Ramai yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin bagi membina imuniti tubuh bagi mengurangkan risiko Covid-19. Namun ramai juga sedia maklum, kesan sampingan yang mungkin akan dialami setelah pengambilan vaksin.Antaranya seperti demam serta sakit kepala. Jadi ada yang ingin membuat ‘persediaan awal’ dengan mengambil panadol sebelum cucuk vaksin bagi mengurangkan kesan sampingan ini.

Sebenarnya keperluan mengambil panadol baik sebelum mahupun selepas cucuk vaksin adalah berbeza, bergantung pada tahap kesihatan seseorang.Malah jenis-jenis Panadol juga berbeza-beza bergantung pada fungsinya.

Untuk faham lebih lanjut, fahamkan penjelasan daripada Pegawai Farmasi, Amir Said ini.

Boleh ke makan Panadol sebelum cucuk vaksin? Kenapa nak makan Panadol walaupun tak demam dan tak sakit?

Nama brand: Panadol
Nama ubat: paracetamol, dekat US panggil acetaminophen.

CDC (USA) tak recommend ambil painkiller sebelum cucuk vaksin untuk prevent vaccine-related side effects. Ambil ubat sebelum vaksin ni macam konsep prophylaxis, nak cegah dulu sebelum kena.

Panadol adalah salah satu brand paracetamol selain brand-brand lain yang ada di pasaran (eg: Uphamol).

Paracetamol singkatan PCM.

Jadi, lebih selamat kalau ambil Panadol selepas cucuk vaksin kalau ada demam atau sakit-sakit badan je. Kalau takde, tak perlu makan panadol.

Jadi apa beza-beza Panadol ni sebenarnya?

PANADOL ACTIFAST

Panadol Actifast ni antara yang selalu kita nampak dekat farmasi. Satu biji ubat ada 500mg paracetamol + 173mg sodium.

Sodium adalah bahan untuk mempercepatkan pergerakan PCM dari perut ke usus kecil. Jadi, lagi cepat PCM dapat sampai di usus kecil, lagi cepat PCM dapat diserap dan lagi cepat memberi kesan kepada kita.

Untuk dapatkan kesan pantas ni, kena makan 2 biji kaplet setiap 4-6 jam sehari. Maksimum dos untuk PCM ialah 4gram sehari.

Setiap kaplet mengandungi 173mg sodium. So, hati-hati bagi yang mempunyai masalah darah tinggi ya.

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

PANADOL OPTIZORB

Untuk Panadol Optizorb, formulasi dia berbeza dengan Actifast.

Selain paracetamol 500mg, formulasi optizorb menggunakan calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Bahan-bahan ni akan menguraikan kaplet ini dengan cepat. Jadi PCM akan lebih mudah dan cepat diserap.

Panadol Optizorb mula terurai seawal 5 minit selepas dimakan. Paras therapeutik atas beri kesan seawal 15 minit.

Kelebihannya: kesan pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu kawal pengambilan garam dalam diet. Contohnya pesakit darah tinggi. Actifast ada sodium.

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

PANADOL EXTRA

Panadol Extra dia special sikit setiap kaplet ada paracetamol 500mg dan caffeine 65mg.

Kafein dikatakan mampu meningkatkan keupayaan untuk mengurangkan kesakitan.

IKLAN

Sesuai untuk mereka yang ada sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi atau sakit yang teramat sangat.

Tak berapa sesuai untuk wanita yang mengandung dan menyusukan anak sebab ada kafein.

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

PANADOL SOLUBLE

Paracetamol 500mg.
• Biasa digunakan untuk mereka yang susah telan ubat tablet.
• Berkesan, tetapi kandungan sodiumnya yang sangat tinggi (427mg/tab).
• Tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai darah tinggi.

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

PANADOL MENSTRUAL

Panadol khusus untuk wanita yang datang haid, boleh bagi kelegaan pada senggugut.

Kenapa? Sebab ada bahan pamabrom 25mg untuk setiap caplet.
Pamabrom ada kesan diuresis yang boleh singkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

PANADOL EXTEND

• Kandungan paracetamol berbeza dengan Panadol lain. Setiap kaplet ada paracetamol 665mg.

Mempunyai dua lapisan yang bertindak memanjangkan tempoh penyerapan seterusnya mengekalkan paras terapeutik pada tempoh yang lebih lama.
Kelebihannya adalah kesannya bertahan lebih lama (8 jam) daripada lain-lain produk Panadol (4-6 jam).

Sesuai untuk kesakitan kronik yang mengganggu urusan kerja yang memerlukan penumpuan lebih lama.

Dos: 2 biji setiap 6-8 jam (3 kali sehari je). Panadol lain 4 kali sehari.

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

IKLAN

Sebenarnya ada lagi Panadol lain, cuma tak famous sangat. Antara yang berdaftar di Malaysia:

PANADOL FOR COLD RELIEF
PCM 500mg
Pseudoephedrine 30mg

PANADOL ALLERGY SINUS
PCM 500mg
Pseudoephedrine 30mg
Chlorpheniramine 2mg

PANADOL COLD + FLU – ND
PCM 500mg
Phenylephrine 5mg

Ingat ya, maksimum dos untuk paracetamol ialah 4000mg atau 4gram sehari. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.

Kurang sesuai untuk patient ada darah tinggi.

• Panadol Actifast (+ sodium)
• Panadol Soluble (+ sodium)
• Panadol Extra (+ caffeine)

Kalau refer journal ni, 250mg caffeine consumption boleh increase blood pressure by 4mmHg.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2940460/#!po=1.19048

So, walaupun takde sodium, Panadol Extra ada caffeine yang boleh increase BP jugak. Cuba elakkan.

Baca Lagi Di Sini:
Kaedah Pengiraan Dos Ubat Demam Pada Anak-anak, Ini Perkongsian Dari Ahli Farmasi Sendiri
Pegawai Farmasi Ini Kongsi Jenis Ubat Berhenti Merokok & Cara Dapatkannya Di Klinik/Hospital Kerajaan

IKLAN

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi ringkasnya, tak perlu makan pandol selepas ambil vaksin jika tidak sakit-sakit badan mahupun tidak demam.

Sumber: Amir Said

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI