Semalam cukup hangat diperkatakan apabila Pengarah Terkenal Shamsul Yusof akhirnya mengakui telah memperisterikan Ira Kazar di sempadan Thailand. Kemelut yang berlaku selama hampir 4 tahun ini terungkai namun masih belum menemui titik nokhtahnya.

Bagi yang mengikuti ‘perjalanan’ kisah pasangan ini, Puteri Sarah Liyana,37 ada menfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumahtangganya sebelum ini. Sungguhpun wanita tersebut kini telah sah menjadi ‘madunya’ ia sama sekali tidak akan memberhentikan tindakan sivil oleh Puteri Sarah.

Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari terutamanya dari sudut undang-undang berkaitan kisah pasangan ini.

Baca ulasan perkongsian daripada Peguam Nor Zabetha ini sebagai rujukan dan panduan kita bersama.

Baru buka whatsapp tiba-tiba, dapat mesej dari wartawan pasal poligami.

Saya pun semaklah di media sosial. Oh, padanlah. Sekejap je tertinggal keretapi. Laju betul update berkenaan kes Puteri Sarah, Shamsul Yusoff dan Ira Kazar ini.

Kita buat soal jawab mudah dan ringkas pasal topik ini:

1) Boleh tidak lelaki berpoligami di Malaysia?

Secara asasnya lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran mahkamah. Jika gagal boleh didenda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Contoh kes Bung Moktar dan Zizie Izette.

2) Boleh tidak bernikah di luar negara?

Semua perkahwinan perlu didaftarkan di Malaysia. Apa kesannya jika berkahwin di luar negara? Di Malaysia jika tiada rekod perkahwinan yang didaftarkan dan sekiranya berlaku sesuatu kepada suami, contohnya kematian memberi kesan isteri dan waris tidak didaftarkan menuntut.

IKLAN

Situasi ini juga akan memberi kesan kepada status anak kerana ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan. Walaupun berkahwin di luar negara oleh pihak yang bertauliah dari segi syarak sah tetapi isu-isu diatas bakal memberi kesan kepada perkahwinan.

Adalah kesalahan jika perkahwinan gagal didaftarkan. Boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali. Banyak kes yang berkahwin di luar negara tanpa didaftarkan di Malaysia, banyak pasangan daftarkan kemudian dan perlu bayar denda. Pastikan berdaftar walaupun perlu bayar denda untuk urusan seperti di atas.

“Perkahwinan Tak Akan Mengugurkan Kes” Ulasan Peguam Tindakan Sivil Puteri Sarah

3) Boleh atau tidak mengadukan tentang pihak ketiga yang merosakkan rumah tangga?

Orang ketiga ini, tidak hanya bermaksud kekasih. Boleh jadi juga ahli keluarga, rakan atau jiran atau orang yang menghasut pasangan berpisah atau mengabaikan tanggungjawab.

IKLAN

Jika aduan dibuat kepada Jabatan Agama, pengadu perlu membawa bukti-bukti atau menyatakan perbuatan bagaimana pihak ketiga ini menghasut sehingga bercerai-berai atau menyebabkan tanggungjawab diabaikan.

Contoh menghasut jangan balik rumah, menghasut jangan bagi nafkah dll.
Penguatkuasa akan menjalankan siasatan dan jika cukup elemen tertakluk kepada undang-undang, contoh Enakmen Jenayah Syariah Selangor ada memperuntukkan kesalahan ini, maka pendakwaan boleh memulakan kes di mahkamah terhadap orang yang merosakkan rumah tangga.

4) Bagaimana tindakan Puteri Sarah saman Ira Kazar di mahkamah sivil?

Kalaupun Ira Kazar telah diperisterikan oleh Shamsul Yusoff, tidak akan memberhentikan tindakan sivil oleh Puteri Sarah. Melainkan Puteri Sarah tarik balik atas kerelaannya sendiri.

Tindakan sivil oleh Puteri Sarah kalau kita baca laporan adalah kerana gangguan serta tulisan-tulisan atau muatnaik luahan Ira Kazar yang dikatakan satu bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform.

IKLAN

Jadi seperti yang dilaporkan, oleh Berita Harian dan kenyataan Puteri Sarah bahawa perbicaraan kes akan berlangsung pada Ogos 2023. Jadi untuk tuntutan ini, penulisan dan gangguan masih akan diteruskan. Perkahwinan itu tidak akan mengugurkan kes sebab tuntutannya kerana tulisan oleh Ira Kazar sebelum ini terhadap Puteri Sarah.

Setakat ini, kita belajarlah sedikit bab undang-undang dari situasi yang berlaku ini.
Oleh Nor Zabetha

Semoga Bermanfaat.

Mesti Baca:Ibu Mertua Puteri Sarah Doakan “Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya”
Baca Lagi Di Sini:“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah” Syamsul Akui Bukan Manusia Sempurna
Artikel Menarik:Puteri Sarah Tak Rasa Menyesal, Mohon “Doakan Benda Terbaik Untuk Saya, Anak-Anak”
Lagi Di Sini: Puteri Sarah NEKAD Saman “Selepas Ini, Siapa Yang Mahu ‘Menyondol’, Mungkin Lebih Berhati-hati,”

Mingguan Wanita:Semoga menjadi panduan dan ilmu buat kita dari segi undang-undang.Apabila bila berlaku kejadian sebegini semoga kita lebih cakna dengan tindakan yang boleh dilakukan.

Sumber:Nor Zabetha

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI