Sekarang ini selain simpan duit, simpan emas pun boleh jadi satu pelaburan yang baik. Untung-untung bawa emas boleh jadi duit bila anda sedang melancong di luar negara.
Macam mana jadikan emas duit waktu melancong di luar negara pada 2 Mei lalu. Norhazlan Abd Hamid berkongsi pengalaman beliau sendiri.
Sewaktu melancong ke Istanbul Turki beliau dapati menukar wang di sana lebih memberi pulangan yang baik. Namun, pesannya bertanyalah dahulu sebelum membuat pertukaran, kerana ada juga peniaga yang menawarkan harga jauh lebih rendah.
Pengalaman Bawa Emas Dan Jual Di Luar Negara
Pengalaman jual emas di luar negara (Istanbul Turki)
Di sini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang pengalaman saya sendiri menjual emas Public Gold di Istanbul, Turki. Kedai Tower Gold Exchange ini terletak di alamat Bereketzade, Fırçacı Sk. No:2, 34421 Beyoğlu/İstanbul.
Saya menjual dua keping kad emas Public Gold (1 Gram x 2) di mana kedua-dua keluaran emas ini masing-masing adalah keluaran daripada Public Gold Minted (Design Quantitative Easing) dan Nadir Metal Refinery (Design Congratulation Wedding).
Pada ketika ini, kadar belian balik 1 gram yang ditawarkan oleh kedai ini adalah 900 TL (Turki Lira), jika ditukarkan di dalam bentuk ringgit Malaysia adalah sebanyak RM263. Jadi saya memperolehi wang tunai sebanyak 1,800 TL untuk jualan balik 2 gram emas Public Gold ini.
Ads
Apa yang menariknya di sini adalah pekedai tersebut menerima kedua-dua jenis kad emas Public Gold berkenaan tanpa membuka seal pun!
Emas Ini Wang Antarabangsa, Di Luar Negara Pun Diterima
Moral of the story, emas ialah wang antarabangsa, yang tidak mengenal kenal sempadan negara, wilayah atau benua. Jika dari Malaysia, nak jual emas di mana-mana negara tak jadi masalah. Di mana-mana negara pun, emas diterima. Selagi emas tu emas, dan tulen.
Kalau tuan-tuan melancong ke luar negara, jangan lupa bawa emas sebagai dana kecemasan. Sesak-sesak boleh jual untuk dapatkan cash.
TIPS TAMBAHAN: Sebelum jual emas, kita tanya dulu dengan pekedai. Sekiranya harga yang ditawarkan adalah munasabah (setelah dikira tukaran matawang negara tersebut kepada Ringgit Malaysia, barulah kita buat transaksi jualan emas berkenaan).
Ads
KAJIAN KES: Kami ada bertanya harga di satu kedai emas di London, UK. Mereka hanya ingin membayar £33 Pound untuk 1 gram emas (999) yang kita nak jual. Jika ditukar ke Ringgit Malaysia ianya bersamaan sekitar RM180 dan sama sekali tidak berbaloi untuk dijual!
Semoga bermanfaat dan jadilah penyimpan emas yang bijak
Begitulah.
Mingguan Wanita : Sebab itulah jangan perlekehkan sesiapa pun yang menyimpan emas. Seketul emas itu sebenarnya besar manfaat kepada mereka yang memilikinya. Sesak-sesak boleh bawa emas itu ke ar rahnu.
Biar pun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ramai yang alpa lalu menjalani kehidupan seharian seperti sebelum ini. Dengan tidak rasa bersalah membawa anak-anak keluar membeli keperluan dan tidak kurang juga melepak di kedai makan.
Beringatlah negara kita masih belum bebas Covid-19, malahan barisan hadapan masih berjuang berhabis-habisan. Jika semua mengambil mudah dan tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan, tidak mustahil PKP akan dilaksanakan semula.
Jangan Ambil Mudah, PKP Mungkin Akan Dilaksana Semula
Kerajaan mendapati masyarakat seolah-olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seolah-olah tiada undang-undang.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada orang ramai mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan ia tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata, contohnya semalam beliau menerima video tular mengenai keadaan orang ramai di warung di Kampung Pandan dan menyangkakan ia adalah palsu.
“Jadi, saya menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum beliau mengesahkan ia adalah berita benar.
“Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan, rakyat mesti patut kerana bimbang kes baru akan berlaku dan kes positif Covid-19 meningkat.
“Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, jika berlaku ketidak patuhan, bukan mustahil, PKP Fasa 1, 2 dan 3 akan diperkenalkan semula.
Bergantung Kepada Rakyat Patuh PKPB
Beliau berkata, jika rakyat mahu terus menikmati PKPB atau mungkin menyaksikan ia ditamatkan, semuanya bergantung kepada pematuhan rakyat.
“Tidak mustahil kembali ke PKP dan pergerakan terbatas semula. Jadi lebih baik rakyat patuh dan PKPB ditamatkan sebelum kita bebas bergerak semula dengan SOP diperkenalkan nanti.
“Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada undang-undang dan saranan kerajaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Setelah kita mematuhi beberapa fasa PKP sebelum ini dengan baik, jangan pula bila PKPB dilaksanakan kita menjadi terlampau bebas hingga merosakkan segala usaha yang kita lakukan selama ini. Jadi beringatlah sebelum keadaan bertambah buruk.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Malang sememangnya tidak berbau. Namun kemalangan boleh dielakkan sekiranya mengambil langkah lebih berhati-hati. Jangan biasakan tinggalkan anak-anak yang masih kecil dalam kenderaan tanpa pengawasan. Apatah lagi dalam keadaan enjin masih hidup.
Tindakan seorang wanita meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin tidak dimatikan membawa padah apabila kenderaan itu merempuh pintu kaca sebuah bank di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, wanita berusia 29 tahun berkenaan turut meninggalkan dua anaknya yang berusia dua dan lima tahun di dalam kenderaan terbabit.
Urusan Bank
Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian berlaku apabila pemandu wanita bertindak meninggalkan dua anaknya di dalam kereta Proton Saga untuk berurusan di sebuah bank.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, wanita itu meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit dan keluar beratur di mesin juruwang automatik (ATM).
“Ketika itu dua anaknya iaitu lelaki berusia dua tahun dan perempuan berusia lima tahun berada dalam kereta berkenaan.
“Ketika wanita itu sedang beratur di luar ATM, tiba-tiba orang awam menjerit dan mendapati kereta yang ditinggalkannya telah melanggar pintu utama bank terbabit dan menyebabkan cermin pintu rosak,” katanya.
Tidak Mengalami Kecederaan
Champin berkata, dua kanak-kanak di dalam kenderaan dan orang awam yang berada di dalam di bank tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan lanjut mendapati, kecuaian berlaku disebabkan wanita itu meninggalkan kenderaannya dalam keadaan enjin masih hidup dan gear terletak di posisi ‘drive’.
“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu gagal mengawal kenderaan semasa memandu dan menyebabkan kemalangan,” katanya.
MW: Jadikan pengajaran iya. Hati-hati, jangan tinggalkan anak kecil dalam kereta tanpa pengawasan, boleh akibatkan kemalangan sebegini berlaku.
Umie Aida Pilih Raikan Aktivis GSF Dengan Cara Lebih Bermakna
Pelakon dan aktivis terkenal, Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, memilih untuk tidak hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan rakan-rakan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF). Sebaliknya, beliau berhasrat meraikan mereka dengan cara lebih bermakna — melalui majlis ilmu.
Raikan Dengan Majlis Ilmu
Menurut Umie Aida, saat pertemuan di KLIA wajar menjadi detik istimewa yang hanya dikongsi antara aktivis dan keluarga mereka. “Kalau mereka tiba di KLIA, biarlah keluarga yang menyambut. Pada saya, momen itu lebih bermakna untuk mereka. Selepas dua hari, barulah kami, rakan-rakan akan meraikan kepulangan mereka menerusi satu majlis ilmu yang khusus,” katanya.
Kehadiran Majlis Ilmu Sebagai Tanda Syukur
Tambah Umie Aida, beliau mengenali ramai aktivis seperti Heliza Helmi, Hazwani Helmi, PU Rahmat dan Zizi Kirana melalui majlis ilmu. Oleh itu, beliau berpendapat cara itu adalah paling sesuai untuk meraikan kepulangan mereka. “Saya mengenali mereka melalui majlis ilmu, dan sebab itu juga saya mahu sambut mereka dengan cara yang sama. Saya tahu, itulah kebahagiaan sebenar mereka,” ujarnya.
Rasa Resah Sepanjang Misi Global Sumud Flotilla
Sebagai rakan usrah kepada beberapa aktivis, Umie Aida mengakui dirinya berasa sangat resah sepanjang misi GSF berlangsung. “Saya memang tak boleh tidur mengenangkan keselamatan mereka kerana kita tahu rejim Zionis tidak pernah mengenal belas kasihan.
Mereka melayan para aktivis ini seperti penjenayah, sedangkan hakikatnya yang membawa senjata dan menindas adalah mereka sendiri. Aktivis kita langsung tidak bersenjata, mereka hanya membawa bantuan makanan,” jelasnya.
Seruan Doa Untuk Para Aktivis
Dalam masa sama, Umie Aida turut menyeru orang ramai agar terus mendoakan kekuatan para aktivis dan sukarelawan yang masih berjuang di lapangan demi membela nasib rakyat Palestin. “Doa kita jangan putus. Semoga mereka semua terus diberi kekuatan sehingga Palestin benar-benar bebas,” tambahnya.
Aktivis GSF Selamat Dibebaskan Dari Tahanan
Untuk rekod, seramai 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan selamat dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis baru-baru ini. Mereka telah diterbangkan ke Istanbul, Turkiye menggunakan pesawat khas bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijangka kembali ke tanah air dalam masa terdekat.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!