Sesungguhnya perlu bermula dengan diri untuk muliki kehidupan bahagia, tak perlu salahkan anak, isteri yang dikatakan pembawa masalah.
Percayalah kebahagiaan, kekayaan dan juga ketenangan datang daripada Allah. Jadi dekatkan diri dengan Allah, perbaiki hubungan dengan-Nya jika terkurang di mana-mana. Menyalahkan pasangan dan anak-anak bukanlah penyelesaian masalah.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya mak,ayah:
Tak Perlu Salahkan Anak, Isteri
“Bos marah kau, kau balik, kau marah anak bini…”
Rezeki kau tak murah, kau salahkan anak bini…
Urusan kau tak mudah, kau salahkan anak bini… Kerap jatuh sakit pun kau salahkan anak bini…
“Kau tetap tak ada salah… Tak bolehlah macam itu wahai suami…”
Perlu Bermula Dengan Diri Untuk Miliki Kehidupan Bahagia
Kita yang jadi suami ini, kalau hendak hati yang tenang, jiwa yang tenteram, rezeki yang murah, urusan yang mudah, kesihatan yang baik, maka perkara pertama yang kita kena tengok ialah diri sendiri…
Apa salah kita, apa yang kita sudah buat… Tanya dulu soalan ini,
“Aku sembahyang tak? Sembahyang aku cukup sifat tak? Aku sembahyang awal waktu ke, lewat waktu ka atau aku terus qadha?”
Setiap perkara dalam kehidupan seharian kita ada kaitan dengan solat sebab bila kita solat, kita berhubung dengan Allah SWT…
Ads
Allah yang bagi hati kita tenang, Allah yang memurahkan rezeki kita… Dan Allah yang mempermudahkan urusan kita…
Perbaiki Diri & Dekatkan Diri Dengan Allah
Bahkan kesihatan kita, umur kita, semua itu juga dari Allah…
Nak semua itu, maka kenalah minta… Mahu minta macam mana, kenalah solat, kenalah berdoa…
Ini tidak, setiap kali tak kena, setiap kali keadaan tak memihak kepada kita, semua salah manusia lain…
Selepas itu tengok pula, hubungan kita dengan anak, isteri… Kita ini buat baik dekat isteri kita, anak-anak kita…
Macam mana kita layan mereka… Kita ada masa tak untuk mereka… Mukmin yang paling baik ialah yang baik terhadap ahli keluarganya…
Simple sahaja ayat itu, senang dan mudah faham bukan…
Seterusnya, kita ada tak buat dosa, maksiat, benda haram… Kalau ada, insaflah, bertaubatlah… Tinggalkan segala kemaksiatan, kemungkaran, kejahatan yang kita masih kerjakan…
Sudah-sudahlah, sudah makin tua, tak hendak kumpul dosa… Solat taubat, mintak Allah ampunkan dosa-dosa kita…
Banyak lagi kalau hendak cerita… Tapi pokok pangkalnya, untuk ada kehidupan yang tenang dan tenteram, untuk ada kehidupan yang bahagia, semuanya bermula dgn diri sendiri dan atas diri sendiri… Tak perlu salahkan orang lain terutamanya anak isteri…
Ads
Mingguan Wanita : Anak, isteri bukanlah penyebab ayah-ayah tak bahagia, renungkan kembali apa kesilapan yang telah kita lakukan selama ini. Apa yang berlaku pasti berkait dengan sikap dan tingkah laku ayah-ayah sendiri.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Suami mempunyai ego tersendiri. Dia merasakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, segala keputusan di tangannya. Teguran isteri seperti mencurahkan air ke dalam daun keladi sahaja. Tapi, kalau orang luar, baik kawan-kawan boleh pula terima teguran itu.
Begitulah suami, punya egonya. Pernah juga terjadi, kalau isteri tegur, tak dilayan atau tak terima, walhal apa yang isteri tegur itu sama dengan apa yang kawan-kawan cakap. Kan sudah ‘kena paku buah keras’.
Jangan ingat teguran dan nasihat seorang isteri ini tak berguna, sedangkan isterilah orang pertama yang patut diminta nasihat apabila suami ada membuat kesalahan atau kesilapan.
Betullah apa yang dikongsikan oleh Iam Muda Hassan tentang teguran yang isteri buat itu adalah yang terbaik untuk rumah tangga yang dibina dan paling penting tandanya isteri sayang pada suami dan keluarga.
Isteri tegur suami sebab dia sayang suaminya. Bila isteri tegur sepatutnya ucap terima kasih kat dia, dan berlapang dada. Bukan ditengking pula. Syukurlah masih ada yang sayang pada kita lalu dia tegur kesilapan kita.
Ingat tak? Dulu mak kita pun selalu tegur kita, mak tegur sebab mak sayang dan nak anak dia jadi baik.
Begitu juga isteri, dia tegur suami sebab dia nak suaminya jadi suami yang lebih baik. Suami pandanglah sudut yang baik.
Tidak Mengaku Silap
Biasanya suami memang tak nampak salah silap diri sendiri. Siapa lagi yang lebih nampak salah silap suami melainkan si isteri yang duduk sebumbung dengan suami.
Walaupun suami seorang CEO syarikat dan tokoh masyarakat, yang lebih tahu aib dan kekurangannya adalah isterinya.
Orang lain semua nampak suami hebat, tapi yang lebih tahu dengkuran tidurnya, sifat pemalasnya, pemarahnya, urusan ibadat solatnya tak ada siapa yang lebih tahu melainkan isterinya juga.
Benarlah kata Nabi SAW, sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada ahli keluarganya. Ahli keluarga yang paling rapat adalah isterinya, sebab bukan sekadar serumah tapi sebilik dengannya.
Saidatina Khadijah R.ha selalu menegur suaminya, tapi kerana suaminya seorang yang perfect, tak ada apa nak ditegur melainkan dipuji.
Kita pula bukan Nabi, tak perfect, so apalah salahnya lantik isteri sebagai penasihat kita, image consultant kita.
Bersyukur dan berterima kasihlah pada isteri sebab dia masih sudi dan berani menegur kita. Itu tanda dia sayang kita.
Benarkan anak-anak, selagi adanya ibu ayah, selagi itulah doa dari seorang ibu untuk anaknya akan terus mengalir dan berpanjangan. Lagi-lagi ibu yang bangun malam dan solat di sepertiga malam, mendoakan untuk anak-anak. Bukankah doa ibu itu tiada hijab.
Maka, terbukalah ruang rezeki untuknya dan anak-anaknya. Bak perkongsian Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak ini, sebenarnya ibu itulah asbab paling mudah untuk anak masuk ke syurga.
Tapi ada syaratnya, hadamkan perkongsian ustazah ini.
Tadi makan dengan mak, rasa syoq sangat tengok mak sihat, lalu makan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan. Benarlah selagi kita masih ada ibu atau ayah, kita perlu bertambah-tambah syukur.
Kerana mereka kita akan beroleh banyak barokah dan kerana mereka segala permintaan kita In sya Allah akan dikabulkan asbab doa mereka yang begitu luar biasa.
Tetapi apa yang lebih besar ialah mereka kunci mudah untuk insan yang bergelar anak masuk ke syurga jika kita melayani mereka dengan baik tika di dunia.
Terima kasih mak selalu doakan adik, selalu bangun malam doa, solat hajat untuk adik. Mak memang ibu yang sangat sempurna. Semoga Allah Taala panjangkan umur mak dalam keberkatan dan semua amalan diterima Allah Taala.
Sebagaimana pesan Da’i Hamidah sebelum-sebelum ini, anak yang baik dengan orang tuanya, hidupnya akan dipermudahkan, malah doanya dimakbulkan.
Maka, itu janganlah pernah rasa lelah untuk berbuat baik dengan mak ayah ya. Orang kata, itu pun salah satu cara untuk menjemput rezeki yang tidak disangka-sangka. Berbaktilah terus dengan orang tua mu dengan seikhlasnya.
MW : Moga Allah memberikan ganjaran pahala untuk anak-anak yang tak bersungut menjaga kedua orang tuanya. Amin
Satu pinjaman yang paling bernilai dariNYA, bila ada ibu yang masih setia mendengar luahan anak-anak, kadang tunaikan keinginan anak-anak nak makan apa dan mungkin ada ibu yang sanggup gadaikan sesuatu sebab nak tolong anak-anaknya.
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan bertuah lah jika kalian masih mempunyai RATU KELUARGA sampai hari ini, tempat menumpang kasih walau masing-masing sudah berumah tangga.
Namun, ada anak-anak yang terlalu sibuk uruskan hal dunia sampai lupa bertanyakan khabar ibu. Allahu… berubahlah nak, pulanglah jenguk ibu jika dia masih ada.
Atau mungkin kita lupa dan tak pernah tahu kasihnya ibu sampai tak sanggup nak ganggu kesibukan anak-anaknya walau hatinya sarat dengan rindu.
Nah, jemput selami hati seorang ibu dengan bait tulisan indah daripada seorang ibu, Hajjah Rohana Saad dalam perkongsiannya tentang pengorbanan kaum ibu.
Inilah Pengorbanan Seorang Ibu
SYURGA KECIL YANG KAU MILIKI ADALAH SENYUMAN IBU MU
Saat kita berganjak dewasa, saat itu juga ibu semakin tua. Kedut diwajahnya menjadi saksi hidup kita. Sudahkah kita membuat dia bahagia?. Masa bersama ibu tidak lama, masa berlalu begitu pantas. Sekejab saja ibu telah tua. Andai kita terlalu sibuk, tidak luangkan masa bimbang kita tak sempat ‘rapat’ dengan ibu sebelum ‘nafas terakhirnya’.
Kita tak pernah nampak pun lebam mata ibu bersengkang mata tak tidur malam menjaga kita. Kita tak tahu pun mereka pernah ikat perut tak cukup makan. Kita tak pernah ambil kisah pun mereka jenuh berlari nak setlekan hutang demi membesarkan anak-anaknya.
Jangan biarkan masa berlalu tanpa berbakti padanya. Takut nanti tidak sempat Allah menjemputnya di tengah kelalaian kita. Kita sibuk mencari syurga Dunia semakin jauhlah syurga sebenar kita.
Ibu selalu punya cara untuk membuat anaknya bahagia. Punya beribu alasan untuk mengorbankan diri demi anaknya. Ibu selalu memberi yang tidak pernah orang lain beri untuk anaknya. Memberi apapun dalam hidupnya, hanya demi melihat anaknya bahagia. Masih tega kita menyakitinya?.
“Allah memerintahkan aku berbakti pada ibuku dan tidak menjadikan ku sebagai orang yang sombong dan celaka” (QS Mariam:32). Hadis Rasullullah saw “Orang tua adalah sebaik baik pintu syurga. Jika kamu mahu, jagalah pintu itu jangan kau sia-siakan”(HR Tarmidzi).
Semoga Allah mengampuni semua dosa kita dan kelalaian serta kekhilafan kita sebagai anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...