Muhammad Haikal Adnan adalah antara insan yang amat merasai pemergian allahyarham Siti Surya Ismail yang telah dibunuh Ahad ini selain keluarga.

Menzahirkan rasa sedihnya, Muhammad Haikal yang merupakan teman lelaki Siti Surya ada memuatnaik video kenangannya bersama arwah.

Hubungan cinta yang disulam dan diharap berakhir dijinjang pelamin akhirnya musnah kerana takdir Allah mengatasi segalanya. Kapsyen sedih membuatkan ramai bersimpati dengan Muhammad Haikal.

Muhammad Haikal mengucapkan terima kasih buat segalanya pada arwah dan berdoa dia iaitu suspek mendapat balasan sepadan.

Terima Kasih Untuk Segalanya

Terima kasih untuk segalanya. Awak rehat dengan tenang ye. Sampai masa giliran saya pulop (pula),” demikian luahan hati teman lelaki Siti Surya Ismail, 19, yang dibunuh Ahad, lalu.

Muhammad Haikal Adnan, 19, memuat naik hantaran sebuah video kenangan bersama teman wanita yang dikenalinya itu sejak dua tahun lalu.

Katanya, Allahyarham Siti Surya sangat disenangi dan disayangi ramai kerana keperibadian baik wanita itu.

IKLAN

Moga Dia Dapat Balasan Sepadan

“Awak baik, ramai sayang awak, ramai mari (datang) tengok awak.

“Semoga saing (kawan) awak dapat balasan sepadan dengan dia buat ni,” katanya dalam keterangan video yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.

Baca Juga Di sini:

“Diejek Miskin, Tak Cantik..” Dikatakan Punca Suspek Naik Berang

Air Mata Remaja Mula Bergenang Sebaik Masuk Mahkamah, Suspek Hanya Tunduk

IKLAN

‘Saya Akan Merinduinya..’ Arwah Kakak Yang Baik, Selalu Jemput Hantar Adik Ke Sekolah

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Muat Naik Video Kenangan

Sehingga kini, video berdurasi 2 minit 24 saat yang memaparkan kenangan Siti Surya ketika hayatnya bersama Muhammad Haikal dan detik menjaga ibunya yang terlantar akibat kanser otak itu meraih lebih 2.2 juta tontonan serta lebih 14,000 komen.

Lebih meruntun hati gambar serta rakaman video gelagat Siti Surya turut dimainkan dengan lagu berjudul Kemarin dendangan penyanyi kumpulan dari Indonesia, Seventeen yang bait lagunya kena mengena dengan situasi dialami Muhammad Haikal.

IKLAN

Rata-rata kenalan dan warganet turut mengucapkan takziah dan kata-kata semangat kepada Muhammad Haikal yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Siti Surya pada tahun hadapan.

Suspek Masih Ditahan

Dalam kejadian 2.30 petang Ahad lalu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan di ruang tamu di rumah mereka di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.

Susulan itu, polis menahan suspek berusia 19 tahun yang juga rakan mangsa untuk membantu siasatan.

Suspek yang masih belajar di Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

MW: Video yang dimuatnaik ini meraih simpati semua netizen dan ramai mendoakan Muhammad Haikal agar tabah berdepan dengan ujian ini.

Sumber: myMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI