Kira-kira jam 6.10 petang tadi Datuk Wira Dr Maznah Hamid, 62 yang amat dikenali dengan jolokan ‘Iron Lady’ menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN). Ikon wanita ini juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd.
Sebelum ini, Datuk Maznah dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam. Ikon wanita ini begitu dekat di jiwa wanita. Kata-katanya seringkali menjadi penguat jati diri usahawan wanita.
Ikon Wanita Dekat Di Jiwa
Beliau lambang wanita yang tak kenal erti putus asa. Semasa hayatnya beliau pernah menjadi pengawal keselamatan, sampailah akhirnya menjadi pemilik syarikat pengawal keselamatan sendiri.
Hebatnya wanita ini dalam karier mahupun membentuk motivasi kehidupan tiada galang gantinya. Dekatnya beliau dengan para wanita tidak ternilai dek kata-kata. Kini, beliau sudah tiada namun semangat kentalnya sentiasa ada dalam jiwa para wanita yang pernah menerima nasihatnya.
Ads
Mohon rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan semoha roh Allahyarham Datuk Wira Maznah Hamid diberikan pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah.
Difahamkan jenazah Allahyarham Datuk Maznah Hamid akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam.
“Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor,” menurut sumber.
Ads
Dalam pada itu, difahamkan bahawa solat jenazah telah diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman Tas, Ampang).
Jenazah Allahyarham Datuk Maznah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, Kuala Lumpur.
Ads
Al-Fatihah.
Sumber / Foto : Sinar Harian, Securiforce Sdn Bhd
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Akibat masuk kabel pengecas telefon di mulut yang tidak dimatikan arusnya, bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk.
Ibu mangsa, Courtney N Davis, berkata, kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk.
Mangsa kemudian dibawa ibunya ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur dan tiada sebarang ubat yang dapat diletakkan pada bibir mangsa kerana bimbang akan dijilat oleh lidahnya.
Biasanya dia tidak akan meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh mangsa. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut.
Hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur. Sebelum ini dia tidak pernah meletakkan kabel pengecas itu ke dalam mulut, malah tidak pernah menyentuh alat pengecas itu.
“Namun pada hari itu, dia melakukan perkara yang tidak diingini itu sehingga menyebabkan bibirnya melecur teruk,” katanya.
Jadi Courtney menasihatkan semua ibu bapa dan penjaga serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas telefon di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Jangan main-main ya, sebaiknya kalau mak ayah nak charge gajet, letaklah di tempat yang tinggi. Budak kecik yang aktif macam ini belum tahu apa-apa. Dan biasanya anak kecil suka capai sesuatu dan masuk mulut! Moga kita mampu jadi mak ayah yang mencegah sebelum berlaku perkara tak diingini pada anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cara tanam taugeh dalam bekas air kotak recycle ini ini sebenarnya unik dan mudah saja. Masa yang diperlukan untuk menuai hasil pun cuma 4 hari saja. Selepas belajar tip mudah tanam taugeh ini, anda pasti takkan buang ke tong sampah lagi bekas air kotak saiz besar yang sudah kosong.
Sebabnya cuma dengan bekas air kotak, kacang hijau dan air anda dah boleh tanam taugeh sendiri dan nikmati hasil yang memuaskan. Inilah yang dikongsikan oleh Puan Nurul Nadiah.Beliau praktiskan cara mudah ini dan hasilnya boleh dapat sebesen taugeh yang boleh bertahan 2 ke tiga hari.
Cara tanam taugeh ini juga boleh dipraktikkan dalam bekas yang lain, cuma mak-mak perlu tutup rapat dan elakkan daripada cahaya mata hari. Tapi cara tanam taugeh yang Puan Nurul Nadiah kongsikan ini paling praktikal sekali. Mudah pun mudah!
Sumber/Foto: Facebook Nurul Nadiah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tanggunjawab mak ayah bukan hanya sekadar membelikan mainan untuk anak bermain.Paling penting harus pastikan mainan tersebut selamat malah mampu menggalakkan perkembangan dan merangsang otak anak-anak untuk berfikir dengan kreatif.
Tular di laman sosial baru-baru ini, kanak-kanak tersepit jari pada mainan dan mengakibatkan kuku dan isi jarinya terpaksa dipotong.Aduh seram, bila memikirkan kesakitan yang anak kecil tersebut kena lalui.Mak ayah memang perlu menjadi lebih ‘pemilih’ dalam membeli mainan untuk anak-anak ni.
Menerusi perkongsian oleh seorang ibu muda Puan Izyan Izdihar Shaarani, beliau kongsikan 4 jenis permainan yang mak ayah boleh belikan untuk anak-anak bagi menggalakan dan meningkatkan kemahiran mereka berfikir.Namun, ini hanyalah perkongsian peribadi beliau, permainan yang beliau berikan untuk anaknya, Iman yang berumur 6 tahun. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mak ayah yang masih mencari permainan sesuai untuk anak-anak juga.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Apa yang saya buat selama enam tahun ini yang menyebabkan Iman dilihat sebahagian orang seperti kuat berfikir.Ada yang minta saya kongsikan gambar koleksi mainan iman sebab dia nak tahu bagaimana saya inculcate kemahiran berfikir itu.Ia suatu proses yang bukanlah complicated dan sebenarnya dilakukan tanpa sedar”.
Bila saya jumpa puzzle, saya akan beli.Kadang harga puzzle ni mahal. Tapi saya gigihkan hati beli jugak. Bukan sebab mampu, tapi sebab percaya kepada manfaatnya.
Puzzle ni akan buat dia berfikir.Dia akan cuba selesaikan apa apa cabaran dalam puzzle dan itu membuatkan dia paksa sel otak dia berhubung.
Bila otaknya kerap diasah, dia akan cepat berfikir jika ada sesuatu masalah berlaku. (Sebab tu dia tak boleh main accept je apa yang ibu cakap, dia akan minta ibu justify).
Bila ada masalah, dia akan tanya kenapa, bagaimana, bila, apa.
Saya belikan dia blocks sejak dia baby lagi. Setiap tahap umur berbeza, dia perlukan saiz blocks yang berbeza.Bila saiz tu makin kecil, makin tinggi skill yang diperlukan untuk membina.
Ni memang latihan minda. Dia akan cipta macam macam benda dan cuba terjemah apa image yang bayangkan dalam kepala dia menjadi objek fizikal.
Bila umur dia 4 tahun dia dah boleh membina model lego seperti yang ditunjukkan dalam buku panduan Lego tu. It takes a huge brain process bagi kanak kanak usia 4 tahun untuk sort pieces of lego tu dan combine accordingly to build a model.
Bukan sebab dia bijak, tapi sebab brain dia dah biasa dipaksa untuk berfikir.
Bila umur dia 4 tahun ++, saya ajar dia main Chess, sahibba, word building blocks dan seangkatan dengannya.Games jenis ini buat dia berfikir secara logik, kritikal dan belajar taktikal.
Dia memang akan kalah bila main dengan kita. Tapi kita kena pandai bina intrinsic motivation dia supaya dia cerna yang practice makes perfect.
Kalau nak menang, kena fikir!
Sejak kecik saya beri banyak buku kosong pada dia. Dah besar sikit saya belikan white board kecik. Umur 5 tahun saya belikan white board besar.Semua ni untuk dia brainstorm idea dia. Dia akan lukis tulis apa apa je lah yang terlintas kat kepala dia.
Perlu untuk kanak kanak keluarkan apa yang dia fikirkan dalam kepala dia. Setengah orang dewasa pun kadang idea dalam kepala ada, tapi nak keluarkan tu tak tahu macam mana. Jadi board itu jadi outlet untuk dia terjemahkan semua idea yang terkepung dalam kepala dia.
Ha cukuplah saya kongsi 4 kategori mainan dia tu dulu.
It is a long journey.
Disamping memilih permainan,Communication kita dan dia play important role in promote thinking. (Post lain)
Parents role in spending quality time dengan anak anak juga matters. (Post lain)
Wujudkan persekitaran ilmiah yang induce dia untuk turut juga rasa learning is fun juga significant. (Post lain)
Uih penat.
Panjang betul dah menaip.
Haha!
Akhirul kalam, moga perkongsian ini tidak disalah erti, tidak di hakimi, tidak di putar belitkan maksudnya.
Bukan nak sarankan semua ikut langkah saya, tapi ia perkongsian buat mereka yang bertanya dan yang ingin ambil manfaat daripada nya.