Tak dinafikan dalam keadaaan ekonomi sekarang, peningkatan harga barangan menyebabkan ramai golongan peniaga terjejas. Ramai yang memahami bahawa penjaja makanan terutamanya, ada yang terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual, untuk mendapat ‘secebis’ keuntungan mahupun balik modal berniaga.

Namun terdapat segelintir pembeli yang kurang sifat empati dalam keadaan sebegini, malah sewenangnya mengherdik tanpa rasa bersalah. Malah ada juga yang sanggup mengutamakan ‘berkotak-kotak’ rokok, daripada keutamaan persekolahan anak-anak dan keperluan keluarga.

Terkesan kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Hazwani Mohd Dah ini, semoga menjadi pengajaran buat kita.

“Bengap!”
Minggu lepas saya turun dari kereta ke gerai karipap kegemaran saya, terdengar seorang lelaki menjerit “bengap!” pada makcik gerai lalu terus masuk ke keretanya.

Dibuangnya puntung rokok ke tanah. Saya cepat-cepat tutup hidung sebab saya AMAT SENSITIF pada bau rokok atas beberapa sebab.

Saya diam membatu.Sebab saya tak tahu pucuk pangkal.Saya tak mahu pula menyimbah-nyimbah rasa geram makcik karipap di depan saya.

“Makcik, macam biasa ya. Sepuluh ringgit karipap,” kata saya senyum.

“Tak apa ke cikgu, kalau harga dia 5 biji 2 ringgit? Selalu kan 3 biji seringgit. Cukup ke untuk anak murid?,” katanya perlahan dengan wajah sugul.

“Eh tak apa makcik. Saya faham sangat. Semuanya tengah mahal, makcik. Makcik dah siapkan sarapan pagi-pagi ni pun, kami semua syukur, boleh kami singgah beli,”

Terus makcik menitiskan air mata. Aduhh, jangan saya menangis sekali, sudahlah.

“Terima kasih cikgu sebab faham. Lelaki tadi tu marah makcik……”

“Dia marah sebab, anak-anaknya bergaduh tak dapat karipap sorang 3 biji macam selalu, sebab sekarang harganya dah lain,” sambungnya lagi.

“Makcik dah tak tahu macamana nak pusing modal lagi, terpaksalah naikkan sikit harga,” adunya.

IKLAN

Mendengar cerita makcik, hati saya geram sangat!
Saya cepat-cepat beri duit pada makcik dan meninggalkannya. Terlalu banyak perkara saya nak cakap, tapi pelanggan makcik semakin ramai.

“Bengap!” Herdik Penjual Karipap, Gara-gara Anak Bergaduh Tak Dapat 3 Biji Macam Selalu!

Herdik Orang Lain Selesaikan Masalah

Saya memang geram dengan orang yang tak ada sense macam ni. Sanggup dia herdik orang lain untuk selesaikan masalahnya.

Lagi saya bengang, Harga Sebatang rokok yang dia hisap tu, BOLEH SANGAT KOT belikan beberapa biji karipap untuk anak-anaknya? Tak pasal-pasal pula orang lain yang dimarahnya.

Maaflah, saya memang amat anti kepada perokok yang tak bertanggungjawab begini.

Sejak menjadi guru pada tahun 2010, BERAPA RAMAI murid yang tak ada duit nak beli buku pada awal tahun walhal ayah menghisap rokok 2,3 kotak sehari?

Lepastu, yang disalahkan saban hari di kedai kopi adalah SALAH KERAJAAN

IKLAN

Sudahnya, ramai guru-guru yang keluarkan duit dari poket mereka sendiri untuk memastikan anak-anak tak tercicir dalam pelajaran. Saya bukan mengungkit, tapi hanya nak kongsikan kenyatannya.

Badan kebajikan di sekolah pun ambil peranan, TAPI SESUNGGUHNYA MEREKA ‘FE DUP’ JUGA sebab saban tahun, orang yang sama menunggu bantuan dan tak kisah tentang hal ehwal buku anak-anak, sedangkan amat mampu membeli rokok.

Kadang sampai bulan Mac, anak-anak terkontang-kanting tak ada buku. Geramnya saya.

Ibaratnya, ROKOK FIRST,
Buku anak, LAST.

Tuan yang dihormati, jangan berkira dengan urusan ilmu anak.
Atau apa saja urusan anak-anak serta isteri kerana mereka adalah tanggungjawab kita.

Berkorbanlah jika yang perlu dikorbankan ialah rokok yang fungsinya HANYA MEMBAKAR DUIT kita.
Semoga dengan memudahkan urusan anak-anak kita menuntut ilmu, Allah memudahkan urusan dan melancarkan rezeki kita pula.
Yakinlah.

IKLAN

Saling mengingatkan dan mendoakan ya. Kecanduan rokok sedikitpun tidak memanfaatkan.
Bukankah hidup kita ini indah bila saling berpesan-pesan? Tiadalah saya yang menulis ini lebih baik daripada yang membaca.

Kerana akhirnya, kehidupan kita di dunia adalah hanya sekerdipan mata. Perjalanan kehidupan kita selepas itu, sesungguhnya amat jauh dan panjang.

Hazwani Mohd Dah
Jemput follow saya dengan tag #LumbaKeSyurga untuk kawan-kawan mengakses semua sharing saya tentang kehidupan.

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi Di Sini:
Pelanggan Merokok Tak Endah Teguran, Tindakan Ayah Ini Di Luar Dugaan

‘Hari-hari Kena Marah’ Isteri Ini Tahan Hati Janji Suami BERHENTI Merokok

Mingguan Wanita: Ada benarnya, jangan ambil mudah mengherdik orang lain untuk selesaikan masalah sendiri. Rokok hanya membakar duit, banyak yang boleh dimanfaatkan untuk anak-anak dan keluarga daripada menghabiskan duit dengan rokok.

Sumber: Hazwani Mohd Dah

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI