Pada 2 April setiap tahun merupakan hari kesedaran Autisme sedunia. Mempunyai masalah Autisme bukanlah satu halangan untuk berjaya dalam hidup. Mak ayah yang dianugerahkan dengan anak-anak yang mempunyai autisme tak seharusnya memandang rendah keupayaan anak-anak ini untuk berjaya.

Meskipun laluan kehidupan mereka agak sukar dan penuh berliku, namun jika dibimbing dengan betul dan diberi sokongan sepenuhnya, mereka juga mampu cemerlang. Bahkan, silap-silap lebih hebat berbanding anak-anak biasa.

Siapa sangka, anak-anak autisme juga mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran. Sungguh luar biasa hebatnya.

Pelajar Autisme Hafaz 30 Juzuk Al Quran

Pelajar sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith milik penyanyi rock negara, Amy Search,61 iaitu Iqbal Hakim Mohd. Isa,17 menjadi pelajar pertama menghafaz 30 juzuk al-Quran sekali gus menamatkan pengajian di sekolah berkenaan.

Berita gembira tersebut dikongsikan didalam instagramnya baru-baru ini. Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau berbangga dengan pencapaian anak istimewa itu yang merupakan penghidap autisme dapat menghafaz Quran hanya dalam tempoh yang singkat, 3 tahun 1 bulan.

IKLAN

“Alhamdulillah. Sorang pelajar bernama Iqbal dapat kita hasilkan khatam 30 juz dalam tempoh 3 tahun 1 bulan”

“Sedikit perkongsian tentang Iqbal.Pernah didiagnose sebagai Severe ASD (Autism Spectrum Disorder) Speech delay. Mula bercakap umur 10 tahun.Banyak isu sensori seperti tak suka pakai baju berkolar, suka menjerit, tak boleh dengar bunyi bising & selalu hilang tengah ramai-ramai orang”

“Daftar Albayan (pusat Tahfiz) pada umur 13 tahun. Keluarganya nekad tinggalkan Iqbal di asrama. Bagi tau ustaz segala kekurangan Iqbal.Tapi itu semua bukan penghalang untuk Iqbal. Tidak pernah pernah memaksa dia menghafal Alquran. Cuma sekali sekala kami ingatkan jika nampak dia terleka”

IKLAN

“Alhamdulillah sekarang segala kekurangan yang ada dapat diatasi. Menghafal Alquran dalam masa 3 tahun 6 bulan adalah satu kejayaan besar untuk anak ASD seperti Iqbal. Alquran juga sebagai terapi untuk anak-anak istimewa seperti Iqbal. Terima kasih kepada semua para-para guru yang memikul tanggung jawab yang tak terhingga. Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat dan memberi dukungan yang tak pernah putus dari awal hingga hari ini. Moga Allah limpahi rahmat dan di beri hidayah buat kita semua. AmeenYRA” ujar Amy.

View this post on Instagram

Alhamdulillah. Sorg pljr bernama Iqbal dpt kita hasilkn khatam 30 juz dlm tmpoh 3thn 1 buln. Sedikit perkongsian tentang Iqbal. ♦Pernah didiagnose sbg severe ASD (Autism spectrum disorder) ♦Speech delay. Mula bercakap umur 10 thn. ♦ Banyak isu sensori spt x suka pakai baju berkolar, suka menjerit, x boleh dengar bunyi bising & selalu hilang tgh ramai2 org. ♦Daftar Albayan (pusat Tahfiz) pd umur 13 thn. Keluarga nya nekad tinggalkan iqbal di asrama. Bagi tau ustaz segala kekurangan Iqbal. Tapi itu semua bukan penghalang untuk Iqbal. Tidak pernah pernah memaksa dia menghafal Alquran. Cuma sekali sekala kami ingatkan jika nampak dia terleka. Alhamdulillah sekarang segala kekurangan yang ada dapat diatasi. Menghafal Alquran dalam masa 3 tahun 6 bulan adalah satu kejayaan besar untuk anak ASD spt Iqbal. Alquran juga sebagai terapi untuk anak2 istimewa seperti Iqbal. Terima kasih kpd semua para2 guru yg memikul tanggung jawab yg tk terhingga. Tkasih juga kpd semua sahabat2 dn memberi dukungan yg tk pernah putus dri awal hingga hari ini. Moga Allah limpahi rahmat dn di beri hidayah buat kita semua. AmeenYRA ? @ubs02pro @albayansoqh #fromzerotohuffaz

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Adik Autisme Hafal 10 Juzuk AlQuran

Sementara itu didalam posting yang lain, Amy turut berkongsi bahawa adik Iqbal, Iqmal Harith Mohd Isa juga didiagnos mempunyai mild autisme (ASD) dan sudah menghafal 10 juzuk Al Quran.

IKLAN

Amy yang merupakan penyanyi kelahiran Johor Bahru menubuhkan Al-Bayan School of Quran & Hadith pada tahun 2015 bersama seorang ustaz, Mohd. Bilal Mohd Sujak. Sejak dibuka, sekolah tahfiz itu yang mempunyai lebih 40 pelajar tahfiz itu mengikuti pengajian menghafaz al-Quran dan beberapa subjek akademik lain.

MW: Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan sumber inspirasi. Jadi buat mak ayah yang mempunyai anak-anak Autisme, jangan mudah mengalah. Jangan anngap ia sebagai satu penghalang, malah teruslah membimbing anak-anak ini, agar mampu berjaya juga.

Sumber: aku.amysearch

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI