Kalau dalam peti tak ada paste cili kering itu maknanya anda memang jenis jarang masak! Sebab masakan orang Melayu ni kebanyakannya guna cili kisar.
Tetapi sesetengah orang buat paste cili kering ni tak tahan lama, seminggu pun dah berkulat. Nah, godek rahsia maak ni.
Tambah pula tinggal beberapa hari lagi nak menyambut bulan Ramadan, jadi tak salah kalau mak-mak mula get ready dengan siapkan bahan-bahan yang mudahkan kerja di dapur untuk masak nanti.
Petua daripada Puan Al Ulfah II ni salah satu, cara buat paste cili kering yang sangat mudahkan mak-mak waktu nak masak sahur dan berbuka lebih cepat.
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Garam
Minyak
Ads
Cara Buat Paste Cili Kering:
Potong cili buang biji.
Cuci dan rebus cili.
Sejukkan cili , blend cili dgn air n campurkan sedikit minyak nk bg hancur biji cili yg “terlepas” (ada) masa cuci.
Ads
Masa blend cili masukkan bawang besar dan putih.
Kemudian masakkan cili tanpa tumis dengan minyak (nak tumis pun boleh, ikut selera masing-masing) bagi cili agak-agak kering.
Betapa tinggi sekalipun kedudukan seorang anak di mata dunia, anak yang hebat dan baik takkan sekalipun melupakan jasa orang tuanya. Inilah yang dilakukan oleh chef bertaraf antarabangsa, Chef Wan dalam melayani ibunya, Cik Ani yang semakin lanjut usia.
Walau kejayaan Chef Wan tinggi melangit, hatinya sentiasa runduk ke bumi apabila perlu melunaskan amanah menjaga ibunya, Cik Ani. Kadangkala geli hati juga lihat gelagat, Chef Wan dan ibunya ini. Namun, di sebalik rasa yang mencuit perasaan itu, ada banyak ciri-ciri baik yang patut anak-anak lain contohi.
Kisahnya bermula apabila ibunya tiba-tiba tertidur tanpa sedar di atas kerusi. “Ya Allah baru saja saya turun bersiap nak pi supermarket nak bawa Cik Ani, she has gone to planet Mars and Jupiter!”
“Siap lagi kaki naik ke atas which i have never seen this happened before. She said sakit kaki so she raised her leg up sekejap and suddenly went to Lala Land la pulak.”
Benarlah seperti apa yang dikatakan Chef Wan, dalam usia melepasi 80 tahun, sesetengah individu akan melalui satu tahap kembali ke alam kanak-kanaknya. Dan apabila ini berlaku, anak-anak kenalah tetap jaga ibu dengan kasih sayang.
“At 87 yrs old they all will get back to their baby like stage. I can see how all this behaviour begin to developed and take its stage.”
“A lot of children who took care of their old parent i have seen myself sangat kasar behaviour mereka kepada kedua ibu bapa mereka. Some of their own siblings datang tengok emak or nenek 2 mereka pun tidak langsung.”
“Yang menjaga pun ada yang tidak ikhlas macam terpaksa saja. Dan rasa kedatangan ibu bapa mereka yang sakit ini macam menyusahkan hidup mereka mahu pun anak-anak. Apa tah lagi menantu masing-masing.”
Kasihan Allah memberi kita peluang pahala untuk ke syurga dengan mudah kita tolak kerana sifat-sifat masing-masing yang mementingkan diri sendiri.
Macam mana ibu dan bapa kita ini sabar menjaga kita semasa kecil penuh kasih sayang, macam tu lah juga nanti Allah akan kembalikan ibu bapa kita itu kepada kita di hari tua at that same stage too.
Sebab itulah Chef Wan sentiasa meletakkan hatinya agar sabar melayan kerenah ibu. Dekati ibu dengan perbualan humor yang membuatkan sentiasa gembira dan bahagia.
“I always tell myself to try to be very patience with my mother. Joke with her to make her laugh and stay happy and comfortable. Her days are numbered. If there anything i feel so blessed that she is still with me and Allah is challenging me and testing me everyday. Sabar Wan…sabar Wan suara di belakang telinga saya ini membisik kepada saya.”
Begitu lah betapa seorang anak begitu cepat melupakan jasa-jasa seorang ibu mahu pun cucu-cucu ke atas seorang nenek mereka.
“Ohhh i see this even within my own family circle pun.”
Esok bila terkujur jenazah my mother ini yang pasti ramai akan menyesal dan meratapi her departure pun. Masa ini its too late untuk menitis air mata itu semua pun.
