsi kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan sudah bekerja. Skim Micro Housing yang bermula tahun ini terletak di tengah-tengah ibu kota, di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan bangunan lama DBKL yang telah diubahsuai dengan kos sebanyak RM7 juta.
Terdapat dua blok micro housing, lelaki dan wanita yang menawarkan 223 unit dan beberapa fasiliti lainnya – konsepnya pula bertemakan capsule hotel.
323 permohonan akan dibuka
Dibahagikan dua fasa, fasa pertama : 188 unit dan fasa kedua : 135 unit.
Sewa bilik secara berkongsi samada dengan empat katil atau 6 katil berdasarkan keluasan bilik.
Kemudahan seperti elektrik dan air, kelengkapan seperti almari dan katil turut disediakan.
Kemudahan lain seperti; surau, dobi, tandas, ruang patri, ruang tempat meletak kenderaan termasuklah basikal, ruang membaca, ruang santai, pejabat penyelia, turut tersedia.
Syarat-Syarat Permohonan Penyewaan;
1. Warganegara Malaysia
2. Status Bujang (Belum Berkahwin)
3. Berumur 18 hingga 35 tahun
4. Pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan
5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5km radius dari Perumahan Bandar)
6. Tidak memiliki rumah.
7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25km radius dari Perumahan Bandar.
8. Tidak mempunyai kereta
9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (Golongan pelajar TIDAK LAYAK).
Ads
Kadar sewaan yang dikenakan adalah RM100.00 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air. Cagaran sewa adalah diambil untuk dua (2) bulan. Tempoh Penyewaan adalah:
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kongsikan pada yang layak agar dapat membantu mereka memulakan kehidupan dengan lebih teratur apabila mendapat pekerjaan.
Kemelut kontroversi bekas balu allahyarham Abam Bocey ini akhirnya menemui jawapannya apabila pihak mahkamah dan hakim memutuskan bekas adik iparnya, Ali, Puteh, diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 terhadap kes saman fitnah difailkan kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
Bersihkan Nama & Maruah Diri
Dalam pernyataan ringkas yang dikongsi di Instagram story, Hidayah menegaskan bahawa dirinya tidak gilakan harta arwah suami malah tidak fitnah sesiapa seperti yang dituduh. Hidayah juga meluahkan rasa syukur dan malah turut berterima kasih pada tuan hakim apabila kemenangan tersebut dapat membuktikan kebenaran sekaligus membersihkan nama dan maruahnya.
Hidayah juga percaya bahawa berkat doa semua orang yang mendoakannya, doa anak yatim serta yakin Allah bersama orang yang benar dan memakbulkan doa orang yang teraniaya.
Sementara itu, bagi menzahirkan rasa kesyukuran di atas kemenangan keputusan tersebut yang memihak padanya, Hidayah juga berkesempatan membeli buah-buahan, bersedekah untuk orang-orang surau.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah dan tahniah atas keputusan kemenangan ini. Sekaligus dapat membersihkan nama dan maruah diri Hidayah yang dituduh gila harta selama ini. Semoga Hidayah dapat membesarkan anak tunggal kesayangan dan menjalani kehidupan yang lebih baik dan tenang selepas ini.
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali atau disapa Hidayah menerusi entri di Instagram semalam meluahkan perasaannya apabila ada pihak yang menuduh dia tidak bersedih dengan pemergiaan arwah suaminya Abam pada 10 Februari lalu.
Menurut ibu tunggal ini dia reda dengan tuduhan sedemikian. Namun Hidayah sentiasa beringat akan pesan arwah Abam, di mana kesedihan tidak perlu ditunjuk-tunjuk;
“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kematian suami tak apalah cakaplah apa pun Allah yang Maha Mengetahui segalanya, ingat lagi pesan arwah suami.
Mereka Bukan Bagi Kita Makan
“Sayang biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan. Janji kita dengan cara kita jangan berhenti berdoa. Allah sentiasa ada bersama kita.
“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk, bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.
“Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” QS. At-Taubah: 40
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” QS.Ali ‘Imran:139
Al-Fatihah Suamiku Syed Umar Mokhtar
Antara komen nasihat dari pengikut Instagram Hidayah Abam
Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon Datin Niena Baharun yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang juga merupakan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adiel Mikael yang kini berusia dua tahun.
Ibu ini juga turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya bersama muat naik foto pertamanya dengan permata hatinya itu.
Tanggal 24 Oktober Cukup Istimewa
Menariknya, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu berkata, tarikh kelahiran anak keduanya itu jatuh pada tarikh yang sama dengan cahaya mata sulungnya iaitu pada 24 Oktober, selain disambut doktor yang sama.
“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama.
“Our little girl is born, 24.10.2020,” ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Niena turut meluahkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas ucapan serta doa yang dikirimkan buat dirinya dan keluarga.
Dua Biji Kek Hari Jadi Buat Tersayang
Bukan itu saja malah menerusi perkongsian yang lain Niena telah memuat naik gambar-gambar sambutan hari jadi buat kedua anak kesayangannya yang diatur oleh suaminya. Dua biji kek disediakan buat cahaya mata mereka dan diraikan di dalam wad.
“Thank you Allah for everything. #doublecelebration #24102018 #24102020” kongsi Niena lagi.
Raja Azura tuntut nafkah anak selepas 15 tahun bercerai. "minta bekas suami munculkan diri. Selepas mendiamkan diri selama 15 tahun tidak membuat tuntutan nafkah...