
Pelajar calon SPM mengaku rogol bergilir pelajar tingkatan 3 di Melaka, seorang lagi minta dibicarakan. bergilir-gilir pelajar tingkatan 3, seorang minta dibicarakan. Seorang dari dua pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) awal November ini yang terlibat dalam rogol bergilir-gilir pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Melaka mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.
Sementara itu, seorang lagi mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. ari ini di Mahkamah Kanak-Kanak Alor Gajah, kedua-dua tertuduh yang berusia 17 tahun didakwa di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee atas tiga pertuduhan merogol secara berkumpulan, melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii serta amang seksual fizikal.
Kekerasan jenayah rogol yang berlaku di dalam kelas ini mendapat perhatian tinggi dari masyarakat yang beranggapan pelajar hari ini sudah bertindak di luar pemikiran.

Memetik laporan Sinar Harian, berdasarkan pertuduhan pertama, mereka bersama-sama didakwa melakukan rogol secara berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun lapan bulan yang juga pelajar Tingkatan Tiga.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka masing-masing didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenalan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Mengikut pertuduhan ketiga, mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang payudara mangsa sama.
Susulan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman sama, sabit kesalahan.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah kelas Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Alor Gajah di sini kira-kira jam 2.50 petang pada 30 September lalu.
Peguam Chua Yong Yi yang mewakili tertuduh pertama memohon jaminan rendah kerana teruduh berdepan masalah kesihatan termasuk baru menjalani pembedahan Sinus selain menghidap penyakit angin pasang.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakli tertuduh kedua memohon jaminan rendah selain tertuduh juga bersedia dengan sebarang syarat ditetapkan oleh mahkamah.
Sementara itu, Majistret Dr Shu Yee kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi pertuduhan pertama dan masing-masing RM1,500 bagi pertuduhan kedua dan ketiga dengan jumlah keseluruhan jaminan RM7,000.
Mahkamah juga menetapkan 26 November depan sebagai tarikh serahan dokumen bagi tertuduh pertama selain laporan akhlak bagi tertuduh kedua sebelum menjatuhkan hukuman.
Media sebelum ini melaporkan empat pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan SPM bulan depan direman enam hari selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir di sebuah sekolah.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar S R Arthana di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan.
Difahamkan kejadian itu berlaku dalam sebuah kelas dan perbuatan itu dirakam mengguna telefon bimbit oleh dua daripada suspek.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI