Dewan Rakyat pada Isnin diberitahu bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran terjadi kerana berlaku pembelian panik atau ‘panic buying’ oleh pengguna dan peniaga.
Keluhan orang ramai kesukaran untuk mendapatkan beras selain harga yang semakin mahal dijawab oleh menteri terlibat hari ini.
Pembelian Panik Peniaga & Orang Ramai Punca Beras Putih Berkurangan Di Pasaran
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, apabila beras import naik harga, permintaan terhadap beras putih tempatan melonjak.
“Bila berlaku kenaikan harga beras import begitu tinggi, yang selalu beli beras import berubah (pembelian) ke beras tempatan menyebabkan berlaku kekurangan (bekalan di pasaran).
“Sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk oleh para peniaga,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Bagaimanapun, Mohamad memaklumkan kerajaan belum memutuskan untuk melarang warga asing daripada membeli beras putih tempatan.
“Warga asing pun perlu makan, jangan lupa mereka bekerja dan berkhidmat untuk membangunkan negara kita,” ujarnya.
Memetik laporan Sinar Harian, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) sebelum itu mencelah dan meminta Mohamad menyatakan keputusan kerajaan terhadap cadangan larangan pembelian beras kepada warga asing.
Ads
Mohamad menegaskan, beliau yakin langkah-langkah intervensi yang dilakukan dalam isu kekurangan beras tempatan itu termasuk pelaksanaan Operasi Beras Putih Tempatan akan dapat menangani masalah itu.
Bekalan Mencukupi Sebenarnya – Mat Sabu
Dari segi kedudukan stok bekalan beras negara, menurutnya, sehingga kini stok bekalan beras negara adalah sebanyak 900,000 tan metrik membabitkan 250,000 tan metrik simpanan stok dan 650,000 tan metrik stok dagangan.
“Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
“Sehubungan itu kementerian berpandangan bahawa masih belum terdapat keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan simpanan stok yang berjumlah 250,000 tan metrik,” jelasnya.
Ads
Katanya, stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan metrik adalah mencukupi bagi menampung keperluan domestik.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Memang ada kan orang perempuan yang rimas pakai barang kemas. Samalah macam pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida ini, yang tak suka pakai barang hiasan.
Sudahnya, dia simpan saja hadiah kemenangan anugerah berupa rantai emas tu dalam simpanan. Selepas 21 tahun barulah dapat dihadiahkan pada anak angkat perempuannya, Aisya Humaira yang sudah masuk usia setahun.
Ini kongsi Umie Aida di laman instagram miliknya,
“Me tak berapa suka pakai barang hiasan.. rasa rimas & berat. Ni untungnya ada anak perempuan.. barang emas me dapat dia pakai. Rantai tu Me dapat hadiah anugerah skrin tahun 99 .
Awal-awal dulu hadiah anugerah skrin bestttt… dapat trofi , barang kemas bernilai 15k dan wang tunai 10k . Tahun seterusnya TV3 up lagi hadiah…bawa pergi LA , korea.
Kenangan yang tak dapat Me lupakan. Terima kasih anugerah skrin. Tak semua perempuan suka pakai barag hiasan..kan.”
Rezeki Bertemu Bakal Menantu, Besan Yang Baik-baik
Bulan lalu, Umie teruja bila mana anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Haniz Zahira, 28 yang dijangka berlangsung Disember nanti.
Katanya, “Baru Me tahu perasaan seorang ibu bakal menerima menantu. Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat rasa ini.” Malah, waktu menghantar rombongan meminang itu cantik betul Umi dalam persalinan Rizman Ruzaini.
Tambah Umie, sebagai ibu dia beri kebebasan kepada anaknya untuk memilih bakal isterinya. “Saya tak ada nak bantah. Sebab bagi saya mereka yang nak hiduo dan lalui segalanya bersama. Apa anak saya suka, saya redha dan berkati. InsyaAllah.”
Akuinya, Haniz anak yang baik. Bertemu dengan keluarga Haniz juga satu rezeki yang Allah beri untuknya.
“Bakal besan pun yang baik-baik. Saya cakap dengana nak selepas selesai pertunangan, kena bersyukur. Bukan mudah pada zaman sekarang kita nak jumpa pasangan baik, bakal mak mentua baik. Jadi, kena bersyukur banyak-banyak rezeki yang Allah berikan.”
Bila sebut sahaja mengenai perbelanjaan dapur, pasti ramai mak-mak yang mengeluh.Harga barang dapur sekarang tak macam dulu-dulu. Berapa jenis lauk dan barang je boleh dibeli dengan nilai Not RM100? Sebenarnya,mak-mak boleh jimatkan lagi belanja dapur, kalau ikut 7 Tip ini;
1.Senaraikan barang yang ingin dibeli
Mak-mak boleh jimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan barangan dapur yang ingin dibeli pada setiap bulan. Dengan cara ini boleh mengawal perbelanjaan dengan membeli barangan mengikut keperluan yang telah disenaraikan sahaja. Ia juga bagi mengelakkan dari membeli barangan yang tidak diperlukan yang boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.
2.Berbudi pada tanah
Rajin-rajinlah bercucuk tanam dengan menanam sayuran seperti cili, sawi, tomato, daun kari, daun kunyit dan bayam di rumah. Menariknya, kesemua tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Malah, mak-mak juga boleh menanamnya di dalam pasu. Mudah dan sungguh praktikal! Meskipun tanaman ini tampak remeh namun secara tidak langsung ia turut menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan dapur.
3.Catat jumlah perbelanjaan harian
Cara ni agak melecehkan kerana mak-mak perlu membuat catatan harian kepada setiap sen yang dikeluarkan. Tapi dengan cara ini sahaja akan dapat mengesan ke mana ‘hilangnya duit’ di samping dapat membandingkan jumlah perbelanjaan pada setiap bulan. Cuba buat analisa mengenai perbelanjaan harian dengan membuat satu jadual mudah seperti duit keluar dan duit masuk. Pasti mak-mak akan dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih berhemah.
4.Beli secara borong
Jika mak-mak sejenis rajin memasak di dapur, belilah sesuatu bahan yang selalu digunakan secara borong. Sebagai contoh belilah minyak masak dalam botol yang bersaiz besar, kerana ia lebih menjimatkan berbanding membelinya berulang kali dalam botol yang bersaiz kecil. Pembelian ini akan menjimatkan sebanyak 10 hingga 20 peratus pembelian tau. Di samping itu ia menjimatkan minyak kereta kerana tidak perlu berulang-alik ke kedai untuk membeli bahan tersebut sekiranya habis!
5.Kurangkan penggunaan elektrik
Apa kata sekali sekala anda masak nasi atau menjerang air menggunakan dapur gas saja. Tutuplah kipas dan bukalah tingkap dengan luas bagi pengudaraan semula jadi di dapur. Hadkan penggunaan elektrik terhadap perkara-perkara yang perlu dan penting sahaja. Secara tidak langsung, langkah ini dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di dapur.
6.Masak sendiri
Kekangan masa dan jadual tugasan yang sibuk menjadikan membeli makanan di kedai mahupun restoran menjadi suatu kebiasaan. Walau sesibuk mana pun, cubalah untuk luangkan lebih masa untuk memasak sendiri. Kini terdapat banyak menu-menu masakan mudah yang boleh dicuba. Anak-anak pastinya ingin merasa masakan air tangan ibunya sendiri, kerana ia bukan sahaja lazat, mengeratkan ikatan malah terjamin kebersihannya. Perbelanjaan dapur juga pasti dapat dijimatkan. Apa-apa pun ia bergantung pada perkiraan dan kebijaksanaan mak-mak juga.Jika merasakan membeli makanan lebih menjimatkan berbanding memasak, belilah.
7.Lebih kreatif dalam masakan
Bukan itu je, mak-mak juga perlu lebih kreatif dalam masakan dalam masa yang sama membantu mengelakkan pembaziran. Caranya mudah iaitu dengan mempraktikkan menyimpan lebihan lauk-lauk seperti ayam atau daging yang masih elok di dalam peti sejuk. Semua lebihan ini boleh dimasukkan ke dalam masakan lain seperti mee goreng atau bihun goreng sebagai bahan perencah. Nasi lebihan juga boleh dibuat nasi goreng sebagai sarapan pagi. Pasti menjimatkan berbanding dibuang begitu sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.