Pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh kelmarin akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh esok.
Pejabat Peguam Negara melalui kenyataan berkata, suspek yang berusia 44 tahun itu akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
“Jabatan Peguam Negara merujuk kes kemalangan jalan raya berlaku Khamis lalu berhampiran dengan SMK Jati antara sebuah kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dengan sebuah motosikal yang menyebabkan kematian pelajar berusia 17 tahun.
“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap saspek,” katanya.
Pejabat Peguam negara berkata, saspek akan dituduh secara tentatif di Mahkamah Majistret Ipoh esok, sebelum mahkamah sama menetapkan tarikh untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan perbicaraan.
Ads
Sebelum ini, tular di media sosial seorang pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.
Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.
Pada hari sama, pegawai kanan polis ditahan selepas terbabit dalam kejadian itu, dengan hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematiannya adalah kecederaan pada bahagian dada dan perut akibat kemalangan jalan raya.
Pegawai polis langgar Zaharif
Ads
Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Yahaya Hassan berkata pegawai polis itu direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Sementara itu, keluarga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang maut akibat dilanggar pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru sudah melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematian mangsa.
Ads
Bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berkata, ahli keluarga bersetuju melantik peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) bagi memastikan kematian anaknya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, mendapat pembelaan selayaknya.
Sementara itu, peguam dari HWAM, Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, pihaknya akan mewakili keluarga Allahyarham Zaharif untuk melihat dua perkara utama iaitu ketelusan proses siasatan polis di pihak keluarga, serta tindakan perundangan sivil yang boleh dikenakan terhadap pelaku kes itu bahkan terhadap kerajaan Malaysia.
“Serta apa yang diminta oleh pihak kami ialah pampasan yang berkait dengan tindakan sivil susulan kematian arwah, supaya kami dapat memastikan pampasan sewajarnya diberikan kepada keluarga arwah,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata kes kematian pelajar itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain sudut lain termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber:www.bharian.com.my/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terlibat kemalangan terbabas langgar kon tepi jalan. Sejak semalam ramai yang begitu risau dengan keadaan Fad. Seperti yang diterangkan menerusi Instagram, rupa-rupanya Fad terlibat kemalangan jalan raya.
Kini keadaan Fad sudah stabil, malah Fad juga berterima kasih pada mereka yang mendoakan dirinya.
Terlibat Kemalangan Terbabas Langgar Kon Tepi Jalan
Kemalangan berlaku ketika Fad dalam perjalanan pulang dari kerja sekitar jam 7.15 hingga 7.30 malam.
“Terima kasih buat yang mendoakan Fad.
“Semalam Fad terlibat dgn kemalangan dalam jam 7.15 ke 7.30 malam lepas balik dri kerja .
Berlaku Hentakan
“Kondisi dia sekarang Alhamdulillah stable.
“Tak ada patah tak ada pendarahan dekat kepala.
“Cuma dia masih di HDU sebab berlaku hentakan. Untuk yang tanya macam mana jadi dia cakap dia langgar kon yang di tinggal tepi macam tu ja.
“Ada kereta rosak sebelum tu, jalan memang dah gelap dan memang tak nampak. Ada satu moto sebelum moto Fad cuba elak. Jadi Fad moto yang kedua memang dah tak sempat dan terus terbabas.
Bersyukur Tak Tercampak Ke Tengah Jalan
“Apapun lebih dari bersyukur sebab dia tak tercampak ke tengah jalan.
“Dalam keadaan banyak kereta masa tu memang sangat bahaya.
“Terima kasih buat yang mendoakan dia.
“Buat kawan-kawan yang terus datang semalam kat tempat kejadian terima kasih banyak-banyak.
“Yang tolong settlekan urusan moto Fad dan buat dua orang lelaki yang tolong Fad dari awal dan teman Fad sampai selesai moga Allah balas kebaikan kalian,” kongsinya.
Resepi daging jeruk limau kasturi ini ada cara nak buat dia bagi tak rasa pahit dagingnya. Petuanya kena peram sampai 5 hari dengan perahan limau kasturi tanpa biji. Biji itu yang buat daging rasa pahit.
Cara buat daging jeruk limau kasturi ini dikongsikan oleh Naeamah Balqis yang begitu tersusun barang dapur dalam peti ais rumahnya. Setiap bulan dia akan beli daging lembu.
Lebihan itulah dia buatkan jeruk. Harga daging lembu yang dibelinya di pasar malam dalam RM37. Separuh di simpan dalam freezer untuk masakan lain.
“Separuh lagi buat daging jeruk. Lama dah tak buat. Teringin pula nak makan.”
Bila dah gaul dengan bahan-bahan dia, simpan dalam peti ais. Biarkan 4 ke 5 hari. “Nanti bolehlah tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas.”
Ketika memasaknya pun tak perlu lama-lama. Jika betul cara potong daging dan cara menjeruknya, daging itu sendiri akan jadi lembut sebaik dimasak.
Ini Resepi Daging Jeruk Limau Kasturi Semudah ABC
3 bahan sahaja…daging + limau kasturi + garam
Daging dipotong nipis-nipis. Sebelum potong basuh dahulu daging seketul besar tu.
Limau kasturi.. sedap pulop nampak limau ni. Masa picit dalam daging nanti, asingkan biji limau. Jangan masukkan sekali nanti pahit.
Garam secukup rasa
Masukkan daging yang telah dipotong dalam satu bekas / besen. Masukkan garam secukup rasa, masukkan air perahan limau nipis. Gaul sebati. Ni cara malas la.. kalau rajin, susun daging selapis dalam bekas. Pastu tabur garam dan picit limau. Kemudian, buat lapis ke-2. Tabur garam dan picit limau. Ulang step sampai habis.
Dah siap! Simpan dalam bekas. Letakkan kulit limau sikit. Simpan kat dalam peti ais. Lepas 4 /5 hari boleh la tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Umpphh… silalah uolss buat.
Lepas 5 Hari Masak Daging Jeruk Macam Ini
“Malam ini masak daging yang saya jerukkan hari itu. Cukup 5 hari malam ini. Goreng bawang dan cili. Sedapnya, manis bawang, masin semua ada. Cukup rasa. Makan dengan nasi panas-panas.”
Daging jeruk yang dah siap peram 5 hari.
Bawang merah (potong bulat-bulat) + bawang putih ketuk + cili merah besar
Goreng bawang merah + bawang putih
Masukkan cili merah
Goreng sehingga kekuningan
Masukkan daging. Kacau dalam 5 minit.
Dah! jangan lama-lama sangat. Berjus gitu. Lembut jer gigit. Makan dengan nasi panas-panas.. umpphh!
Ibu Zayn Rayyan meluah rasa, ini kali terakhir Mommy & Daddy dapat abwa abang jalan-jalan. Sehingga kini hari ini, pihak berkuasa sedang menyiasat kes kematian anak syurga Zayn Rayyan yang dibunuh enam hari lalu.
Pencarian ibu bapanya selepas kehilangan adik Rayn berakhir dengan tangisan selepas mayatnya dijumpai dalam keadaan mengiring menghala ke anak sungai berdekatan rumah mereka selepas hampir dua hari kehilangannya. Disangka kematian biasa tetapi ia membongkar rahsia, anak syurga ini dibunuh kerana ada kesan di lehernya.
Ibu Zayn Rayyan Meluah Rasa
Kehilangan anak satu ujian besar buat kedua ibu bapanya. Hari ini, menerusi akaun instagramnya, Ismanira Abdul Manaf, 28 telah memuat naik luahan rindu hatinya terhadap anak sulungnya yang ditemui meninggal 6 Disember lalu.
Perkongsian Ismanira yang memuat naik gambar terakhir mereka mendapat perhatian dan meruntun jiwa netizen kerana kali terakhir mereka anak beranak keluar bersama adalah pada 4 Disember, dua hari sebelum Zayn mati dibunuh.
“Ini Kali Terakhir Mommy & Daddy Dapat Bawa Abang Jalan-Jalan…”
“Waktu ni Isnin minggu lepas, 4 disember. Nie last Mommy dan Daddy dapat bawak abang jalan-jalan. abang dengna adik suka sangat jalan-jalan.
“Dapat pusing-pusing mall makan-makan tu memang happy sangat sangatlah dua beradik ni. Penat ke sibuk macam mana pun, Mommy Daddy akan cuba jugak bawak abang dengan adik jalan-jalan.
“Happy sangat abang waktu ni, Mommy Daddy dan adik pun happy waktu ni. Tak sangka ini moment happy terakhir kita 😔 Mommy abadikan kat sini ya,” katanya meluah rasa.
Gambar terakhir yang dirakam pada 4 Disember, dua hari kemudian adik Zayn Rayyan ditemui mati dibunuh
Semoga siasatan pihak berkuasa menemui kebenaran dan pasti seluruh rakyat Malaysia ingin tahu apa motif pembunuhan terhadap anak syurga ini. Al-Fatihah buat arwah Rayn Zayyan.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.