Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga ‘rayu’ saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.
Pemandu Wanita Ditumbuk Anggota Tentera, Keluarga ‘Rayu’ Saksi Kejadian Tampil Beri Keterangan
Umar, 33 tahun, abang sulung mangsa, memaklumkan bahawa saksi tambahan diperlukan bagi memperkukuhkan kes pendakwaan di mahkamah.
“KAMI MEMANG SUDAH ADA RAKAMAN VIDEO SEWAKTU KEJADIAN BERLAKU DAN INDIVIDU YANG MERAKAM JUGA SANGGUP MENJADI SAKSI. NAMUN, KAMI PERLUKAN LAGI SAKSI MATA LAIN BAGI MENGUATKAN KES INI DI MAHKAMAH,” JELASNYA.
Beliau turut menyatakan bahawa peguam keluarga telah menasihatkan agar mereka mencari saksi-saksi lain, justeru mereka amat berharap agar sesiapa yang berada di lokasi ketika insiden berlaku dapat tampil memberikan bantuan.
Selain itu, keluarga mangsa juga bercadang untuk memfailkan saman terhadap suspek sebagai pengajaran serta usaha menuntut keadilan untuk mangsa.
Menurut Umar, terdapat wakil pihak suspek yang datang menawarkan pampasan kepada keluarganya, namun mereka menolak tawaran tersebut.
“WAKIL DARI PIHAK PELAKU DATANG BERJUMPA KAMI DAN MENYATAKAN KESEDIAAN UNTUK MEMBAYAR PAMPASAN, TETAPI KAMI MENOLAK KERANA KEUTAMAAN KAMI ADALAH MENDAPATKAN KEADILAN, BUKAN WANG.
“Lagipun, suspek telah menumbuk adik saya yang merupakan seorang wanita dan langsung tidak bersalah dalam kejadian itu,” katanya lagi.
Ads
Umar turut menegaskan bahawa sebagai anggota tentera, individu terbabit seharusnya berperanan melindungi orang awam, bukan bertindak ganas hingga mencederakan seorang wanita.
Mengulas mengenai keadaan adiknya, Umar menyatakan bahawa mangsa kini dalam proses pemulihan, namun masih mengalami trauma.
“ADIK SAYA KINI BERASA TAKUT SETIAP KALI INGIN KELUAR MEMANDU. KADANG-KADANG DIA MENANGIS APABILA TERKENANG SEMULA KEJADIAN ITU,” UJARNYA.
Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita yang memandu Perodua Axia di kawasan Senawang.
Ads
Insiden itu dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan naik marah kerana mendakwa wanita tersebut telah melanggar anaknya yang sedang melintas jalan.
Susulan kejadian, suspek berusia 35 tahun telah dibawa ke Mahkamah Majistret dan didakwa atas pertuduhan menyerang mangsa serta merosakkan pintu hadapan kenderaan wanita berkenaan.
Namun begitu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.
Isnin lalu, allahyarham Datuk A Rahman Hassan dihantar dengan ambulans ke Hospital Ampang selepas pitam di stesen minyak dekat Ampang.
Semalam, anak sulung arwah, Khir Rahman memaklumkan ayahnya ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan kritikal.
Manakala, anak saudara arwah, Azlee Senario berkongsi yang doktor ada meminta isteri, anak-anak dan ahli keluarga datang bertemu arwah apabila keadaannya semakin kritikal, iaitu selepas maghrib.
Malah, sejak tiga hari lalu arwah bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.
Allahyarham Datuk A Rahman Hassan Meninggal Disisi Anak, Isteri
Tambah Azlee, arwah meninggal di sisi isteri dan anak-anaknya.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, selepas urusan bedah siasast selesai. Dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Keramat selepas solat Zohor.
Kehilangan Besar Pada Industri Seni Negara
Pada 1 Jun lalu, A Rahman telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah jantung. Bagaimanapun, dua hari sebelum Aidilfitri arwah dibenarkan pulang ke rumah.
Sesungguhnya kehilangan ini amat memberi kesan kepada industri seni tanahair. Ketika hayatnya, arwah seorang penyanyi hebat era 1960-an. Allahyarham juga adalah vokalis kumpulan Orkes Nirwana.
Malah, pernah memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik Anugerah Kecapi Papuita 2006. Antara lagu-lagu popular arwah adalah Bimbang, Cincin Belah Rotan, Hanya Untukku, Perpaduan Hidup, Syurga Idaman dan banyak lagi.
MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Datuk A Rahman Hassan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Aktiviti mendaki (Hiking) sejak kebelakangan ini menjadi satu fenomena ataupun hobi yang sangat menarik buat mereka yang suka cabaran dan aktiviti lasak. Tidak hairan juga kalau dahulu tidak ramai orang yang tahu tempat-tempat menarik untuk melakukan aktiviti ini tetapi sekarang? Lihat sahaja di laman sosial media. Ada sahaja tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk melakukan aktiviti mendaki ini.
Tidak pernah takut untuk terokai cabaran baharu, Adam Azrulkhan Hasrullah tekad untuk mencuba aktiviti mendaki ini walaupun dirinya serba kekurangan. Bagi dia, aktiviti mendaki ini merupakan yang memuaskan tanpa boleh diungkapkan dengan kata-kata sebagai gambaran.
Kegagalan tidak mematahkan semangat dia apabila pernah gagal untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Cubaan kali kedua dia berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan bantuan kawan-kawan pendaki yang lain.
Pemburu Puncak (Hiking) Risiko menjadi pendaki gunung adalah tajuk kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di saluran Astro Prima 105 dan Prima Hd 121 pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Antara tetamu jemputan, Nabila Huda, pelakon, Adam Azrulkhan Hasrullah dan Encik Mohamad, Timbalan Pengerusi Mencari & Penyelamat Gunung Malaysia (MOSARS).
Antara tip menarik yang dikongsikan oleh Encik Mohamad ialah:
Sentiasa bertenang dan jangan cemas.
Kumpul segala maklumat (seperti: kawasan sekeliling anda, cuaca, dan keadaan sekeliling).
Bawa powerbank bersama anda ketika mendaki.
Lari dalam larian zig zag jika anda terserempak dengan binatang buas dan tinggalkan segala barangan atau beg yang anda bawa.
Bagi yang ingin menonton siaran ulangan atau terlepas menyaksikan siaran langsung program bual bicara Mingguan Wanita, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Astro Prima Hd 121 pada jam 5 petang nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bertuah sungguh anak-anak penyanyi terkenal Tomok, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman kerana mendapat jemputan ke Istana Negara daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berita gembira ini disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi twitter baginda, @cheminahsayang.
Ceritanya, isteri Tomok, Rahayu Abbas memuat naik video nyanyian ’Happy Birthday’ anak-anaknya untuk Yang di-Pertuan Agong di instagramnya.
Video pendek itu ditweet semula oleh pemilik akaun twitter, Saiful Hazimie. Dan tweet itu mendapat perhatian, Tunku Azizah yang tertarik dengan gelagat comel anak-anak Tomok ini.
Anak-anak Tomok Hairan Kenapa Esok Cuti
Ini cerita di sebalik perkongsian video Arrian dan Andra dalam akaun instagram Ayu Abas.
“Junjung kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG dan PERMAISURI AGONG….. Selamat menyambut hari keputeraan Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.. DAULAT TUANKU…
Cerita dia macam ni… semalam lepas balik jalan-jalan dibu suruh Arrian siapkan homework sekolah… then Andra tanya esok makan apa kat school (ni je attention dia pegi sekolah..)…so dibu cakapla esok no school.. CUTI.. and of course la dua-dua excited and tanya kenapa.
Borak-borak and cerita about Agong’s birthday… ingatkan adik tak tahu Agong tu apa… sekali terus nyanyi lagu Raja yang gembira….so okla they know a little bit about our Malaysia….keep up a good work Arrian & Andra…..belajar pandai-pandai…capai cita-cita… jangan asik main je okay…. dibu & ayah always doakan and sayangggggg both of u.”
Nyanyian Birthday Anak-anak Tomok Dapat Perhatian Tunku Azizah
Video yang ditweet semula oleh Saiful ini kemudiannya ditag kepada akaun twitter @cheminahsayang. Yang mana itu, adalah akaun twitter Raja Permaisuri Agong. Baginda mencemar duli dengan menulis balasan tweeter itu, “Tuanku nak jemput ke istana.”
Tomok Tak Percaya Anak-anak Dapat Jemputan Ke Istana
Dan apabila tweet Saiful Hazimie sampai ke pengetahuan Tunku Azizah, Tomok seakan tidak percaya dengan jemputan yang diterimanya itu.
Sehingga Tomok memuat naik status bertanyakan kesahihan hal tersebut kepada followernya.
Kata Tomok,
“Ini betul-betul ke cobaan? jemputan dari TUANKU AGONG untuk anak-anak saya ke istana negara”
Rata-rata follower Tomok mengucapkan tahniah kepada dua permata hati yang comel lagi bijak ini.
MW : Bertuah sungguh Arrian dan Andra ini. Bagus mak ayahnya didik anak-anak mereka. Arrian sendiri cukup dikenali kerana bijak dalam matapelajaran, malah fasih berbahasa Mandarin. Semoga membesar jadi anak yang membanggakan mak ayah ya sayang!
Abai Zayn Rayyan atau tidak, nasib Ismanira akan ditentukan esok sama ada dilepas atau disabitkan kesalahan. Kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang menjadi...