Kata orang, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia hanya Allah yang tahu, begitulah tuah bagi Josua Hutagalung. Seorang pembuat keranda jadi jutawan segera, pabila dirinya jual batu angkasa umpama terima gaji selama 30 tahun.
Sudah tentu bukan sahaja kita, dia juga tentu tidak menyangka seketul batu yang jatuh di atas bumbung rumahnya mempunyai nilai yang terlalu tinggi.
Pembuat Keranda Jadi Jutawan Segera
Seorang pembuat keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas batu angkasa jatuh di atas bumbung rumahnya ketika kejadian pada Ogos lalu.
Josua Hutagalung, 33, berada di kediamannya di Kolang, Sumatera Utara ketika meteorit berukuran seperti saiz football itu menimpa beranda.
Menurutnya, dia telah menjual batu angkasa seberat 2.2 kilogram yang mempunyai nilai kira-kira 1.4 juta pound (RM7.6 juta) yang bersamaan gaji diterima untuk tempoh selama 30 tahun.
“Saya sedang membuat keranda apabila terdengar dentuman yang kuat hingga menyebabkan rumah saya bergegar. Batu itu terlalu panas untuk dipegang. Oleh itu, isteri saya menggunakan cangkul dan membawanya masuk ke dalam rumah,” ujarnya.
Jelasnya, wang diterima hasil jualan meteorit tersebut menyebabkan dia memilih untuk berhenti kerja dan berhasrat mahu membina gereja baharu di kampung didiaminya.
Harap Batu Angkasa Bawa Tuah
“Saya mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Saya harap ia akan membawa tuah kepada kami,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Sementara itu, pakar batu angkasa, Jared Collins memberitahu dia mendapat tawaran yang tinggi untuk membeli batu angkasa itu.
Collins kemudiannya menghantar meteorit tersebut ke Amerika Syarikat yang kini disimpan di Pusat untuk Penyelidikan Meteorit di Arizona State University.
Batu Angkasa Yang Sangat Jarang Ditemui
Batu angkasa itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, jenis yang sangat jarang ditemui dan dipercayai mengandungi asid amino unik dan unsur primordial lain.
Difahamkan, serpihan meteorit itu turut dibeli pengumpul kedua dan kini dijual di laman eBay. – Agensi
MW: Beruntung pembuat keranda ini, mendapat rezeki yang tidak dijangka. Inilah dinamakan batu bukan sebarang batu.
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua didapati lebih ketat dari sebelum ini. Segalanya dilakukan semata-mata bagi mengehadkan pergerakan orang ramai dan dalam masa yang sama mampu menyekat Covid-19 dari terus merebak. Terdahulu dikatakan PKP fasa pertama menunjukkan kesan positif.
Terbaru, orang ramai hanya dibenarkan untuk bergerak dalam lingkungan 10 kilometer dari rumah walaupun atas tujuan membeli makanan dan keperluan asas. Selain itu, tiada peneman dibenarkan dan hanya seorang seperti yang sedia maklum sebelum ini.
Manakala yang perlu keluar atas tugas rasmi, perlu disertakan surat kebenaran daripada majikan. Semoga langkah yang diambil dapat menyelamatkan nyawa kita daripada wabak Covid-19.
Rakyat Malaysia hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing ketika kawalan pergerakan dilaksanakan, meskipun untuk tujuan membeli makanan atau ubat.
Perkara ini telah dinyatakan dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Ini bermakna, jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan yang mempunyai jangkitan, mereka perlu ke tempat paling hampir dengan kediamannya sama ada untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet.
Syarat itu turut menyatakan, mereka tidak boleh disertai (ditemani) orang lain kecuali dengan alasan munasabah.
Bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan pula, pergerakan penduduk juga tidak melebihi 10 km, paling hampir dengan kediamannya dan tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan sebab munasabah.
Bagi Tugasan Rasmi
Dalam melaksanakan tugasan rasmi, akta itu menyatakan rakyat Malaysia perlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikan, jika ia dikehendaki oleh seorang pegawai diberi kuasa.
Surat kebenaran itu juga perlu dikemukakan dalam melaksanakan tugasannya dalam apa-apa perkhidmatan yang perlu.
