Dalam hidup berumahtangga, tak perlulah kita banding kehidupan kita dengan pasangan lain. Masing-masing ada cara tersendiri terutamanya dalam melayan dan membahagiakan pasangan.

Kalau kita asyik banding kehidupan kita dengan orang lain, memang tak pernah rasa puas dengan apa yang kita. Sepatutnya, kita suami isteri layanlah pasangan seadanya.

Baik pasangan kita itu berharta atau hanya mampu bawa berjalan-kalan dengan motorsikal sekali pun, ia sudah cukup membahagikan. Jangan sesekali banding kehidupan dengan orang lain.

Isteri kenalah layan suami selayaknya dan begitu juga suami. Susah, senang, gembira atau sedih sekali pun. Asas bahagia sebuah rumahtangga adalah layanan buat isteri dan suami. Jangan banding kehidupan pasangan lain. Inilah yang dikongsikan oleh Normaliza Mahadi tentang cerita rumahtangga.

Baca Artikel menarik Lain Di Sini: MENANTU Tak Perlu Nak ‘JAJA’ Kisah MENTUA Pengotor, Hormatilah Cara Suami Dibesarkan

Kenapa Lebih Ramai Bercerai Dari Berkahwin? Peguam Amirul Akmal Kongsi Tip Suami Isteri Bahagia

Info Lebih Menarik DI SINI

Tak Perlu Banding Kehidupan Orang Lain

Cerita rumahtangga ini makin lama makin mengelirukan terutamanya kepada pasangan yang tiada pendirian dan keliru pula definisi sebenar tentang kebahagiaan.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang termenung panjang mengenang perkahwinan yang rupanya begitu banyak perbezaan bila mula dibandingkan dan banyak cerita yang digemburkan tetapi tidak pula ada panduan. Panduan yang mana satu harus jadi ikutan! Pening dan membingungkan.

Isteri!
Apa sahaja khidmat kalian terhadap suami adalah semata kerana mengharap redhanya Allah Penguasa Sekalian Alam.

Saya menulis post ini kepada 90% isteri yang hidup dalam kehidupan yang aman dan tenteram. Isteri yang duduk dalam perkahwinan yang normal dan menyenangkan. Bukanlah kaya tetapi ada. Atau kadangkala tiada juga tapi hati perlu sentiasa redha.

Perkahwinan biasa yang banyak kali bangun dan sudah tentu ada masa jatuh terlentang. Inilah perkahwinan. Tapi ini bukan panduan untuk perkahwinan yang penuh dengan maki hamun dan sepak teranjang.

IKLAN

Bukan!

Pesanan Buat Isteri

Berbalik kita kepada pesanan untuk isteri

Khidmat dan layanan isteri kepada suami tidak akan mampu dibalas oleh suami. Tidak mungkin. Kehamilan isteri sahaja sudah tiada bayaran yang mampu suami jelaskan.

Kesakitan isteri melahirkan tidak dapat diganti semula dengan kesakitan yang sama. Mana mungkin? Menyusukan bayi juga ada kesakitan dan pengalaman yang tidak mungkin suami boleh pulangkan. Tiada!

Maka semua layanan baik isteri kepada suami adalah dengan mengharapkan redha Allah semata. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Tiada mahkluk lain selain Allah sahaja.

Dan layanan baik bukan bergantung kepada tahap kekayaan suami. Kononnya jika suami boleh sediakan rumah yang besar maka layanan lebih baik. Suami boleh sediakan pembantu, layanan jadi bertambah, boleh belikan kereta besar maka layanan berganda dan suami kaya maka layanannya roti dan butter!

Bukan begitu.

Suami layak dilayan dengan baik walaupun hanya menyediakan rumah pangsa di tingkat 3.
Dia mendapat layanan baik walaupun suami hanya menunggang motor yang tayarnya telah rata.

IKLAN

Suami diberikan layanan yang mesra walaupun hanya ada selipar yang telah haus di tapaknya.

Dia dijaga hati dan perasaannya walau hanya mampu membelikan sepasang baju raya.

Suami tetap disayang walau hanya mampu membeli sebuku roti beberapa hari sebelum gajinya disalurkan.

Semua suami kaya atau miskin sama sahaja layanannya. Tiada beza.

Suami dilayan kerana statusnya bukan kerana wang ringit dan harta benda.

Lihatlah sahaja waktu pagi begini di jalanan, berapa ramai suami yang menaiki motor usang untuk mengejar waktu pekerjaan. Mencari nafkah yang halal untuk isteri dan keluarga tersayang.

Kadang berhenti di tengah jalan memakai baju plastik supaya tidak basah disimbah hujan.
Berapa ramai suami yang tersadai di atas jalan kerana kemalangan. Ada yang tidak lagi pulang dan ada juga yang patah tulang. Tidak layakkah suami ini mendapat layanan istimewa walaupun poketnya senipis kulit bawang?

Suami begini semua gajinya untuk seisi rumah yang pagi ditinggalkan dan malam baru kembali keletihan. Kasutnya yang berlubang sudah berbulan ditangguhkan pembelian. Hanya kerana harga kasutnya boleh membeli beras untuk makan setengah bulan. Suami tangguhkan keselesaan untuk keluarga yang diutamakan.

IKLAN

Come on semua isteri yang beriman. Jangan kita kabur mata hanya kerana melihat kehidupan orang yang kita sendiri tidak pernah berdampingan.

by NM

Mingguan Wanita : Baik suami atau isteri, layanlah pasangan sebaiknya.

Sumber: Normaliza Mahadi

Baca Menarik Lagi DI SINI: Ciptalah Kenangan Sebanyak Mungkin, Layan Manja, ‘Gedik’ Pasangan, Inilah Paling Dirindui Bila Tiada

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI