Kalau buat paste cili padi ini, kerja dapur anda jadi lebih mudah. Sebab sesuai nak buat sup, nasi goreng, lauk sambal dan sebagainya. Elok sangat resepi yang dikongsi oleh Puan Siti Hasnah Rahman ini. Ikuti rahsia nak buat paste ini…
Paste cili padi pelbagai guna, resipi ibu mertua ku. Biasa saya tambah dalam nasi goreng, nak goreng nasi tu tak payah tumis dah, letak paste ini sikit dalam sesudu je, tambah ikan bilis (kasi garing sikit) dan gaul je dengan nasi, nak pecah telur pun boleh, sila kan! Kalau nak letak dalam sup siam pun sedap atau nak buat paste sambal ketuk, merecik baqhang!!
Nak pedas macam mana korang kontrol sendri, tapi pada aku guna 1 sudu kecik dah pedas. Kalau ikut resipi aku ini mungkin boleh tahan 8 bulan. Jom buat!
Bahan-bahan:
1kg cili api
2biji bawang besar
Ads
Beberapa ulas bawang putih
Minyak masak paras cili (nak tambah air sikit pon ok)
Ads
Cara:
1. Ambil semua bahan di atas, lepas itu kisar sampai halus.
2. Masak dengan api sederhana, sila kacau sikit-sikit jangan biar berkerak di bawah. Sambil-sambil kacau boleh basuh pinggan sebab nak tunggu masaka ambil masa 20 minit juga.
Ads
3. Siap masak sampai pecah minyak macam ini, waktu ini baru tambah garam sikit. Tak payah lah korang nak rasa-rasa pulak ya, kang kebas mulut korang baru tau!
4. Biarlah kalau tawar pun, masin ke. Dah siap boleh terus cari bekas untuk simpan. Kalau korang nak rasa biar dah jadi nasi goreng dulu ke apa ke. Baru korang rasa sedap ke tak nasi tu, dah rasa kurang masin baru tambah garam. Haaa… gitu!
5. Siap simpan dalam bekas yang sesuai dan masukkn dalam peti sejuk, tahan 1 bulan, boleh juga bahagi dalam beberapa bekas kecil dan simpan dalam peti beku, boleh tahan 3 tahun barangkali.
Selamat mencuba ya, mak-mak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rendang Cili Api memang terkenal bagi orang-orang di Negeri Sembilan. Jadi nak buat rendang cili Api yang sebenar kenalah belajar dengan orang Negeri Sembilan sendiri. Rupanya nak buat rendang ni cukup senang, tak perlu tumis dan bahan-bahannya pun tak banyak.
Mungkin ramai mak-mak yang tak tahu, menerusi laman sosial instagram, Penyampai Radio Suria FM, Zulin Aziz,28 atau pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ada mewujudkan akaun khas #cikzulinkedapur untuk berkongsi resipi dan menu-menu yang dimasak oleh beliau sendiri. Salah satu posting resipi menarik yang dikongsikan serta mendapat perhatian pengikutnya adalah Rendang Ayam Cili Api Nogori 9.
Menurut pelakon Nahu Rindu ini, Rendang Ayam Cili Api Nogori 9 tersebut diperolehi daripada jirannya yang merupakan orang Negeri Sembilan sendiri malah merupakan menu wajib keluarga setiap kali tibanya Hari Raya.
“Dah siap rendang cili api! Resepi ni mama zulin belajar dari orang nogori 9 jiran kami dulu.Sejak dari kecil memang ni menu wajib kalau raya.”
Satu genggam cili api
Kunyit hidup besar ibu jari
Serai 10batang
Lengkuas 2 buku
Santan 1kg
Asam keping
1 helai daun kunyit
1 ekor ayam
1.Masukkan bahan-bahan kisar, serai, lengkuas, cili api dan kunyit hidup ke dalam kuali.
2.Masukkan santan, ayam dan asam keping, gaul sebati.
3.Masukkan daun kunyit,biarkan mendidih dan masak dengan api perlahan.
Siap!
Lebih kering lebih sedap!boleh simpan dan panaskan sampai jadi serunding.
Jadi buat mak-mak yang nak masak rendang untuk berbuka nanti, boleh cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Zulin Aziz ni. Ringkas je bahan-bahannya nak buat pun senang sangat. Jika buntu dan tak tau nak masak apa, boleh juga cedok idea resipi serta menu-menu menarik dengan mengikuti akaun instagram cikzulinkedapur ini.
Gara-Gara meninggalkan anak-anak didalam kereta dengan keadaan enjin masih dihidupkan dan pintu tidak berkunci, seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua anaknya dilarikan ketika berada dalam kereta diparkirnya di hadapan kedai serbaneka di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, baru-baru ini.
Dalam kejadian 7.45 pagi itu, dua beradik itu ditinggalkan oleh wanita berkenaan dalam kereta dengan keadaan enjin hidup dan pintu tidak berkunci.Namun wanita ini dianggap masih bernasib baik kerana anak-anaknya dapat ditemui semula serta berada dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, bagaimanapun, kenderaan dilarikan itu dijumpai semula selepas ditinggalkan 600 meter dari tempat ia dilarikan.
“Kira-kira 20 minit selepas kereta itu dibawa lari, ia ditemui semula dengan dua kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia lima dan enam tahun berada dalam kenderaan dalam keadaan selamat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 363/379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Kanak–Kanak 2001,” katanya.
Jokhiri berkata, pihaknya sedang giat mengesan serta mengenal pasti suspek dalam kes berkenaan dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan anak dalam kenderaan dengan enjin masih hidup dan kunci ditinggal dalam kenderaan.
“Kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke balai polis berhampiran.
“Selain itu, saksi boleh menghubungi hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui hotline Polis Seri Alam di talian 07-3864222,” katanya.
Buat mak-mak semua, mohon jadikan kisah ini satu pengajaran. Walau macam mana nak cepat sekalipun untuk buat apa-apa urusan, tolong jangan sesekali tinggalkan anak-anak dalam kereta, baik kereta yang telah dimatikan enjin apatah lagi dengan keadaan enjin yang masih hidup iya. Situasi ini cukup membahayakan anak-anak. Mohon lebih prihatin dengan keselamatan mereka. Anak-anak adalah harta tak ternilai, harta hilang boleh dicari anak-anak hilang tak dapat diganti!.
Pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata pada 25 April baru-baru ini. Ia merupakan kelahiran anak ketiga bagi Sari Yanti yang sebelum ini telah memiliki dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 hasil perkahwinan terdahulu.
Kegembiraan menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga disambut dengan penuh bahagia.Rupanya isteri kepada Mohd Nadzri Zainal Abidin,33 atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu, ada menyatakan bahawa sepatutnya kandungan dijangka lahir pada hari pertama bulan Ramadhan, namun sebaliknya ia lahir 3 minggu lebih awal dari tarikh sebenar ketika berusia 37 minggu.
Setelah 10 hari kelahiran bayi perempuan yang diberi nama ‘Dariya Inara’ ini, Sari Yanti ada memuat naik coretan perasaan, pengalaman dan berterima kasih atas sokongan, ucapan dan doa yang diterima diatas kelahiran bayi comel ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khas buat suami tersayang, keluarga, anak-anak serta para pengikut dilaman instagramnya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA’ALA.-SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. .
Pada 25/4/2018 Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial .
Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu.#anakabah
Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah.
Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa, Semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat , bimbang, panic , buntu , sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah ❤.
Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu, Untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan ‘anti’ hampir 34 tahun dulu.❤
Terima kasih baba,mak, abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang. Alhamdulillah dah selamat.Semoga semuanya akan beroleh bahagia ❤
Terima Kasih anak-anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq – kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua-dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are ❤
Terima kasih adik beradik, keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua.Dan terima kasih Awak Semua untuk ucapan dan doa yang baik-baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan.
Disamping itu, menerusi instastory Sari yanti beliau turut mengumumkan akaun rasmi yang dibuat khas untuk puteri kesayangannya ini iaitu “DariyaInaraofficial”
Sari Yanti, 34,terkenal menerusi lakonannnya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara. Manakala, Jepp Sepahtu merupakan bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2017.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Jepp Sepahtu dan Sari Yanti. Semoga kelahiran bayi comel ini, mengikat kasih sayang, menambah kebahagiaan dan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga kecil ini.Selamat berpantang Sari Yanti!
Pemandu lori kontena wanita ini pernah dikecam kerana bekerja dalam bidang lasak. Kini kisah Zuraida jadi inspirasi wanita cari rezeki halal tanpa peduli pandangan orang.