Pelajar tingkatan 6 yang merupakan kawan baik mangsa telah didakwa di mahkamah, tertuduh juga berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Semoga kematian Siti Nur Surya yang mendapat perhatian ramai akan mendapat pembelaan sewajarnya dan pesalah mendapat hukuman yang setimpal.
Pelajar Tingkatan 6 Didakwa Di Mahkamah
Pelajar perempuan Tingkatan 6 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19.
Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 10 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong pada 1 November lalu antara 8.30 hingga 9.30 pagi.
Ads
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang pada 9.40 pagi.
Ahli Keluarga Tertuduh Turut Berada Di Mahkamah
Beberapa ahli keluarga tertuduh termasuk ayah dan ibunya turut berada di perkarangan mahkamah berkenaan.
Ads
Malah, ibu tertuduh turut dilihat melambai anaknya ketika remaja perempuan itu dibawa ke dalam kereta.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
MW: Buat netizen di luar, hentikanlah spekulasi tentang kes ini, sebaliknya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman. Renung-renungkan.
Tempias Taufan Lan buatkan cuaca panas terik melanda Semenanjung Malaysia. Minggu ini paling kronik, panas bukan saja di luar rumah, dalam rumah pun bahang panasnya menggila. Walau pasang air-cond pun masih terasa panas. Bila nak tidur malam lagilah seksa, berpeluh-peluh sampai jadi tak lena.
Ada cara mudah dan praktikal yang boleh anda buat untuk sejukkan badan terutama di malam hari. Tak perlu pun nak guna air-cond. Sebab kalau pasang 24 jam, memang melambunglah bil elektrik anda nanti. Cara ini lebih menjimatkan, biarpun nampak sedikit old-school tapi praktikal.
Mudahnya Sejukkan Badan Dengan 19 Cara Ini
1. Fabrik Jenis Cotton Paling Praktikal
Semua pun sedia maklum, kain jenis cotton ni sejuk dan serap peluh. Cotton ini asalnya dari serat kapas. Ia membolehkan kulit bernafas dengan baik. Jadi tukarlah cadar, langsir sarung bantal dengan kain cotton. Kalau dapat jenis Japanese Cotton lagi bagus sebab sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti malah ada daya serapan peluh yang lebih baik.
2. Simpan Selimut Dalam Freezer
Bunyi macam merepek! Tapi ini salah satu cara nak buat tidur malam anda lebih selesa. Simpan selimut dalam beg plastik kemas-kemas. Masukkan dalam peti beku. Jangan letak gitu je. Nanti ada yang tidur dengan bauan ikan, sotong dan ayam. Kalau ada daun pandan boleh simpan sekali dalam plastik bag tadi. Bila dah sejuk benar, keluarkan dan selimutkan diri anda.
3. Bilah Kipas Kena Bebas Debu
Salah satu punca tak rasa sejuk walau kipas berpusing adalah bilah-bilah kipas dipenuhi debu. Bersihkan dan buang semua debu-debu yang memberatkan pusingan kipas. Kalau ada duit lebih, tukarlah dengan kipas 4 bilas. Putarannya lebih sejuk dan sekata. Berbanding kipas 3 bilah yang berputar setempat saja. Kadang jadi lebih bahang pun ia.
4. Gunakan Teknik Tidur Gaya Egypt
Apa tu? Caranya lembapkan cadar dengan air sejuk. Kemudian, atas tilam bentangkan tuala kering. Selepas itu lapikkan dengan cadar lembap tadi. Fungsi tuala kering itu nak beri tilam tak basah. Anda boleh tidur atas cadar lembap tadi.
5. Buat Air-Cond Sendiri
Cara ini sedikit old-school tapi masih praktikal. Letakkan semangkuk besar berisi ais depan kipas. Nanti udara sejuk akan memenuhi ruang rumah anda. Jimat pun jimat. Boleh juga anda letakkan botol mineral berisi ais dan sangkutkan pada bahagian belakang kipas. Pastikan kipas dibersihkan dan bebas debu. Kalau tidak udara kotor pula yang akan anda sedut nanti.
6. Beri Kejutan Pada Otot
Cara ini boleh buat badan kita lebih cepat sejuk. Letakkan ais pack pada beberapa bahagian ini, misalnya leher, pergelangan tangan, siku, buku lali dan belakang lutut. Point-point ini akan membuatkan tubuh menjadi lebih cepat sejuk.
7. Berkipas Tepi Tingkap
Tolak udara panas dari luar dengan kipas dalam rumah anda. Letakkan kipas di tepi tingkap dan ia membantu anda mendapatkan badan yang lebih sejuk. Tapi jika dilakukan di malam hari, jangan lupa pasang ubat nyamuk tu. Nanti bukan saja sejuk yang dirasai, bengkak akibat digigit nyamuk pula yang mendapat.
8. Elakkan Tidur Berpelukan Suami Isteri.
Musim panas ini kenalah praktikkan benda ini, sebabnya tidur berpelukan akan buatkan tubuh jadi lebih hangat. Dan cara ini buatkan anda jadi berpeluh. Bila dah berpeluh satu badan, tilam pun sama jadi basah. Lebih tak selesa nanti. Kenalah berkorban dulu ya, peluk suami atau isteri bila taufan Lan dah berakhir nanti.
9. Buat Buaian Dalam Rumah
Tip ini paling win, sama ada nak buat atau tak terpulang dekat anda. Caranya bina buaian dalam rumah sendiri. Bayangkan tidur dalam buaian sambil disejukkan kipas old-school tadi. Tak ke boleh terlena sampai ke pagi.
10. Minum Air 1 Gelas Sebelum Tidur
Tak perlu minum air banyak-banyak pun. Satu gelas sebelum tidur sudah memadai. Tapi kalau anda mahu terjaga jam 3 pagi untuk buang air kecil, dipersilakan minum dengan banyak.
11. Mandi Malam Tapi Selepas Jam 12
Tak salah jika mahu mandi malam tapi kenapa selepas jam 12 malam. Ini kerana, pada waktu selepas Isyak dan 12 malam, jantung kita sedang berehat. Jika anda mandi antara waktu itu ia berisiko untuk dimasuki air. Mandi selepas 12 malam dan sebelum waktu subuh, membolehkan tubuh kita memperoleh tenaga.
12. Jauhi Katil
Cuba tidur sedekatnya dengan lantai. Bentangkan tilam toto dari jenis cotton. Jangan pula tidur atas simen, ia tidak bagus untuk tubuh malah jantung anda. Semakin jauh dari syiling, makin sejuk badan anda.
13. Padamkan Lampu
Lampu juga salah satu alatan yang membuatkan bahang kepanasan. Sebab itulah, bila suasana gelap dan malap, sejuk akan lebih dirasai. Jika mahu tubuh jadi lagi sejuk tanpa air-cond tidurlah dalam suasana gelap. Kalau takut gelap, pasang seminima mungkin lampu yang ada.
14. Sejukkan Tapak Kaki
Nanti sebelum tidur, letakkan sebaldi air sejuk di tepi tempat tidur. Apabila bahang kepanasan mulai dirasai, celupkan kaki anda dalam baldi. Sejuk pada tapak kaki akan dapat anda rasai ke seluruh tubuh.
15. Simpan Semua Gajet
Jangan tak tahu, gajet pun salah satu penyumbang kepanasan pada sekitar tubuh anda. Sebab itu, simpanlah gajet dan tutuplah TV tu lebih cepat dari biasa. Sebelum tidur juga, cabutlah semua plug dan wayar-wayar yang ada. Biar rumah anda bebas medan elektro magnet.
16. Buat Ice Pack Sendiri
Teknik terakhir ini paling hakak suka. Buat ice pack sendiri dengan beras. Nanti boleh digunakan untuk buat bantal.
Caranya: ambil sarung stokin (carilah yang baru ya), beras dan daun pandan. Isi 3/4 beras dalam stokin dan masukkan juga hirisan daun pandan. Ikat atau boleh juga dijahit.
Simpan dalam peti beku. Keluarkan bila dan sejuk sepenuhnya.
Selain boleh digunakan untuk menyejukkan anda, bila selesai musim panas, anda boleh panaskan dalam tempat pemanas selama 20 saat dan jadikan ia untuk menuam mana-mana bahagian tubuh yang alami bengkak. Baguskan fungsinya, multi purpose gitu.
Bila dah tahu cara-cara nak sejukkan badan tanpa air-cond bolehlah anda terus praktiskan. Sekarang ini cuaca panas memang terik lit-lit. Jagalah kesihatan sama ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perkhabaran duka yang dikongsi oleh pelakon dan penyanyi yang lakonannya dikenali ramai menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, Wafariena Roslan atau Wafa tentang pemergiaan kakak tercinta begitu menyentuh hati.
Seperti mana yang dikongsi menerusi Instagram Stories beberapa jam lepas, Wafa berkongsi beberapa keping gambar dan meluahkan;
“Pemergian Yang Dicemburui” Syahid Al-Fatihah.
“Allah bagi pinjam kakak tak lama. Baby comel sangat macam muka kakak”
“Wafa Cantikkan Lagi Kubur Kakak”
Selain itu Wafa juga turut berkongsi gambar tanah perkuburan;
“Nanti Wafa Cantikkan lagi kubur kakak nah. Al Fatihah”.
Ternyata kesedihan Wafa mengundang simpati para pengikutnya di Instagram apatah lagi pemergiaan kakaknya selepas melahirkan bayi kesayangan.
Mohon Doa Agar Baby Isma Zafri Anaqi Cepat Sembuh
Selain itu, Wafa juga turut memohon doa agar bayi arwah kakaknya yang sedang dirawat di wad bernama Isma Zafri Anaqi cepat sembuh.
“Adik baby kena kuat, adik baby ganti mamatau, semua orang tengah tunggu adik baby ni.
“Isma Zafri Anaqi, Nama yang diberikan oleh arwah. Hari ini baby dah bagi sikit tindak balas. Alhamdulillah mohon doa yang membaca. Terima kasih banyak-banyak”.
MW: Salam takziah buat Wafariena dan keluarga semoga tabah menghadapi ujian Allah ini. Semoga roh arwah kakak Wafariena dicucuri rahmat. Kami juga doakan baby Isma Zafri Anaqi juga diberikan kesembuhan segera.
Jika selalu nasi beriani daging lembu, kambing dan ayam, rupanya boleh juga dimasukkan hidangan laut seperti ketam. Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Yana Samsudin ada memuat naik perkongsian video memasak bersama mak tersayang. Resipi yang dikongsikan didalam video tersebut merupakan air tangan mak yana sendiri dan dinamakan cukup mencuit hati iaitu ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
Bahan-Bahan:
Bawang Putih
Bawang merah
Halia
(*ditumbuk)
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Kayu manis
Bunga Lawang
3 sudu besar Minyak sapi
2 sudu besar serbuk kurma beriani
3/4 ekor ketam segar
serbuk perasa ajinomoto
sedikit garam
4 cawan Beras
4 cawan air
1 Sudu besar kordial sanquick oren
2 sudu besar santan kotak
Cara Membuat:
1.Masukkan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk.
2.Masukkan pula serai, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang, biarkan sehinggan naik bau.
3.Masukkan pula serbuk kurma beriani dan masukkan ketam kacau sebati.
4.Masukkan sedikit garam, serbuk perasa ajinomoto dan masukkan 4 pot beras.
5.Masukkan pula 4 cawan air dan kacau sebati.
6.Masukkan 2 sudu besar santan kotak dan 1 sudu besar kordial sanquick oren.
"Tujuh tahun lalu saya kehilangan anak sulung lelaki akibat nahas jalan raya dan kali ini insiden yang sama turut menimpa anak bongsu saya."Itu luahan...