Perkahwinan super mewah Lady Boss Sabah, Wennie & Khairuddin. Diangkat  wedding of the year 2022. Tanpa sedar kita sudah hampir berada di penghujung tahun 2022. Pelbagai peristiwa dan momen kita cipta sepanjang tahun ini untuk tatapan peribadi dan umum.

Menghampiri penghujung tahun ini, di media sosial heboh tentang perkahwinan super mewah dan boleh dianggap sebagai wedding of the year melibatkan anak  lelaki kepada Speaker Negeri Sabah iaitu Yb Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M Yahya dikenali sebagai Khairuddin.

Dalam video dan gambar yang dikongsi di media sosial, di maklumkan perkahwinan super mewah ini melibatkan pasangan sejoli, Zarwennie binti Dato’ Laja Besar bin Lulok (lebih dikenali sebagai Lady Wennie) bersama Khairuddin dan majlis penuh gemilang ini diadakan  di Sabah Internasional Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah pada 3 Disember iaitu Sabtu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Jika Tak Berkemampuan, Pengantin Tetap Boleh ‘Miliki’ Hantaran Mewah Ketika Majlis Perkahwinan Dengan Cara Ini

Perkahwinan Super Mewah Lady Boss Sabah, Wennie & Khairuddin. Diangkat Wedding Of The Year 2022
Laluan masuk ke dewan SICC dihiasi gerbang indah dan cukup memukau
Perkahwinan Super Mewah Lady Boss Sabah, Wennie & Khairuddin. Diangkat Wedding Of The Year 2022
Bagai di dunia avatar dan alam fantasi. Penuh kemewahan di majlis Lady Wennie dan Khairuddin ini
Perkahwinan Super Mewah Lady Boss Sabah, Wennie & Khairuddin. Diangkat Wedding Of The Year 2022
Pelamin rekaan Reka Teemor yang mengambil masa 14 hari untuk disiapkan bagi wedding super mewah ini

Berdasarkan dewan SICC dihiasi indah, ramai mendakwa majlis perkahwinan ini menelan belanja tak kurang RM5 juta ke atas. Bahkan dari komen-komen ada mengatakan ianya mencecah RM20 juta, walllahualam.

Kos ini mencecah tinggi kerana berdasarkan makluman di IG RekaTeemor, majlis bertunang diadakan empat hari sebelum berlangsungnya resepsi mewah ini. Artis terkenal Indonesia, Afgan dipanggil menyanyi di majlis ini, tak kurang juga Dayang Nurfaizah dan Velvet. Bahkan setiap tetamu yang hadir diberikan doorgift termos, flower tea selain dessert ditulis  Z&K.

IKLAN

Saat pengantin berarak masuk, pasti tumpuan tidak hanya tertumpu kepada pasangan sama cantik sama padan ini tetapi reka bentuk pelamin yang menjadi idaman ramai ini diilhamkan dari rekaan Reka Teemor yang diberi kebebasan untuk menghiasi dewan besar ini dan pastinya sentuhan dari perancang perkahwinan sohor ini menjadi tumpuan ramai kerana terlalu cantik dan seolah berada di alam fantasi.

Difahamkan, untuk majlis super mewah ini, masa diambil kira-kira 2 minggu untuk disiapkan sepenuhnya

Di IG perunding perkahwinan terkemuka, Reka Teemor pemiliknya, Faiz Sabari dan isteri, Rozana Muntaz berkongsi momen yang pasti tidak akan dilupakan oleh pasangan sama cantik sama padan, Lady Wennie dan Khairuddin.

IKLAN

Tulisnya :- Suasana malam yang diimpikan dan menjadi kenangan indah. Terima Kasih @ladywennie kerana memberi kebebasan yang hakiki kepada Team Reka Teemor! hakiki tu hahaha .

14 hari bertungkus lumus bersama-sama bergabung tenaga mengejar masa, memerah minda & tenaga dan bersengkang mata. Kita tidak dapat menghasilkan impian Lady Boss Sabah ini tanpa sokongan dan semangat untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dari rakan seperjuangan dalam industri.

Akhirnya kami anak anak watan ini dapat menzahirkan rekaan yang bertaraf dunia yang akan menjadi kenangan indah bersama.

IKLAN

Sesungguhnya kami hanya merancang namun Allahlah memberi kemudahan, jatidiri, iltizam dan ilham untuk menjayakan resepsi seumpama ini, Allahummabarik, Ya Fatah Ya Razak Ya Rahman Ya Rahim, Alhamdulilah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reka Teemor (@rekateemor)

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI