Bukan senang nak terima berita orang yang kita sayang dah pergi dulu dari kita, tetapi percayalah ada sebab bila Allah ambil balik apa yang pernah Dia pinjamkan.

Kuncinya redha dan untuk renungan bersama, jemput baca perkongsian Hajjah Rohana Saad sejenak.

ALLAH TEMUKAN KITA BERSEBAB
DAN ALLAH PISAHKAN KITA PUN BERSEBAB

Kita sering menyalahkan takdir. Kenapa kita harus kehilangan orang yang kita sayang? Kenapa kita tak boleh bersama dengan dia sedangkan kita sayang kan dia sangat?! Lupakan semua persoalan itu dan cuba kembali berfikir dan bermuhasabah diri. Cuba tanyakan balik pada diri kita.

Kenapa ALLAH pisahkan kita dengan dia?

Kenapa ALLAH tidak satukan kita dengan dia?

Jangan asyik katakan mengapa dan kenapa. Tapi katakanlah, Aku yang terpilih!

Ketahuilah aturan ALLAH itu sangat sempurna. Lebih baik seandainya kita kehilangan cinta manusia yang kemudiannya kita kembali mengejar cinta ALLAH. Atau mungkin ALLAH telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik bagi kita. Apabila kita mencintai ALLAH, ALLAH akan mencintai kita dan apabila ALLAH telah mencintai kita, semua orang yang mencintai ALLAH akan turut mencintai kita.

Mungkin juga ada ‘kesilapan’ semasa kita bersama dengannya. Mungkin juga apabila bersama dengannya telah membuatkan kita lalai daripada rasa cinta kepada yang Maha Pengurnia Cinta. Mana satu pilihan kita? Mahu bersama hanya sementara di Dunia? Ataupun bersama selamanya di Akhirat kekal abadi?

Jika kita mahu bersama nya di dunia dan akhirat jagalah batasp-batas pergaulan kita dengan nya selagi dia belum menjadi milik kita. Jika rasa cinta kita terhadap seseorang melalaikan kita daripada menunaikan kewajipan kita kepada ALLAH, maka BERPISAHlah. Dan berdoa lah agar kita akan berjumpa dengannya di Akhirat kelak. Jadi usahlah mengeluh..

Kadang-kadang ALLAH PISAHKAN kita dengan seseorang yang kita KENAL untuk SEMENTARA WAKTU. Beberapa tahun kemudian, ALLAH TEMU dan TAUTKAN HATI kita kembali dengan IKATAN yang SUCI. PERANCANGAN ALLAH itu INDAH andai kita MELIHAT sesuatu yang MENIMPA kita dengan MENERIMANYA dengan TERBUKA.

MENGELUH hanya akan meletihkan dan menyakitkan hati. Tetapi BERDOA mampu menguatkan dan mengubati kedukaan. Jadikanlah ALLAH sebagai tempat kita bergantung harap bukannya simpati dari manusia.

ALLAH temukan kita bersebab dan ALLAH pisahkan kita pun bersebab. Mungkin DIA nak kita belajar menghargai, tahu apa itu kesabaran dan ketabahan, yang penting, kita redha atau tidak dengan takdirNYA.

Takziah Atas Kehilangan Arwah

Dan inilah ujian yang Allah kirimkan buat ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kedah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan diberi ketabahan buat seluruh ahli keluarganya.

Jangan Lupa Komen

komen