Puas bagi ubat tetapi demam anak tetap tak kebah. Haa… itu kena semak balik bab dos ubat demam yang dibagi pada anak.
Bila anak-anak demam, punyalah mak-amak gelisah. Nak tidur pun tak lena sebab risau demam anak makin melarat, jadi kerjanya asyik tengok jam sebab nak bagi ubat ikut masa yang betul.
Namun macam mana pula dos ubat yang anda bagi kepada anak-anak? Ikut yang ditulis doktor pada botol atau main teka-teka? Maklumlah kadang tulisan di botol pun boleh hilang. Haaa… nak selamat eloklah mak-mak ambil tahu cara pengiraan dos ubat demam kanak-kanak berdasarkan perkongsian Puan Huda Azmin ini…
15mg/kg berat anak/dose
Jika berat anak 11kg
15mg x 11kg = 165mg
Di pasaran terdapat 2 jenis kekuatan ubat paracetamol iaitu 120mg/5ml dan 250mg/5ml.
Pastikan ibu-ibu semua tahu kekuatan ubat sebelum kira ya.
Ads
Bagi kekuatan 250mg/5ml
*5÷250 × 165mg*
Perlu minum 3.3ml 3kali sehari
Bagi kekuatan 120mg/5ml
*5÷120×165mg*
Perlu minum 6.8 ml 3 kali sehari
Pastikan ibu-ibu semua membuat pengiraan dengan betul dos ubat agar anak diberikan ubat yang mencukupi berdasarkan berat anak. Ini penting untuk pastikan tidak berlaku ‘underdose’ mahupun ‘overdose’.
Ads
NOTA:
Ubat demam tidak perlu simpan dalam peti, ya. Simpan sahaja dalam suhu bilik di dalam almari yang jauh dari capaian anak-anak.
Selepas botol dibuka, boleh digunakan sehingga 1 bulan. Ibu-ibu boleh tulis tarikh buka pada botol ubat.
Jika belum buka, boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol.
Ads
Semoga anak-anak kita semua sentiasa dalam jagaan Allah swt. Kita berusaha Allah jua penyembuhnya.
“Salam mak, isteri Adib nak hantar anak rumah pengasuh. Macam mana ni mak? Boleh ke mak? Tak jadi apa-apa ke nanti?”
“Hello mak! Hari ni masak apa… kejap lagi Along nak datang rumah mak. Along pergi sorang saja. Tak apa, anak-anak dan maknya dah makan kat rumah. Along rindulah masakan mak…”
Alahai! Pening… stress.. tak tau nak luah kat siapa, bila suami kita jenis anak manja mak. Setiap keputusan semua nak dikongsi dengan mak. Habis tu, kita ni sebagai isteri, tunggul kayukah?
Pernah anda alami keadaan seperti ini? Dalam ratus-ratus ribu pembaca ni, mesti ada yang pernah jadi semacam ini. Baca info yang dikongsikan oleh Dr Ben Fadhil Mohd Salleh ini.
Bila kenal lelaki yang rapat dengan mak, dalam proses nak mengenali hati budi pasangan, anda akan nampak pasangan seorang yang:
1. Ambil berat tentang maknya.
2. Bagus! Sebab dia seorang yang bertanggungjawab
Barulah tahu sikap sebenar suami yang terlalu manja dengan mak sampai balik kerja pun nak duduk bawah ketiak mak. Ini solusi perdamaian untuk kedua-dua belah pihak.
Suami anak manja mak pun kena baca, isteri yang sabar pun kena fahami. Jadi, bila dua-dua dah faham situasi masing-masing, konflik takkan timbul. Tak perlulah nak sentap-sentap sangat dengan mentua tu.
Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kadang kala sesetengah orang akan sangka anak-anak masih kecil dan bebas untuk dia buat sesuatu tanpa berfikir apa akan berlaku pada anak-anaknya nanti. Walau perkara kecil, patutnya mak ayah tak boleh pandang remeh. Tambah pula, hidup pada zaman yang anak-anak boleh dapat segalanya di hujung jari. Ya, takut terbabas je! Nak tahu lebih jauh, baca perkongsian daripada saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini…
“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak ayahnya pakai seluar dalam depan matanya selepas mandi. Mak ayah fikir anak kecil lagi, tapi mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak-anak mereka.
Nak dijadikan cerita, bila dah meningkat remaja, beliau terdedah dengan video pornografi. Kau pun tahu kan, video lucah ni boleh menyebabkan ketagihan. Dah tengok sekali, akan tengok lagi berkali-kali. Bila tengok yang biasa, beralih ke hardcore sex hinggalah mencari video lucah sama jantina.
Mula-mula beliau rasa janggal, lama kelamaan rasa biasa dan condong ke arah itu. Bila sambung belajar ke sekolah berasrama, dibuli pula oleh rakan. Disuruh berbogel dan melakukan onani dihadapan pelajar senior. Mental dibuli! Tapi lama kelamaan, ia jadi perkara biasa. Beliau seronok untuk melakukannya.
Kau bayangkanlah, pernah tengok ayah berbogel masa kecil, ketagih dengan video lucah sama jantina hinggalah dibuli seperti itu, rasa-rasa apa yang jadi kepada beliau kemudiannya?”
Aku mendiamkan diri. Terasa sedih ya amat mendengar perkongsian dari rakanku ini.
“Adik tu terlibat dengan homoseksual?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.
“Ya!”
Kawan-kawan yang baik hati,
Ini adalah salah satu kisah menyayat hati yang berlaku kepada remaja di luar sana. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina. Namun disebalik semua itu tersimpan memori silam yang kompleks untuk dirungkai.
Sebagai ibubapa alaf baru, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka. Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Jangan hanya berseluar dalam dan berbikini sahaja di hadapan anak-anak. Apa kita fikir rumah tu sama seperti pantai di Los Angeles?
Tuan puan yang disayangi,
Kau tahu, anak kecil akan meniru sahaja apa yang dilihat. Segala perilaku mak ayah akan dipamerkan kembali oleh anak-anak. Kau pemarah, mereka akan cepat marah. Kau suka pukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta kau lakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.
Ini kisah benar tuan-tuan. Kami pernah kendalikan kes murid darjah 2 melakukan hubungan intim (bercumbu dan meraba) dengan rakan sekelas. baru 8 tahun tu. Kau rasa apa yang adik ni lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perilaku mak dan ayahnya?
Setelah disoal siasat, rupa-rupanya adik lelaki ini biasa melihat ibu dan ayahnya bercangkerama di rumah tanpa malu. Beliau melihat dan memerhati. Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.
Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Beliau mengulangi jawapan yang ayahnya berikan, “Saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”
Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.
Sudahlah anak diberi gadjet seawal usia kecil. Setelah diberi, tidak dipantau pula. Anak kecil ini hanyut dengan dunia youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.
Nak menjadi mak ayah kini bukan perkara mudah. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak perlu dipelajari. Fungsi tubuh badan perlu disampaikan dengan baik oleh ibubapa. Ikut tahap umur anak. Fungsi zakar dan faraj perlu diberitahu. Ini tidak, zakar dan faraj pun ditukar kepada istilah yang lain, jadi burung dan pepet. Allahu. Ia tidak lucah, ia proses mendidik anak-anak.
Tuan Puan,
Soal buli di asrama, kita kena akui ia berlaku. Baik sekolah biasa hinggalah ke sekolah aliran agama. Jika dahulu hanya sekadar dibuli basuh baju senior, kini ia transform ke satu tahap yang dahsyat. Buli dalam bentuk seksual. Kau pun follow kan, isu pelajar asrama yang melakukan buli luar tabi’e kepada rakannya. Mahu ulas juga isu ini, nanti kena saman pula. Takdir tuan tuan.
Ibu ayah di luar sana, ketahulilah, anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama. Gali lagi ilmu, praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabi’e, pedofil dan seangkatan dengannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ketika hayat suami masih ada, berusahalah agar menjadi isteri yang terbaik di matanya. Kerana suami yang baik, layaknya untuk isteri yang baik. Itulah aturan jodoh yang tuhan tetapkan menjadi pasangan yang saling melengkapi. Buang jauh ego diri, marah dan benci kerana apabila suamimu sudah tiada nanti, pasti ada momen manis yang sukar untuk diulang bersamanya lagi.
5 pesanan dikongsikan oleh ibu anak empat, seiras Erra Fazira, Datin Fatimah Shuib, 36 yang lebih mesra dipanggil Kak Tim ini seharusnya menjadi ‘guideline’ yang baik buat para isteri.
Tadi baru jer Kak Tim terbaca pasal isu-isu rumah tangga kes perceraian dan distress para isteri sehingga hilang pertimbangan sampai sanggup bunuh anak buatkan Kak Tim takut.
Ada pula yang suka post pasal indahnya berumah tangga macam bulan dan bintang. Namun kebanyakannya hanya menceritakan yang indah-indah sahaja. Sedangkan setiap perkahwinan itu pasti ada pahit manisnya juga.
Kak Tim kehilangan husband ketika anak-anak masih kecil dan tak tahu apa-apa. Diorang hanya dapat rasa kasih sayang seorang ayah sekejap saja. Sesungguhnya itulah perancangan Allah Taala…
Sayu hati bila dengar anak-anak selalu tanyakan pasal ayah diaorang. Hampir setiap hari Kak Tim ditanya “Mama….bila kita nak jmpa ayah? Chacha rindu sangat dekat ayah,” bila soalan ni ditanya, Kak Tim terus rasa sebak. Anak-anak ni masih kecil dan tak tahu apa-apa pun. Awal-awal memang Kak Tim sendiri jujur akui hampir setiap hari mengalir air mata memikirkan nasib anak-anak.
Bukan mudah nak galas tanggungjawab ibu dan ayah dalam suatu masa. Tapi alhamdulillah, walaupun bergelar ibu dan ayah Kak Tim dapat mengharungi masa-masa bersama anak ini dengan baik walaupun ketiadaan suami.
Untuk adik-adik dan yang sebaya dengan Kak Tim yang baru mendirikan rumah tangga atau berkeinginan untuk berkahwin harus ingat 5 perkara ini:
Bagi Kak Tim, walaupun tugas mencari nafkah tu tugas suami. Namun sebagai seorang isteri kita harus ada sifat empati. Kalau boleh bantu sama-sama cari nafkah, dan buat persediaan sendiri kalau apa-apa terjadi di masa depan. Jika ada apa-apa terjadi kepada suami kita (minta dijauhkan) kita ada bekalan untuk membesarkan anak-anak.
Punca ramai ibu tunggal yang gagal meneruskan kehidupan selepas ditinggal suami atau kematian suami adalah mereka sebelum ini terlalu bergantung pada suami sehinggakan tiada persediaan di hari mendatang.
Alhamdulillah Kak Tim sendiri selepas pemergian husband, mak ayah, mak mertua abang-abang ipar adik beradik dan kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat sehingga Kak Tim ada bisnes kak tim sendiri iaitu Seri Ara Bela Beauty. Alhamdulillah, hingga kini dah lebih 300 unit terjual atas usaha kak tim dan team Seri Ara Bela.
Yang ni paling Kak Tim nak tekankan, Kak Tim bukan ejen insurans atau takaful so korang jangan pulak pm kak tim tanya mana yang terbaik. Pastikan korang survey betul-betul k, jangan terpedaya dengan janji-janji manis ejen. Pilih yang betul-betul beri manfaat pada diri dan keluarga jika terjadi apa-apa.
Lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pergaduhan dan perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit kan?
Tapi Kak Tim nak pesan, kalau ada berselisih atau bergaduh tu, janganlah terbawa-bawa. Kalau boleh sebagai seorang isteri, kita kena pandai lihat keadaan dan waktu yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Kalau sedang bertengkar dalam kereta atau di tempat awam, kalau boleh jangan melampau-lampau. Tunggu dah balik, carilah cara untuk berbincang dengan husband. Yela, cuba awak fikir suami tengah drive dan awak bergaduh. Tak ke bahayakan semua penumpang kalau driver tak fokus?
Sebagai seorang isteri dan ibu, pasti kita nak tengok anak-anak membesar jadi insan yang beragama dan berperibadi baikkan? Jadi kita sendiri harus jadi contoh dan tunjuk cara yang betul pada mereka. Apabila solat, ajak anak-anak sama solat supaya mereka akan terbiasa lama-lama nanti. Jika ada perselisihan faham sesama pasangan, selesaikan di bilik atau luar dan jangan sesekali bertengkar di depan anak-anak.
Kadangkala kita ada terguris perasaan suami dan kita tak perasan pun, so Kak Tim sarankan korang minta maaf sebelum tidur, walaupun korang rasa tak ada salah yang korang buat. Ego seorang lelaki ini tinggi, sama juga dengan perempuan. Tapi hati mereka senang cair bila orang yang dia sayang melakukan perkara sebegitu.
Akhir sekali, jagalah rumah tangga kalian supaya berkekalan hingga akhir hayat. Tiada siapa yang boleh memutuskan ikatan itu selain dari ajal Allah Taala saja. Suami adalah pelindung kita, orang yang bakal bimbing kita ke syurga.
Selagi kalian ada masa dan peluang ni, gunakan sebaiknya jangan bila sudah tiada tiada guna menangis air mata darah sekalipun.
Dan kak tim nak minta jasa baik kalian sedekahkan Al-Fatihah pada arwah suami kak tim Datuk Noorazhar Bin Mohamed Nurdin(3 tahun 3 bln 1 hari) supaya rohnya dicucuri rahmat.
(Sayang semoga kita bertemu di jannah..I akan menjaga amanah yang ALLAH berikan kepada kita agar menjadi anak-anak yang soleh & solehah AFREAL IDRIS ,AFRIEYAN IDRIS,AFRIENA IRDINA & AFRIESSA IRDINA.)
Nota: Suami beliau Datuk Noorazhar Mohamed Nurdin yang juga Pengarah Eksekutif Lebar Daun Development Sdn Bhd (Lebar Daun) menghembuskan nafas terakhir pada 23 Mei 2015 ketika berusia 39 tahun.
Niat awalnya nak ke sekolah, tetapi tiba-tiba motor yang dibonceng bertembung kereta guru di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang hari ini