Setiap ibu hamil pasti melalui alahan bila mengandung. Lebih-lebih lagi bila hamil anak pertama. Rezeki masing-masing, ada yang langsung tak alaminya dan setiap hari dilalui dengan biasa-biasa saja.
Beruntungnya kalau hamil anak pertama tidak mengalami sebarang alahan. Tak kurang juga yang mengalami lebih teruk lagi, sampai tak boleh bangun dan hanya terbaring atas katil.
Semua ini bergantung pada hormon dan antibodi diri masing-masing. Baik hamil anak pertama, mahu pun anak seterusnya, mestilah berbeza-beza. Ini belum lagi alahan yang katanya seri ibu muda ‘ditarik oleh bayi yang dikandung.
Sesetengah mak-mak, hamil anak pertama, kedua atau ketiga sekali pun, wajahnya berseri-seri. Kononnya, ibu hamil anak lelaki. Berbeza kalau wajah ibu kurang berseri, alahan yang teruk, katanya anak perempuan pula. Masing-masing ada pendapat sendiri dan bergantung pada antibodi ibu hamil itu sendri.
Begitu juga yang berlaku pada pasangan yang sudah menanti lebih 6 tahun untuk mendapatkan zuriat. Apabila disahkan mengandung, barulah nampak perubahan pada ibu muda ini.
Kalau dahulu, wajah berseri tanpa sebarang jerawat di muka. Kini bila hamil anak pertama, wajahnya teruk ditumbuhi jerawat batu. Terus hilang seri sebab ‘serinya’ ditarik pada bayi yang dikandung.
Dalam perkongsian video tiktok, Syafik, dia merasa cukup teruja dan bersyukur kerana penantian selama 6 tahun akhirnya termakbul apabila isterinya disahkan mengandung beberapa bulan lalu.
Sementara itu, perkongsian video tiktok dari isterinya, Lisa pula menunjukkan perubahan pada dirinya sebelum hamil dan semasa hamil.
Wajahnya yang mulus terus berubah teruk sejak berbadan dua. Namun, dia reda dan pasrah mengenangkan penantiannya selama 6 tahun telah dimakbulkan. Dia tidak kisah seri mukanya ditarik oleh bayi.
Ads
Malah, suaminya, Syafik turut menghargai perngorbanan dan berharap agar isterinya sentiasa kuat semangat.
Dalam pada itu, pasangan ini tidak sabar untuk menyambut hari raya bertiga pada tahun hadapan.
.
Mingguan Wanita : Tiada yang dapat digambarkan perasaan gembira untuk menerima kedaangan ahli baru dalam keluarga. Semoga dipermudah buat pasangan ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Pernah bacakan kenyataan wanita Utara jadi pilihan lelaki dalam mencari jodoh. Sebabnya orang Kedah ni boleh dikatakan lawa-lawa. Bukan saja Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pun termasuk dalam kategori Utara.
Artikel ini bukanlah nak buat perbandingan cantiknya wanita Utara dengan negeri-negeri lain. Tapi ada 5 perkara yang anda perlu tahu tentang wanita Kedah ini.
Jadi sebelum ambil keputusan nak pilih wanita Kedah untuk jadikan isteri, anda kena faham 5 alasan ini. Kalau berani tempuh, luluslah impian anda itu.
5 Fakta Tentang Wanita Kedah
Pertama : Perempuan Kedah Kuat Makan
Bukanlah kuat makan bermaksud pelahap. Wanita Kedah ini tak boleh kalau tak ada nasi. Memang ‘tele’lah dengan gelaran negeri Jelapang Padi tu.
Kedua : Suka Bergurau Dan Berkawan
Jangan pula nak jeles-jeles bila wanita Kedah ni dah jumpa geng dia. Sat lagi hampa kena ‘tiau’ dengan dia. Kalau ada kawan susah pun, mereka dengan rela hati membantu. Tak kiralah dari negeri mana pun kawan dia tu.
Ketiga : Amat Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan
Terutama yang kecik-kecik duduk dengan nenek, bila besar kerajinan dan ketelitian nenek tu melekat kat diri dia. Pantang ni kalau tengok rumah bersepah-sepah tak kemas. Adalah yang mahu dikerjakan tu nanti.
Keempat : Pantang Bangun Matahari Dah Tinggi
Dekat-dekat nak Subuh tu mak-mak dah mula bising suh bangkit. Yang jenis liat-liat tu siap sedialah tadah telinga dengar leteran mak. Pantang tok nenek kalau anak dara bangkit tengahari.
Kelima : Kuat Berpantang Lepas Bersalin
Bab-bab nak dapat balik badan macam anak dara memang kena serah kat wanita Kedah. Sebab itulah wanita Kedah ni strict sikit bab-bab berpantang. Pantang pula bukan jenis yang moden-moden ni… Tradisional! Bertungku, bertangas, pantang makan laksa setahun, dan segala macam pantanglah. Memang tak boleh dibuat main-main.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salah satu janji yang sering menjadi perhatian dalam manifesto PRU14 pilihan raya lepas adalah kerajaan mengambil alih konsensi lebuhraya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsensi.
Buat pengguna lebuhraya yang sering menggunakan Lebuhraya Damansara Puchong LDP, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART, terdapat mekanisme baru dalam kutipan tol yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Harian,Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata, sebagai langkah pertama, kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsensi lebuhraya di mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.
“Lebuhraya yang terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong LDP, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
“Dengan kejayaan pengambil alihan tersebut, kerajaan bercadang untuk menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Caj Kesesakan
Justeru, sebagai ganti ‘congestion charge’ (caj kesesakan) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuhraya akan hanya dikenakan bayaran ‘congestion charge’ yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.
“Kadar tol dihapuskan sam sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi, dimana penggunaan lebuhraya adalah percuma.
“Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa,” jelasnya.
Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan, hasil kutipan ‘caj kesesakan’ akan digunapakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaran lebuhraya serta bayaran pinjaman.
“Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkat kualiti pengankutan awam seluruh negara.
“Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan di umumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa sesuai,” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, PH telah berjanji di dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsensi lebuhraya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsensi.
“Ini sebagai langkah pertama kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya,” katanya.
MW: Semoga ia permulaan langkah yang bijak, dalam penghapusan tol secara berperingkat demi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Mak pergi mengadap Ilahi, mak jumpa abang disana ya”. Salam takziah buat pelakon dan pelawak, Ali Puteh yang telah kehilangan ibu tersayang iaitu Allahyarham Sabariah Arshad, 64.
“Mak Pergi Mengadap Ilahi, Mak Jumpa Abang Disana Ya”
Seperti mana yang dikongsi menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Ali Puteh memaklumkan perkara sedih tersebut.
“Assalamualaikum..mak saya telah pergi mengadap ilahi..doakan buat mak saya ya semua..mak jumpa abang disana ye,” tulis Ali.
Ibu kepada Ali dan juga arwah Abam Bocey, Allahyarham Sabariah telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit di Hospital Selayang, jam 11.54 malam tadi.
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online, menerusi temubual bersama Achey, pelawak itu memaklumkan dia dimaklumkan oleh Ali, arwah ibu sebelum ini telah dimasukkan ke zon kritikal kerana serangan asma dan pelbagai kompikasi penyakit.
“Sebaik sahaja menghubungi Ali, dia memaklumkan arwah baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Arwah dimasukkan ke zon kritikal akibat serangan asma dan pelbagai komplikasi penyakit sejak Selasa lalu.
“Mendengar berita pemergian arwah, saya pergi ke hospital untuk menziarahi arwah dan Ali dan ahli keluarga untuk memberi kata semangat,” ungkap Achey.
Disemadikan Tanah Perkuburan Yang Sama Dengan Arwah Abam
Berkongsi maklumat pengebumian jenazah, menerusi perkongsian di akaun Instagram Ali menerangkan arwah ibunya akan disemadikan di tanah perkuburan sama dengan arwah Abam iaitu Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Untuk rekod Disember tahun lalu, arwah pernah dimasukkan ke Hospital Selayang kerana serangan asma hingga terpaksa ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sumber: Berita Harian Online
Sumber Foto : Ali Puteh & Achey
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.