“As for me even as sad as i can be at least deep in my heart saya senyum dan redha kerana sepanjang ibu masih hidup saya sudah puas berbakti kepadanya.”
“I am sure Allah juga tahu dan akan gambar kan semula all the wonderful things and times i had with my mothers while others will be haunted by seribu satu kesalan pun.”
By that time its too late as it has become a thing of a past!
Selama 8 minit tanpa gentar, pembaca berita radio Nurul Shuhadah Armawan mencabar dirinya dengan merelakan ular jenis phyton albino melingkar di bahu dan tangan kanannya sepanjang menyampaikan berita jam 12 tengah hari dalam konti BERNAMA radio.
Intonasi suaranya tetap tenang dan serius sama seperti sebelum-sebelumnya. Video berdurasi kira-kira satu minit itu jelas menampakkan ketenangan DJ Radio yang pernah memenangi Penyampai Berita Radio Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016.
“Sebenarnya ada tetamu hari ini, sempena hari Haiwan Peliharaan Sedunia. En Wan Aliazar bawa ilar peliharaannya. shu ni jenis teruja. Memang minat dengan haiwan eksotik tapi tak mampu nak bela. Tu yang bila tengok ular tu terus rasa nak pegang.
“Tadi masa baca berita, rasa macam nak buat cabaran baru; sambil baca berita sambil ada ular atas bahu. Bila owner kata boleh, tu yang on je.
“Shu pun biarkan je ular tu atas bahu dan biar dia melingkar. Sebab ular ini tak suka dipaksa. Shu tenang, dia pun tenang. Sama-sama yakin dan percaya. Shu tak ancam dia, dia tak ancam Shu.”
Pengalaman pertama Shuhada memegang haiwan eksotik ini waktu di Melaka. Waktu itu dia perlu memegang iguana.
“Mula-mula takut juga. Tapi Shu dapat tip daripada owner iguana tu. Katanya, Jangan takut. Kalau awak takut iguana ni rasa terancam dan dia akan menyerang’. Dari situlah Shu jadi berani pegang.
“Kalau dengan ular memang banyak kali dah. Kalau pergi zoo, asal dibenarkan pegang saya akan ambil peluang walaupun berbayar.
“Suami pula jenis tak takut. Anak-anak pun sama.” Ujar ibu beranak dua ini.
Tidak dapat dinafikan setiap penggembara atau pelancong akan menyimpan hasrat atau bucket list mereka untuk melihat aurora borealis, fenomena alam semulajadi yang paling menakjubkan berlaku di Negara yang terletak dalam Lingkaran Artik. Ikuti percutian Yaya Mohamad ke Iceland, salah satu Negara yang sering menjadi tumpuan pemburu aurora borealis ini.
Iceland terkenal dengan nama “land of fire and ice” yang membawa maksud negara yang dilahirkan daripada letusan gunung berapi selama berjuta-juta tahun. Kemudiannya sehingga 8000 tahun yang lalu, keseluruhan Iceland terletak di bawah ais dan secara perlahan-lahan, glasier mula mecair lalu membentuk lemah dan fjords iaitu lembah glasier yang dibanjiri laut.
Keindahan alam semulajadi yang terbentuk daripada gunung berapi dan glasier berais inilah yang menjadi tarikan para pengembara dan pelancong dari seluruh negara untuk melawat Iceland. Selain itu, kedudukan Iceland di dalam Lingkaran Artik (Artic Circle) juga menjadi tempat utama untuk memburu cahaya Aurora Borealis (atau juga dikenali sebagai Northern Lights).
Kumpulan kami terdiri daripada 8 sahabat/pengembara tegar yang sudah lama dan baru berkenalan dari latar belakang berbeza – Rowena Baker, Farizul Zulkifli, Nora Yusuf, Lizza Hademi, Yaya Mohammad, Amiza Amirudin dan Gero Azrul. Misi utama kami ke Iceland adalah untuk memburu cahaya Aurora Borealis yang menjadi tarikan utama setiap pengembara dan pelancong ke Iceland. Oleh itu kami membuat keputusan untuk mengembara selama 14 hari dan memilih musim luruh kerana waktu siangnya yang pendek dapat meningkatkan peluang kami untuk melihat cahaya Aurora Borealis pada malam harinya.
Ibu Kota Reykjavik
Daripada Malaysia, kami terbang dengan menaiki pesawat Lufthansa Airlines ke ibu negara Iceland iaitu Reykjavik di mana pengembaraan kami bermula dan berakhir. Reykjavik merupakan bandar moden yang dipenuhi seni mural di kebanyakan dinding-dinding bangunan di sepanjang jalan raya utama yang menjadi tempat wajib untuk fotografi jalanan. Tempat lain yang harus dilawati semasa disini adalah seperti Hallgrimskirkja Cathedral, Harpa Concert Hall dan arca bot Sun Voyager, yang mana bangunan-bangunan nya mempunyai senibina yang unik.
Perjalanan Melalui Jalan Raya (Road Trip)
Dari Reykjavik, kami memulakan perjalanan kami melalui jalan raya dengan memandu pacuan 4WD bagi memudahkan untuk mendaki bukit serta melalui jalan batu kerikil (off road). Kami memilih untuk menggunakan Golden Circle Ring Road supaya kami dapat melawat sebanyak mungkin kawasan-kawasan menarik di sepanjang perjalanan.
Tidak seperti di kebanyakan negara di mana jalan utama adalah lebuhraya besar, jalan di Iceland merupakan jalan 2 hala/lorong yang indah dengan pemandangan yang mengagumkan di sekelilingnya. Dan Iceland tidak mempunyai pokok-pokok besar yang dapat menghalang pandangan dari kereta di mana anda akan dapat menikmati pemandangan yang “seluas mata memandang” – air terjun, gunung, bukit, laut Atlantik Utara, tasik, glasier, mata air panas, perkampungan, ladang-ladang serta binatang ternakan seperti kambing biri-biri dan kuda. Kami hampir tidak percaya bahawa kami telah melihat kesemuanya di hanya satu pulau.
Antara pengalaman menarik kami sepanjang di Iceland adalah seperti berikut:
Snorkel di antara Plat Tektonik
Peluang untuk melakukan aktiviti snorkel di rekahan Silfra antara plat tektonik yang memisahkan benua Amerika Utara dan Eurasia tidak kami bazirkan. Selepas selesai memakai pakaian yang dikhaskan untuk snorkel di rekahan Silfra kerana suhu airnya yang berada di bawah sifar, kami akhirnya terjun ke dalam air yang sangat jernih dan menikmati pemandangan bawah air dengan jarak penglihatan sehingga 100 meter. Menurut pemandu snorkel kami, air di sini sangat bersih dan boleh diminum tanpa ragu-ragu.
Berjalan di atas Glasier Skaftafellsjokull
Di Skaftafellsjokull, kami juga berpeluang berjalan di atas glasier yang mempunyai jurang sempit yang dalam di antara batuan-batuan ais. Untuk membolehkan kami berjalan di atas ais glasier, kami perlu memakai kasut khas yang dapat mencengkam kukuh ais glasier dan mengelakkan kami daripada mudah terjatuh atau tergelincir. Semasa berjalan di atas glasier, kami dapat mendengar dengan jelas bunyi tapak kaki kami mencengkam ais. Pemandangan yang luas di kawasan glasier yang besar dan berwarna putih secara keseluruhannya menyentuh perasaan kami dan berasa diri ini amatlah kerdil.
Cahaya Utara Aurora Borealis
Selama kami mengembara di Iceland, kami telah berjaya menemui cahaya utara Aurora Borealis sebanyak 3 kali. Yang paling cantik dan jelas ialah di Budardalur, sebuah perkampungan kecil yang terletak di utara-barat Iceland. Kami amat bernasib baik kerana tidak perlu menunggu sehingga waktu tengah malam di mana cahaya Aurora Borealis sudah kelihatan sesudah waktu terbenam matahari dan berlarutan sehingga hampir tengah malam. Suhu di luar mencecah hampir 0 darjah, namun kami kuatkan semangat untuk menikmati pemandangan luar biasa ini selama beberapa jam sehinggakan kami tidak dapat lagi merasai jari tangan dan kaki akibat kekebasan.
Gunung, Air Terjun, Geyser dan Glasier
Antara tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan kami yang berbaloi untuk dikunjungi di Iceland menurut turutan road-trip kami ialah:
Reykjavik – Thingvellir National Park – Strokkur Geyser – Gullfoss – Kerid Crater Lake – Seljalandsfoss – Skogafoss – Mossy Lava Rocks – Vatnajokull National Park – Skaftafellsjokull Glacier – Jokulsarlon Glacier – Diamond Beach – Vesturhorn Mountain – Dettifoss & Selfoss – Lake Myvatn – Asbyrgi Canyon – Godafoss – Akureyri – Dynjandi – Kirkjufell Mountain – Arnarstapi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!