Memperincikan mengenai keperluan pergerakan untuk membeli makanan termasuk pengendali perniagaan, Akta itu menyatakan ia perlu dijalankan secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran sahaja.
Sumber: Berita Harian
MW: Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah dan dijauhkan daripada virus ini. Ikuti dan patuhilah arahan pihak berkuasa supaya apa yang telah dirangka menjadi kenyataan dan kita semua akan selamat. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu dan anak lelaki maut disyaki keracunan makanan selepas pulang kenduri kahwin. Seorang wanita bersama anak lelakinya dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di sebuah dewan di Jalan Apas pada 9 Ogos lalu.
Ibu Dan Anak Lelaki Maut Disyaki Keracunan Makanan Selepas Pulang Kenduri Kahwin
Mangsa, Nazuah Pili, 36, dan anak sulungnya, Mohd Amran, 9, mula mengalami simptom muntah serta cirit-birit hanya beberapa jam selepas pulang daripada kenduri tersebut kira-kira jam 11 pagi, sebelum akhirnya tidak sedarkan diri.
Suami mangsa, Masran Mohd Amin, 43, berkata beliau yang baru pulang dari kerja sekitar jam 3 petang mendapati kedua-duanya terbaring di atas tilam di ruang tamu.
“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa namun saya lihat isteri kerap berulang-alik ke tandas, dengar dia muntah-muntah dan kemudian baring semula dalam keadaan lemah.
“Saya cuba bangunkan isteri kerana melihat ada kesan najis pada kain sarung yang dipakainya sebelum dia masuk semula ke tandas untuk membersihkan diri.
“Ketika itu, saya tengok si Abang (nama panggilan Mohd Amran) masih terbaring di ruang tamu dan tidak bergerak,” katanya.
Masran turut memaklumkan bahawa beliau sendiri mengalami muntah dan sakit perut selepas memakan lauk kenduri yang dibawa pulang isterinya. Dua lagi anak mereka, Naziah Insyirah, 6, dan Mohd Azran, 18 bulan, sempat mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan hasil bantuan ahli keluarga lain.
Menurutnya, jenazah kedua-dua mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu 4 sekitar jam 10 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat. Beliau reda dengan kehilangan insan tersayang itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Katanya, siasatan sedang dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Jutawan tudung bawal, Haliza Maysuri ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaan dan kegembiraan menerima kehadiran menantu di dalam keluarganya. Mana tidaknya, empunya Bawal Exclusive ini membelanjakan lebih RM3.5 juta untuk meraikan hari bahagia anak sulungnya, Zuhaini Syazwan.
Mingguan Wanita berkongsi info menarik di sebalik perkahwinan anak sulung Haliza Maysuri ini:
Menantu Haliza Maysuri, Sarah menyarung busana mewah rekaan Rizman Ruzaini di majlis resepsi yang berlangsung di Hotel St Regis, Kuala Lumpur semalam. Menariknya, busana tersebut dihiasi dengan 189,936 biji batu Swarovski yang diimport dari Austria.
Busana tersebut menggabungkan lima warna iaitu Crystal, Crystal AB, Aquamarine, Light Sapphire dan Crystal Moonlight dan menggunakan tujuh jenis saiz butiran batu Swarovski. Difahamkan busana mewah itu menelan belanja RM300,000.
Penampilan Sarah disempurnakan dengan pemakaian tiara Swarovski dengan 233 butiran kristal jernih yang direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang juga merupakan acara tari menari terkemuka di Austria.
Tiara tersebut direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert yang diinspirasi daripada perhiasan Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski. Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih di mana batuan kristal diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.
Ibu pengantin juga tidak kalah gaya apabila mengenakan adi busana rekaan Faizuluzaif yang turut dihiasi 72,000 batu Swarovski. Menyentuh mengenai fabrik pula, ia menggabungkan gabungan fabrik dibawa dari Eropah iaitu Tulle Silk, French Solstiss Lace dan Crepe Silk. Busana mewah ini dikatakan menelan belanja sebanyak RM170,000 dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.
Pakaian akad nikah mendapat sentuhan pereka fesyen Man Kajang yang telah dianggap seperti keluarga oleh usahawan tudung ini. Malah Man Kajang antara pereka fesyen yang sering menyediakan busana untuk kucing kesayangan Haliza Maysuri iaitu Money.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.