Patutlah Labu Antara Pilihan Mak-Mak Jadi Makanan Awal Bayi, SUPERFOOD Rupanya!

Apabila tiba masa untuk memperkenalkan makanan pejal buat bayi yang masuk umur 6 bulan, sudah pasti labu antara pilihan mak-mak. Biasanya labu ini akan dikisar sehingga hancur dan dijadikan puri sebelum diberi kepada anak.

Superfood adalah istilah pemasaran yang trendy untuk makanan yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, dan penuh dengan vitamin dan mineral. Berikutan dengan manfaatnya terhadap kesihatan, labu dianggap makanan super atau superfood.

Kenapa Labu Jadi Pilihan?

Labu mentah hanya mempunyai 15 kalori per 1/2 cawan, dan ia penuh dengan zat besi, zink, dan serat. Ia tinggi vitamin C dan beta karotena. Labu juga tinggi lutein dan zeaxanthin, zat yang dapat membantu mencegah pembentukan katarak dan mengurangkan risiko degenerasi makula.

Dikatakan labu yang telah ditinkan mempunyai profil nutrien yang serupa namun memiliki serat yang sedikit daripada labu segar. Namun ia mengandungi beta karotena yang lebih berikutan dengan suhu panas yang digunakan dalam proses pengetinan.

Dan jangan lupa bijinya. Biji labu adalah sumber protein, serat, zat besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, dan mangan.

Artikel berkaitan:
Di Sebalik Rasa Masam Limau Kasturi, Tersembunyi Manfaatnya Untuk Kesihatan
Pedasnya Menyengat Namun Khasiatnya Lebih Hebat. Itulah Cili Merah!

Berikut Adalah Antara Kebaikan Labu Untuk Anak

1-Melindungi Kesihatan Mata

Sekiranya anda ingin membantu mempercepat proses perkembangan penglihatan anak dan juga membuat langkah-langkah untuk mencegah komplikasi lain yang berkaitan dengan mata di kemudian hari, pilihlah labu.

Ini kerana labu sangat tinggi Vitamin A, yang merupakan nutrien penting untuk penglihatan yang baik. Mendapatkan Vitamin A yang mencukupi akan membolehkan bayi anda melihat lebih baik pada waktu siang dan malam hari.

IKLAN
2-Membantu Pencernaan

Kadang-kadang sukar untuk memastikan bahawa anda menyediakan makanan seimbang dan betul untuk menstabilkan sistem pencernaan bayi dan mengelak sembelit.

Labu adalah sumber serat yang hebat, dan anda boleh bergantung pada khasiat tersebut untuk mengatur pergerakan usus bayi.

Ia juga mempunyai banyak kelebihan untuk sistem pencernaan bayi. Pengambilannya dikatakan dapat membantu mencegah kerengsaan pada usus mereka dan akan membunuh jangkitan parasit seperti cacing usus.

Pastikan labu itu dihancurkan selembut mungkin agar mudah dicerna untuk tujuan ini.

Patutlah Labu Antara Pilihan Mak-Mak Jadi Makanan Awal Bayi, SUPERFOOD Rupanya!

IKLAN
3-Baik untuk Sistem Imun

Selain Vitamin A untuk penglihatan, labu juga cukup kaya dengan Vitamin C. Khasiat ini ditambah dengan pelbagai sifat antimikroba lain baik yang terdapat di dalamnya.

Dalam labu juga terdapat juga beta karotena yang merupakan antioksidan dan akan mengurangkan tekanan oksidatif pada organ. Ini dapat menangkis penyakit yang boleh menjadi masalah jangka panjang seperti barah dan diabetes.

Satu cawan labu yang dimasak adalah langkah ke arah yang betul untuk meningkatkan sistem imun bayi.

4-Membantu Bayi Anda Tidur

Labu mengandungi triptofan, yang dikatakan mampu membantu tubuh menghasilkan serotonin kimia. Serotonin dikaitkan dengan kegembiraan, kesejahteraan dan relaksasi. Malah kehadirannya dalam sistem mampu membantu tidur dengan lena.

IKLAN

Terdapat juga asid amino dalam labu yang boleh mencetus rasa tenang dan mengantuk. Ia mampu membantu bayi tidur dengan lena.

5-Membekalkan Nutrien Penting

Labu mengandungi kalsium di dalamnya yang akan membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat. Magnesium juga bermanfaat untuk proses ini. Pengambilan makanan ada magnesium juga mampu menenangkan secara semula jadi.

Selain itu labu juga tinggi fosforus yang mempunyai banyak manfaat untuk perkembangan bayi terutamanya berkaitan fungsi otak, pencernaan, menjaga sel-sel tisu dan menyeimbangkan hormon. Terdapat banyak kalium di dalamnya, yang mampu membantu mengatur keseimbangan air dan asid dalam darah.

Cara Memasak Labu Untuk Anak

1-Kaedah Membakar

Selepas membersihkan labu, sapu labu dengan minyak zaitun. Letakkan dalam dulang pembakar pada kedudukan kulit di bahagian bawah. Bakar selama kira-kira 45 minit pada suhu 375 ℉ atau hingga lembut. Keluarkan dari ketuhar dan masukkan labu ke dalam mangkuk. Menambah sedikit mentega juga merupakan idea yang baik.

2-Kaedah Merebus

Potong kecil labu dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Rebus sehingga lembut. Buang air dan biarkan labu sejuk seketika. Anda boleh gunakan serta-merta atau sejukkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Jangan hanya menyejukkan tanpa memakannya kerana ia boleh menyebabkan labu bertukar kepada warna keperangan yang tidak sihat untuk dimakan.

Anda juga boleh kisarkan labu menjadi puri. Makan begitu sahaja atau makan bersama dengan yogurt.

Sumber: babysleepsite.com / myrecipes.com / parenting.firstcry.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI