Kemeriahan malam kemuncak NONA SUPERHERO AWARD 2023 yang berlangsung beberapa hari lalu masih hangat diperkatakan dengan kemunculan khas Dato Seri Vida yang menggayakan busana khas rekaan pereka fesyen duo, Razman Razmi.
Bertemakan “Maleficient Dalam Laut Yang Menakutkan”, busana serba hitam Dato Seri Vida mencuri perhatian apabila dipadankan dengan barangan kemas yang mencecah puluhan ribu ringgit serta hiasan crown yang diberi ‘nafas’ baharu dalam bentuk bunjutan di atas kepala.
“Saya rasa penggayaan kali ini memberi kelainan kerana crown (mahkota) diberi nafas baharu dalam bentuk bunjut sekaligus memberi implikasi out of the box. Sebab dalam apa jua yang kita lakukan, kita tak mahu ikut orang, produk ke lagu ke kena lain daripada yang lain, ujar Dato Seri Vida memberi komen mengenai busana yang digayakan di majlis NONA SUPERHERO AWARD baru-baru ini.
Tak sah jika penampilan DSV ini mendapat perhatian para netizen yang menyamakan penampilannya dengan pelbagai benda antaranya termasuklah sup bunjut, batu tungku dan sebagainya. Namun bagi Dato Seri Vida, kecaman netizen di laman sosial tidak pernah sesekali menjatuhkan keyakinan dirinya malah berbangga dengan hasil rekaan pereka fesyen tempatan yang mampu menghasilkan sesuatu yang di luar kotak.
Ads
“Ehh..ni ada pitih emas( sambil merujuk bahagian atas kepalanya). Kita nak satu fesyen yang iconic dan barulah sesuai dengan DSV”, ujar Dato Seri Vida yang turut mengenakan aksesori bernilai ribuan ringgit.
Ads
Menjengah ke laman Instagram Mingguan Wanita, rata-rata netizen menyamakan fesyen ‘crown bunjut’ DSV dengan pelbagai gelaran antaranya termasuklah telletubbies, tungku bayi dan sup bunjut. Pelbagai komen lucu ditinggalkan di laman Instagram Mingguan Wanita yang menganggap fesyen tersebut kelihatan pelik meskipun busana yang digayakan olehnya sudah kelihatan cantik dan mewah.
Bina rumah pelacuran, Ridhuan Tee tempelak, “jangan jadi artis jahil, pergi mengaji…” Tindakan Datuk Rosham Nor yang memberi cadangan peribadi agar Malaysia membina rumah pelacuran bagi menyelesaikan masalah nafsu 3 juta pendatang mencetuskan pelbagai komen.
Ramai beranggapan ia satu percakapan mengarut kerana dirinya adalah figura dan dikenali ramai dan tidak sepatutnya kenyataan sebegitu keluar dari dirinya. Walau sudah meminta maaf semalam tetapi isu dinyatakannya masih berlegar di media sosial.
Dalam pada itu, pendakwah terkenal, Ustaz Ridhuan Tee turut menempelak cadangan ini kerana menurutnya Kuala Lumpur tidak boleh dijadikan seperti Hatyai malah mencadangkan agar artis dan termasuk yang lain jangan jadi jahil. “Pergilah mengaji…katanya.
Beliau meluahkan pendapat di facebooknya semalam dan ia mendapat respon positif dari masyarakat.
Penyelesaian bodoh dari orang bodoh. Bila ramai pelanggan pelacur sediakan rumah pelacur. Bila ramai kaki judi maka sediakan rumah judi (kasino). Bila ramai orang tikam ekor, sediakan kedai ekor.
Bila ramai kaki botol, sediakan kedai arak. Bila ramai mat rempit sediakan litar rempit. Bila ramai kaki rokok (vape), sediakan rumah rokok. Bila ramai orang hisap dadah, sediakan rumah hisap dadah. Bila ramai orang suka berhibur waktu malam, sediakan kelab malam.
Ringkasnya, bila ramai orang suka maksiat, sediakan pusat maksiat.
Ini bukan penyelesaian, ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini, pergilah mengaji. Jangan jadi artis (termasuk yang lain) jahil.
Setiap masalah tersebut, sudah ada jalan penyelesaiannya. Pergiah baca. Lebih-lebih lagi mengikut perspektif agama masing-masing. Lagi pun kajian demi kajian telah dibuat. Ini bukan perkara baharu.
Persoalannya, mahu laksanakan atau tidak?
