Tidak memberikan impak kepada keputusan Mahkamah tetapi lebih kepada impak kekuatan dan semangat mereka yang mengikuti perkembangan kes Bella ini. - Nor Zabetha.
‘Peguam pemerhati tak boleh kata apa-apa, melainkan diminta.’ Perhatian dan sokongan TMJ (Tengku Mahkota Johor) pada kes bella bawa kesan berbeza menurut peguam, Puan Nor Zabetha daripada Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co.
Jelasnya bila orang berkepentingan seperti TMJ memberi perhatian kepada kes Bella sedikit sebanyak akan memberi kesan. Sesungguhnya kes yang dibicarakan di mahkamah memang kebiasaanya bersifat neutral.
Kita boleh lihat-lihat perjalanan kes yang lain juga. Misalnya ada pemimpin yang didakwa dan disabitkan kesalahan dan menunggu keputusan rayuan di mahkamah.
Jadi berkenaan kes itu, saya tidak dapat melihat ianya memberikan impak kepada keputusan Mahkamah tetapi lebih kepada impak kekuatan dan semangat mereka yang mengikuti perkembangan kes Bella ini.
Ads
Bawa Kesan Berbeza
Kadang-kadang faktor seperti bilangan peguam, misalnya 10 peguam ada memberi kesan kepada penerimaan orang awam dan memberikan andaian berkenaan dengan kekuatan kes. Jadi sekiranya TMJ memberikan sokongan dan perhatian sudah tentu ia membawa kesan yang berbeza.
Manakala apabila ditanya tentang empat Peguam Pemerhati yang dilantik TMJ telah melantik beberapa peguam pemerhati dalam kes Bella, apakah fungsi sebenar peguam pemerhati ini?
Jelas Puan Nor Zabetha, secara ringkas peguam pemerhati bukanlah pihak-pihak kepada pembelaan ataupun yang mewakili pendakwaan tetapi dibenarkan sebagai pemantau. Tidak boleh berkata apa-apa melainkan dijemput atau diminta oleh Mahkamah untuk berkata-kata.
Ads
Berbeza sekiranya mereka bertindak sebagai ‘amicus curiae’ atau dikenali sebagai sahabat mahkamah yang boleh memberikan pandangan, membuat laporan (tertakluk jika dibenarkan) kepada sesuatu kes dan boleh mencelah sewaktu perbicaraan dan hal begini boleh menjadi juga faktor penentu kepada keputusan sesuatu kes.
Melainkan DiMinta
Tambah Nor Zabetha, banyak kes yang mangsa atau pengadu dalam kes-kes jenayah melantik peguam pemerhati kerana kes jenayah ini berbeza prosiding dengan kes sivil.
Bagi kes jenayah, perbuatan jenayah yang dibuat adalah menganggu ketenteraman awam dan boleh memberikan kesan kepada masyarakat.
Ads
Oleh yang demikian, kesalahan itu adalah terhadap masyarakat dan negara. Jadi dari peringkat aduan atau laporan polis, siasatan oleh pihak polis manakala kes mangsa atau pengadu akan diwakili dan dikendalikan oleh pendakwaraya.
Pengadu atau mangsa tidak boleh melantik peguam sendiri bagi meneruskan pendakwaan. Sekiranya mangsa masih ingin melantik peguam sendiri sebagai penasihat kepada mangsa berkaitan dengan prosiding kes atau menerangkan hal-hal berkaitan undang-undang, mangsa boleh melantik peguam pemerhati untuk memantau kesnya di mahkamah.
Akhir sekali tambah Nor Zabetha, apa-apa kes jenayah pun boleh melantik Peguam Pemerhati asalkan mangsa atau pengadu memutuskan untuk melantik peguam pemerhati sebagai pemantau dan menasihatkan dan menerangkan perjalanan kes kepada mangsa atau pengadu.
Mingguan Wanita : Semoga keadilan berpihak kepada Bella dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat adik Bella. #justiceforbella
“Anak-anak bertanya, kenapa ramai tidak suka auntie?” Seperti yang semua maklum, pelawak dan usahawan Shuib kini bergelar duda ‘hot’. Malah wanita yang dikaitkan dengan dirinya yang bernama Watie juga dikatakan bakal menjadi suri hatinya.
Sebelum ini Shuib akui sedang berkawan dengan Watie namun menafikan bakal menamatkan zaman dudanya tahun hadapan dengan wanita berkenaan.
Shuib seperti mana dinyatakan menerusi laporan, menyatakan dalam melibatkan hal perkahwinan dia menyerahkan segalanya pada Yang Maha Esa.
Paling penting anak-anak menjadi keutamaan dalam segala perancangan kehidupan yang bakal dibuat.
“Anak-Anak Bertanya, Kenapa Ramai Tidak Suka Auntie?”
Pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 38 yang juga suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ini juga mahu yang terbaik buat anak-anaknya.
“Perkahwinan awal tahun? Tidak ada.
“Tempah apa-apa pun, tidak ada. Perkara baik, mesti saya akan kongsi. Saya tidak suka sorok-sorok. Kalau Allah kata jadi, Alhamdulillah. Kalau tidak nak buat macam mana.
“Saya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Kalau ada perancangan ke arah itu, pasti saya akan jelaskan. Saya masih berkawan dengan dia. Untuk ke next step itu, belum ada,” katanya seperti mana dipetik menerusi Utusan Malaysia Online.
Restu Ibu & Anak-Anak
Paling membahagiakan kini ibu dan anak-anaknya merestui persahabatannya dengan Watie. Namun dia cukup risau banyak andaian yang tidak benar tersebar hingga boleh menguris hati keluarga.
“Ibu dan anak-anak saya selesa dengannya. Itu permulaan yang baik untuk satu perhubungan. Saya kalau boleh tidak mahu beratkan Watie sangat.
“Saya takut bila ada dakwaan yang tidak betul.
“Saya tidak mahu keluarga fikir saya belakangkan mereka.
“Malah, anak-anak saya juga bertanya, ‘kenapa ramai tidak suka auntie?’ Ada juga dengan seloroh cakap: ‘Oh! orang dah tahu’, itu sahajalah,” ceritanya.
Tasha Shilla memohon doa semua agar bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik. Pelakon cantik itu telah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama apabila kini sedang hamil lima bulan.
Tasha dan suami telah melangsungkan perkahwinan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.
Tasha Shilla Mohon Doakan Yang Terbaik
Tahniah diucapakan kepada Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris. Tasha telah berkongsi kisah gembiranya itu menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.
“Syukur alhamdulillah saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan,” kongsi Sheila.
“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, InsyaAllah.
Rasa Gembira Ramai Doakan Kebahagiaan & Kesejahteraan
“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga.
“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.
Tasha dan suami tidak sabar mahu menimang cahaya mata sulung mereka.
Difahamkan pelakon ini dijangka melahirkan anak sulungnya pada April, tahun depan.
“Alhamdulillah, inilah detik yang paling saya nantikan selepas mendirikan rumah tangga. Saya dan suami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan kami. Syukur, kami bakal menimang cahaya mata, tidak lama lagi.
“Suami sentiasa ada bersama saya memberi sokongan dalam fasa kehamilan. Jika berjumpa doktor, suami akan pasti sentiasa menemani saya. Baginya, dia juga perlu memikul tanggungjawab, sebelum anak dilahirkan.
Seperti yang dimaklumkan menerusi portal BH Online, Tasha dan suami masih belum bersedia mendedahkan jantina anaknya.
“Biarlah menjadi kejutan, saya simpan dahulu rahsia. Hanya saya, suami dan keluarga sahaja tahu.
“Setakat ini, semuanya dalam keadaan terkawal. Cuma, memasuki trimester kedua ini, saya mula mengidam nak makan nasi lemak pada waktu pagi. Mujurlah, tidak mengidam benda pelik,” kongsinya.
Doa Dari Rakan Artis
Sumber Foto: Instagram Tasha Shilla
Sumber: Instagram Tasha Shilla dan BH
Bagi penumpang berketinggian normal, menaiki kapal terbang mungkin pengalaman yang selalu dilalui. Namun bagi wanita paling tinggi di dunia, Rumeysa Gelgi akhirnya merasai berada di dalam pesawat komersial buat kali pertama dalam hidupnya baru-baru ini. Bagaimanapun, dia yang setinggi 215.16 sentimeter (cm) terpaksa berbaring di dalam pesawat itu.
6 Tempat Duduk
Syarikat penerbangan Turkish Airlines mengeluarkan enam tempat duduk untuk memberi ruang kepadanya dan digantikan dengan tempat yang membolehkannya untuk baring.
Menurut catatan Instagramnya, dia mengharungi penerbangan selama 13 jam dari Istanbul di Turkiye ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Guinness World Records, dia berdiri pada ketinggian 215.16 cm dan dinamakan sebagai wanita paling tinggi di dunia awal tahun ini.Dia juga mempunyai jari terpanjang dan tangan terpanjang.
Pada kebiasaannya, Gelgi bersiar-siar di atas kerusi roda atau dengan menggunakan alat bantuan pejalan kaki.Badannya yang besar itu disebabkan oleh sindrom Weaver.
Tak Pernah Menaiki Kapal Terbang
Gelgi, 24, tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini kerana dia terlalu tinggi untuk duduk di dalam syarikat penerbangan biasa.
Bagaimanapun, dia kini boleh melancong ke luar negara dan terbang ke San Francisco berkat kesediaan syarikat penerbangan Turkish mengubah suai tempat duduk bagi membolehkan Gelgi terbang dengan selesa.
Ketika memuatkan kandungan di Instagram, setelah mendarat di California, Gelgi menyatakan bahawa ia merupakan penerbangan yang sempurna.
Penerbangan itu juga adalah yang pertama dengan pesawat tetapi pastinya ia bukan yang terakhir, katanya. Dia mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah menjadi sebahagian daripada penerbangannya itu.
Mingguan Wanita: Sukar juga jadi orang tinggi. Naik kapal terbang pun susah, sehingga terpaksa berbaring guna enam tempat duduk.Apa pun tahniah buat wanita ini, akhirnya berjaya juga menaiki pesawat buat pertama kalinya dalam hidup.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...