Pasangan adalah anugerah yang Allah telah jodohkan untuk kita. Dia melengkapi kekurangan dan kelebihan kita. Ia tak akan jadi kalau dua-dua rasa diri hebat da nterbaik.
Jangan pula terkejut bila ada pasangan yang tak bahagia dengan perkahwinannya. Ada yang brcerai berai bukan sebab tak diberi nafkah atau lalai dalam tanggungjawab. Tapi ada sebab lain.
Inilah yang dikatakan oleh Ustaz Kazim tentang pasangan itu anugerah terbaik seperti yang dikongsikan dalam Sahabat Pencinta Al Quran. Fahami apa yang dikatakan ini.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat.
Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah lepaskan pada pasangan.
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut! Selagi kita boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita.
Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. Jadi, tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Ads
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak kongsi serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Mak ayah dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu isteri lagi kenal suami dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan.
Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni datang dalam 3 bentuk :
UJIAN
Ads
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok perkara ini. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Bagi yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
TEGURAN
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, tiba-tiba Allah bagi accident. Takleh dah cari punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
BALA
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Ads
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala
Mingguan Wanita: Terimalah pasangan kita seadanya. Perbaiki diri dan pasangan untuk jadi pasangan yang bahagia hingga ke syurga.
Ini dilema mak-amak, sudahlah penat keluar mencari rezeki, suami pula asyik mengungkit bab nafkah batin. Bila tertidur, suami terus marah-marah, inilah realiti yang terjadi dalam kehidupan kaum perempuan yang bekerja.
Apa yang anda patut buat untuk mengatasi masalah ini, ikuti perkongsian dari Puan Suzana Ghazali ini…
Kisah Dilema Mak-mak Bermula Bila…
Semalam, saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang isteri yang berusia awal 30 an. Dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab memberikan nafkah. Jika dulu, suaminya kurang mampu maka si isteri sanggup menyerahkan hasil titik peluhnya saban hari bagi membantu suami menguruskan kewangan mereka sekeluarga. Malangnya, bila dah ditolong, makin lama si suami mula menyerahkan sepenuh tanggungjawab tersebut kepada isteri.
Kini, hampir tiga tahun, segala perbelanjaan keluarga diuruskan sepenuhnya oleh isteri. Si suami masih bekerja, masih mempunyai pendapatan tetapi segala pendapatan suami digunakan untuk memenuhi selera dan kehendaknya sendiri. Nak serahkan kepada isteri walaupun sedikit, jauh sekali. Bila isteri meminta, hanya satu jawapannya: Mana ada duit lagi dah? Tetapi mampu pula beli barang-barang lain yang tak perlu.
Masalah si isteri sekarang ini, dia tidak ada hati lagi untuk melayan kehendak seks si suami. Dah lah penat bekerja seharian, balik ke rumah terpaksa menguruskan segalanya: memasak, mengemas, melayan anak-anak. Ada kalanya, si isteri kepenatan dan tidak berupaya untuk melayan kehendak batin suami. Bukan saja penat badan malah penat perasaan kerana kecewa dengan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab sebenar sebagai suami dan seorang bapa. Soalan yang diajukan kepada saya, apakah boleh sekiranya si isteri enggan melayan kehendak batin suami?
Semua orang tahu, isteri wajib patuh kepada suami. Isteri wajib taat kepada suami. Isteri wajib melayani kehendak batin suami kerana ada hadis yang cakap: Isteri perlu melayan kehendak batin suami walau tika suami meminta, mereka berada di atas unta. Paling ditakuti oleh para isteri, bila ramai agamawan menceritakan mengenai sabda baginda Rasul tentang dosa isteri yang menolak kehendak suami untuk ‘bersama’ – mereka akan dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi. Menggunakan hadis inilah, suami menggunakan sepenuh kuasa memperlakukan isteri sewenang-wenangnya.
Hanya Tahu Minta Seks Semata
Namun, ramai yang tidak tahu, taatkan suami bukan mutlak. Jika suami mengarahkan isteri melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak syarak, maka tika itu, isteri tidak wajar mentaati suami. Sama juga dengan kehendak batin suami yang gagal menunaikan tanggungjawab, kehendak suami ini boleh ditolak dan isteri tidak akan berdosa sekiranya menolak permintaan suami. Kenapa? Kerana suami mengabaikan tanggungjawab. Hadis menyuruh isteri mentaati suami yang betul-betul seorang suami. Apakah yang dimaksud betul-betul seorang suami?
Seorang suami yang sebenar adalah suami yang menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin kepada seorang isteri, bukan menunaikan nafkah batin sahaja. Masalahnya, menunaikan kehendak batin tu, bukan memenuhi kehendak isteri tetapi lebih kepada memenuhi kehendak sendiri. Sebab itulah, walau isteri diberi layanan batin, berapa ramai suami yang ambil tahu, sukakah isteriku dengan layananku? Ramai yang menganggap, seks adalah memenuhi kehendak nafsu suami dan bukan kehendak kedua-dua pihak, suami dan isteri
Kembali kepada topik perbincangan. Bukan sahaja kes yang saya terima semalam tetapi banyak lagi kes sebelum ini, isteri meluahkan rasa terpaksa melayan kehendak batin suami. Keterpaksaan kerana teringatkan tuntutan syarak: isteri wajib mentaati suami…. isteri perlu menunaikan kehendak suami setiap kali suami meminta…. jika isteri menolak permintaan suami untuk bersama maka si isteri akan dilaknat oleh malaikat di sepanjang malam. Para isteri akur dengan kehendak syarak, takutkan laknat daripada malaikat, takutkan balasan neraka daripada Allah. Mahu atau tidak, rela atau terpaksa, isteri biarkan juga diri diperlakukan seadanya oleh si suami.
Mulianya kau wahai isteri. Hinanya kau wahai suami… sanggup mengetepikan tuntutan syarak… mengabaikan tanggungjawab sebagai suami. Tidak takutkah balasan daripada Allah?
Lantas, wahai isteri.. bila suami anda berani menderhaka kepada Allah… maka anda tidak wajar lagi mentaati mereka. Jika anda, sebagai isteri… kecewa dengan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak mampu atau enggan memenuhi kehendak seks suami, anda BERHAK menolak permintaan suami. Jangan bimbang dengan nusyuz. Anda BUKAN ISTERI YANG NUSYUZ SEMATA-MATA ENGGAN MENUNAIKAN KEHENDAK SUAMI YANG DAYUS.
Pesanan saya kepada isteri yang mengambil alih tugas suami, simpan segala resit perbelanjaan anda. Jika suami anda mengambil tindakan kerana anda menolak ajakannya, anda berpeluang menggunakan semua itu sebagai pertahanan diri. Ingatlah, perkahwinan adalah untuk kebahagiaan dua pihak, suami dan isteri… anda lebih tahu kedudukan anda. Selamat berbahagia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila anak sudah berkahwin, mak-mak kena belajar lepaskan anak hidup berdikari untuk uruskan rumah tangga ikut cara sendiri.
Jangan sesekali campur tangan dan bandingkan cara anak uruskan rumah tangga dengan cara mak-mak. Sudah tentu acuannya berbeza biarpun anak-beranak.
Lepaskan mereka ikut cara mereka sendiri, paling penting anak-menantu bahagia dengan cara mereka. Kadang-kadang campur tangan keluarga dalam rumah tangga tidak kiralah daripada mak sendiri atau menantu mampu meretakkan hubungan rumah tangga dalam diam.
Bila Anak Kahwin Biar Berdikari
Ikuti perkongsian Puan Kamalia Kamal ini dan hadam sebaiknya:
Kak Kay rasa sudah sampai masa emak-emak harus jadi emak dan membenarkan anak gadis mereka menjadi isteri kepada suami mereka sendiri.
Maaf ya Kak Kay terpaksa tulis di sini.
Dari 300 kes yang datang pada Kak Kay sejak awal tahun 2020 hingga kini, 10 peratus konflik yang berlaku melibatkan campur tangan emak.
Mak-mak Kena Belajar Lepaskan Anak
Dari 300, 30 bercerai atas isu mak.
1. Menantu masak nasi goreng untuk dinner, mak cakap
“Kesian anak lelaki aku makan nasi goreng je malam-malam”.
2. Suami dekat rumah tolong sidai baju , mak datang “Kau ini dari anak dara pemalas. Dah kahwin pun menyusahkan lelaki kau. Mak dulu tak pernah tau suruh laki sidai baju, buat malu je! Kalau keluarga dia nampak nanti macam mana”.
3. Waktu malam mak tetiba ketuk pintu cakap.
“Mak masak lauk sedap ini, kesian korang tiap malam makan nasi lauk sayur ikan goreng saja. Kurus cucu mak cenggini”.
4. Si anak lelaki naik pangkat, mak cakap.
“Nasiblah abang dapat bini selekeh macam ini, kalau kahwin dengan Suria dulu mesti sepadan bini pandai melawa”.
5. Isteri belikan hadiah baju untuk suami, mak cakap…
“Manjakanlah laki kau itu, esok dia skandal dengan perempuan lain baru padan muka kau!”
6. Tangan anak kosong saja lepas kahwin, mak cakap…
“Laki kau ini tak mampu ke beli gelang nipis pun untuk kau? Apalah pemalas sungguh laki kau ni”.
7. Isteri balik kerja order food panda…
“Nasiblah abang dapat bini pemalas, hari-hari order je lah jawabnya”
8. Suami memasak di dapur, mak cakap
“Bini sudahlah pemalas, suami jadi kuli. Esok laki kau cari lain baru padan muka kau, sudahlah rupa kau lepas bersalin ini makin hitam aku tengok”. Allahu.
Mungkin sudah sampai masa mak harus terima yang mereka juga sudah jadi mak.
Kata-kata mak begini boleh buatkan
Pasangan tak bergaduh jadi gaduh
Isteri mula bersangka-sangka
Suami mula kecil hati
Isteri takut nak balik rumah
Suami malas nak keluar bilik
Waktu makan bersama jadi hambar
Suasana rumah jadi tegang…
Dan yang paling sedih ialah bila hilangnya mawaddah dan rahmat dalam keluarga. Nikmat kebahagiaan, ketenangan, keindahan berkasih sayang bagai di tarik hingga tiada ertinya kehidupan berkeluarga begini.
Jemput share moga manfaat.
Kak
Kamalia Kamal
menulis kisah relationship dan kehidupan setiap hari.
MW: Biar pun sejak kecil mak-mak membesarkan anak dengan cara yang tersendiri, jangan dibebankan anak untuk mengikut cara yang menjadi ikutan anda selama ini. Biarlah anak berdikari dan membina hidup berkeluarga dengan cara mereka. Mak, ayah sebaiknya berdoa yang baik-baik untuk anak dan menantu.
Asam garam dalam perkahwinan, susah senang, baik buruk sikap dan kerenah pasangan segalanya harus diihadapi bersama.Bagi seorang isteri selalunya sanggup bersusah payah dengan suami, asalkan suami kekal setia.Begitu juga sanggup berkorban dan bersabar atas segala dugaan dan kerenah suami itu sendiri.
Baru-baru ini,Bonda Rozita ada berkongsi pesanan dan nasihat rumahtangga dalam melayari perkahwinan menerusi laman instagram beliau. Ibu kepada Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman,31 ketika ini sedang berada di tanah suci mengerjakan ibadah haji bersama suami dan menantu kesayangan Datin Sri Nur Shahida Mohd. Rashid, 33.
Berikut perkongsian tersebut;
“Kri tahan air mata dia masa tengok anak-anak nangis masa anak-anak peluk Ida..Pengorbanan isteri tu bukan setakat melahirkan mengurus rumahtangga dan sabar dengan kerenah suami serta dugaan dalam familynya”
“Dia menjaga suami luar dalam atas bawah tepi belakang..sebab tu lah insan dan harta dirinya termahal “Ayah pada anak-anak..Suamiku hanya saya punya….yang 1 …” No kongsi-kongsi ok” ..!”
“Sebab tu saya rela susah dan sakit demi sebuah perkahwinan.HANYA KITA (dalam maksudnya tu he he) ..bonda rasa semua wanita fikir macam saya kot sebab tu saya memihak menantu perempuan bab ni sebab saya macam tu ..uppsss”
“Selalu saya pesan anak dan menantu..kita kahwin ni menumpang apa adanya pada pasangan kita..Kalau alim kita tumpang alimnya, kalau baik kita tumpang baiknya, kalau laki perompak atau hisap dadah kita tumpang bahana buruknya..Kalau kaya kita tumpang kayanya ..Sehidup sampai kemati hajat kita bila dah kahwin.
“Kita kahwin saling membetulkan dan melindungi supaya aman, bersatu, jayakan cita-cita dan family hasilnya kita sama-sama menikmati hidup yang isinya mawadah warahmah dan sakinah.Lilahi taala.”
“Sila tag atau share jika nasihat saya pada family saya ni elok dipakai untuk jadikan negara kita ni orang yang hebat-hebat ikatan family dan kasih sayang..!!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat!.Memang ada benarnya pesanan dan nasihat yang dikongsikan oleh bonda rozita ini. Hakikat sebenar dalam perkahwinan yang perlu difahami oleh suami isteri dalam membentuk rumahtangga sakinah, mawaddah dan rahmah.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...