Tapi bukan dengan menyelesaikan, bukan dengan cara maksiat atas maksiat. Ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan lagi masalah. Apakah kita mahu Kuala Lumpur menjadi seperti Hatyai, terkenal sebagai pusat maksiat, pusat pelacuran. Kononnya, atas nama pusat pelancongan.
Ya, saya tidak nafikan begitu ramai, orang Malaysia ramai melancong ke Hatyai. Tapi, kita kena ingat, sedar atau tidak, sebahagiannya pergi ke sana, bertujuan melanggan pelacur.
Adakah kita mahu katakan bahawa, orang Malaysia yang pergi melanggan pelacur di sana, nafsunya tidak terlayan di sini, sehingga perlu pergi ke Hatyai untuk melanggan pelacur? Ini hujah bodoh. Orang sebegini memang wujud dalam masyarakat. Sebab itu kita perlu didik mereka.
Percayalah, setiap agama (bangsa) sudah ada jalan penyelesaian masing-masing. Galilah dan koreklah jalan penyelesaian mereka. Jangan pakai cakap sahaja sehingga nampak kebodohan diri.
Saya yakin, jika cadangan ini diterima, yang ramai jadi pelacur nanti, adalah anak-anak kita, bukan dari kalangan pekerja asing ini.
Ini belum termasuk lagi masalah penyakit yang akan ditimbulkan seperti HIV AIDS dan sebagainya. Pendek kata, orang yang bercakap ini, cara berfikir dia amat naif. Tidak layak diikuti, meskipun datang daripada orang yang berpengaruh. Bertaubatlah….
Dalam Islam sendiri, sudah ada penyelesaian. Jika nafsu terlau kuat atau membuak-buak, maka ada caranya. Bagi lelaki, poligami dibenarkan (jika mampu). Jika poligami tidak dibenarkan, pasti ada penyelesaian cara mengikut perspektif agama masing-masing, tapi bukan cara membuka pusat pelacuran.
Begitu juga penyelesaian daripada aspek pendidikan. Selain itu, kita ada undang-undang. Di negara lain pun ada undang-undang. Kuatkuasalah. Ini negara kita, kita ada cara sendiri. Orang lain datang, kena hormatlah. Sama juga kita pergi ke negara orang, kena hormat, budaya dan cara hidup masing-masing
Ini belum termasuk penyelesaian dari sudut spiritual. Kita disyorkan supaya dekat dengan Allah (Tuhan Pencipta), puasa, dan sebagainya.
Aktif diri kita seharian dengan gaya hidup sihat. Melibatkan diri dengan banyak kegiatan berfaedah.
Hidup ini bukan dengan memuaskan nafsu alat kelamin sahaja. Bahagia ini ada banyak cara, bukan hanya seks semata. Ada orang bahagia, tanpa hubungan seks. Ada orang tidak kahwin, tanpa melakukan hubungan seks tetapi dia bahagia.
Jangan asyik tergambar memuaskan nafsu alat kelamin sahaja. Nampak sangat otak kotor.
Contoh lain, kamu tahu tak, di negara besar China, penduduk teramat ramai, tidak ada kasino, kita Malaysia, kecil saja, ada, antara kasino terbesar lagi di dunia. Orang luar negara, berhibur dan berjudi di negara kita. Adakah selesai masalah penjudi di seluruh dunia, jangan jadi bodoh.
Sekurang-kurangnya, di negara China, dengan tidak adanya kasino, mereka dapat menyelesaikan sebahagian masalah sosial mereka. Kita bagaimana? Menghalalkan maksiat, tidak akan menyelesaikan masalah maksiat.
Sebab itulah, masalah negara kita, tidak pernah selesai. Kita selesaikan masalah atas masalah. Maksiat atas maksiat. Rasuah atas rasuah. Menyimpan perasuah. Bukan kembali kepada sumber asal atau asas.
Suka atau tidak, jika rakyat Malaysia mengakui, mereka orang beragama, ada Tuhan masing-masing, kembalikan kepada penyelesaian asas ini. Jika tidak, tidak ada ertinya, kamu mengakui hidup bertuhan.
Apa yang kamu sembah itu, tidak membawa makna. Lagipun setiap bangsa ada peradaban dan Pendidikan agama dan bangsa masing-masing, hayatilah. Bukankah selama ini, setiap bangsa mengatakan bangsa mereka hebat, agama mereka hebat, ikutlah.
Jika agama dan bangsa kamu tidak ajar, bermakna, agama dan bangsa kamu tidak hebat.
Dalam Islam, jelas diberikan garis panduan, dalam mengekang masalah seks yang membuak-buak, jika seks itulah yang menjadi alasan.
Antaranya adalah dengan puasa, doa, istighfar, mencintai Allah dan Rasul, solat malam, menahan pandangan, berkumpul dengan orang baik-baik (soleh), menikah, hindari peransang nafsu syahwat, ingatlah dosa dan balasannaya, aktif aya hidup sihat, hindari zina dan banyak cara lagi. Ini ikut cara Islam.
Agama (bangsa) lain pasti ada cara mereka sendiri, sudah tentu bukan dengan cara membuka rumah untuk pelacur. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia. Penangan lagu Dawai sememangnya membawa tuah buat penyanyinya, Fadhilah Intan. Penyanyi yang berasal dari Indonesia itu mengakui dirinya lebih dikenali dan mendapat perhatian peminat di Malaysia sejak lagu Dawai mula dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
“Saya bersetuju kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia. Sebenarnya selepas lagu Dawai menjadi popular, perubahan ketara itu banyak berlaku di Malaysia. Berbeza di Indonesia, sebelum lagu ini popular, ramai orang minta bergambar dengan pelakon filem Air Mata Di Ujung Sajadah sahaja.
“Saya sebagai penyanyi runut bunyi filem itu tiada yang minta bergambar. Kalau di Malaysia orang selalu sokong saya.
“Walaupun kadang-kadang ada yang terlupa nama, tapi mereka akan panggil saya ‘Dawai’, saya gembira. Alhamdulillah sekarang sudah lebih ramai yang mengenali saya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ & ‘Dawai’ In Penang di Gula Cakery, KL East Mall, di sini, semalam.
Penyanyi berasal dari Surabaya, Indonesia itu berkata, sebagai langkah terus mengukuhkan nama dalam industri muzik, Fadhilah bakal melancarkan dua single baharu tidak lama lagi.
“Saya sudah ada dua single baharu dan baru sahaja selesai rakaman beberapa hari lalu. Mungkin akan dilancarkan pada Februari ini,” katanya.
Berita baik buat peminat penyanyi berusia 25 tahun ini. Fadhilah diundang untuk menjayakan Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang anjuran Orange International bersama kumpulan Wali Band, Khai Bahar dan Saixse di Spice Arena, Pulau Pinang pada 3 Februari depan.
“Saya anggap ini kesempatan baik dan indah apabila dapat membuat persembahan di Malaysia. Sebelum ini, saya adalah pencipta kandungan di media sosial, tapi sekarang sudah lebih dikenali sebagai penyanyi,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Harga gula dicadang naik RM1, dijual pada RM3.85 sekilogram. Gula antara barang kawalan yang masih dijual pada harga mampu milik. Malah ia menjadi keperluan utama sebahagian rakyat Malaysia.
Dijual pada harga RM2.85 bagi sekilogram dan RM4.80 bagi harga gula premium, terkini MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) mencadangkan agar harga gula peket sekilogram dinaikkan kepada RM3.85, kenaikan sebanyak RM1 berbanding harga jualan ditetapkan ketika ini iaitu RM2.85 sekilogram.
Memetik laporasn Kosmo, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM, Hasni Ahmad berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan kerana kos operasi telah meningkat atas pelbagai faktor global.
Menurut beliau, pihaknya juga kini sedang beroperasi dalam kerugian.
“Kita telah memberikan cadangan kepada kerajaan untuk menaikkan harga jualan gula peket sekilogram kepada RM3.85, berbanding RM2.85 sekilogram ketika ini.
“Langkah ini perlu dibuat kerana kos pengeluaran sudah tidak boleh dikawal atas beberapa faktor antaranya perang di Ukraine, perang di Timur Tengah dan juga kejatuhan nilai mata wang ringgit.
“Oleh itu kita perlu jual pada harga yang bersesuaian, kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak kerajaan berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena program lawatan media ke MSM Johor, di Pasir Gudang di sini hari ini.
Sementara itu, Hasni turut mengulas rancangan syarikat tersebut untuk mengeksport gula ke pasaran Singapura, tahun ini.
“Berkenaan eksport gula, pasaran serantau yang sedang kita berikan tumpuan adalah Singapura, kita jangka akan mula eksport sama ada suku pertama atau suku kedua tahun ini.
“Namun ingin ditegaskan, langkah mengeksport gula itu tidak akan menjejaskan bekalan gula di dalam pasaran tempatan. Tidak perlu bimbang kerana eksport gula tidak beri impak kepada pasaran tempatan, jangan risau,” ujarnya.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...