Semalam tular berita tentang kisah seorang wanita dalam pantang diceraikan disebabkan buku temujanji klinik koyak. Rupanya bukan perkara itu yang menjadi punca menjadi penceraian apabila bekas suaminya tampil membuat penjelasan.
Sebenarnya pasangan ini bercerai bukan sebab buku klinik koyak, ini yang bekas suami ini hadap selama berkongsi hidup bersama.
“Bercerai Bukan Sebab Buku Klinik Koyak.”
Seorang lelaki menafikan yang dia menceraikan isteri yang masih dalam pantang hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya yang berumur empat, dua tahun dan bayi berusia 17 hari.
Ini Yang Bekas Suami Hadap
Bekas suaminya, yang berusia 30-an itu berkata, tindakannya menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan sikap bekas isteri yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.
Menurut beliau, masyarakat hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan ia seolah-olah memberi gambaran yang dirinya suami tidak bertanggungjawab.
“Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia mengugut mahu mencederakan saya.
Ads
“Bagi saya itu agak melampau. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya apabila kami bergaduh. Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan ceraikan dia,” katanya.
Ujarnya, dia terkesan apabila video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membunuh diri tular di media sosial, sehubungan itu dia memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.
Katanya, hanya dia dan bekas isteri sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Ads
“Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduh.
“Kami pernah bercerai pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri. Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab,” katanya yang turut membuat laporan polis.
Tetap Sayangkan Anak
Bagaimanapun dia tetap sayangkan anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukumnya.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok berkenaan seorang wanita yang cuba membunuh diri selepas diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Mingguan Wanita : Sesungguhnya apa yang berlaku harusnya menjadi pengajaran buat kita semua. Kadang-kadang tidak semestinya apa yang isteri lakukan betul, bertolak-ansur dan berubahlah demi suami dan keluarga.
Jika ada simptom, hari ketiga bergejala paling sesuai buat RTK antigen di rumah untuk mengetahui sama ada mak, ayah positif atau negatif virus Covid19.
Sekiranya mak, ayah ingin melakukan RTK antigen pada hari pertama bergejala, tidak ada masalah. Tetapi ujian perlu diulang lagi pada hari ketiga. Tindakan ini adalah sebaik-baiknya mengikut Dr Arisman.
Jika Ada Simptom
Saya puji masyarakat kita kebanyakan sudah bijak mengambil inisiatif sendiri atau langkah paling berhati-hati dengan melakukan ujian kendiri RTK di rumah sebaik sahaja gejala muncul hari pertama.
Rata-ratanya datang ke klinik beritahu “Saya dah buat RTK pagi tadi di rumah, negatif doktor.”
Alhamdulillah. Tahniah untuk diri anda sendiri yang melakukannya. Ini step yang sangat membantu kami frontliner kesihatan khususnya dalam mengawal penularan wabak Covid musim Omicron khususnya.
Tetapi jika berjumpa saya di klinik, saya pasti akan selalu nasihatkan kepada pesakit-pesakit yang timbul gejala saluran pernafasan atau demam untuk periksa ulang ujian kendiri air liur atau swab pada hari KETIGA bergejala.
Jika ujian negatif dan demam masih tidak reda, maka datang semula berjumpa doktor. Perlu risau ada banyak lagi penyakit lain di luar sana, misalnya denggi, influenza, pneumonia dan lain-lain.
Buat RTK Antigen Di Rumah
Ada juga pesakit yang jawab “Saya dah buat RTK dah doktor, 5 hari lepas tapi negatif.”
Saya jawab semula, “tapi encik punya gejala baru mula kelmarin. Ujian 5 hari lepas dah tak boleh pakai dah. Encik kena buat ujian yang baru untuk lihat ada virus Covid atau tak pada sakit sekarang.”
Sekiranya anda kontak rapat, sama ada mempunyai simptom atau tidak, ikuti garis panduan ini. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia..
Mingguan Wanita : Pastikan stok RTK antigen sentiasa ada di rumah, jika tiada sekalipun, mudah dibeli di mana-mana farmasi berdekatan. Sama-sama kita jaga kita. Nak mudah beli sahaja ONLINE.
Ernie & Syamel dikurniakan puteri sulung. Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel yang telahpun menimang cahaya mata.
Momen paling menggembirakan lagi buat mereka apabila bayi comel ini dilahirkan pada tarikh 22 Februari 2022 atau 22.2.22 yang juga angka yang cantik.
Ernie & Syamel Dikurniakan Puteri Sulung
Pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri itu telah melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamel dan Ernie menerusi akaun media sosial mereka.
Perkhabaran ringkas beserta tersebut dimuat naik beserta foto bayi mereka yang masih belum didedahkan wajahnya.
“Syukur alhamdulillah.
“Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi.
“Senang daddy ingat tarikh hari jadi,” tulis Syamel.
Semoga Ibu & Bayi Dalam Keadaan Baik
Malah Syamel juga mohon agar doakan Ernie dan anaknya diberikan kesihatan yang baik.
“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” luahnya.
Menamakan Anak Pada Hari Ketujuh Kelahiran Ikut Sunnah Nabi
Syamel dan Ernie yang diijabkabul 26 Mac tahun lalu sebelum ini pernah menyatakan dirinya dan suami sudah mempunyai nama untuk bayi sulungdan akan menamakan pada hari ketujuh kelahirannya mengikut sunnah Nabi.
“Nama bayi kami sudah ada. Tetapi kami masih belum bersedia untuk mengumumkan.
“Insya-Allah, kami mengikut sunnah iaitu sebaiknya hari ketujuh baru kita menamakan anak.
“Doakan juga agar nama yang akan kami beri nanti menjadi nama yang baik buat cahaya mata kami,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Selain Ernie, tahniah juga buat Datuk Jamal Abdillah yang turut menimang cahaya mata pada tarikh 22.2.22
Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera berasa terkejut apabila mendengar letupan seakan bunyi bom di kawasan perumahannya yang terletak di Taman Melawati, Ampang.
Sharifah Shahirah, Sedang Bersiap
Sebelum membuat ulasan produk pakaian yang digayakan menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, Shiera sempat berkongsi apa yang didengari sewaktu kejadian.
“Semasa sedang bersiap di dalam rumah, saya dengar bunyi gedegang kuat.
“Rupa-rupanya ada helikopter jatuh area rumah kitorang. Tak tahulah helikopter dari mana, kesiannya lahai.” katanya.
Seperti yang difahami Shiera yang pada awalnya menyangka terdapat kejadian tanah runtuh. Namun tidak disangka, terdapat helikopter terhempas berdekatan kediamannya.
“Bunyi jatuh tu macam bom. Saya ingatkan tanah runtuh yang berlaku maklumlah perumahan di sini berada di kawasan berbukit.
“Lepastu ada yang update cakap helikopter terhempas. Dalam 1 kilometer ja dari rumah saya. Memang itu laluan saya,” katanya seperti mana dipetik menerusi portal Astro Gempak.
Doakan Untuk Mereka Yang Terlibat
Isteri kepada pelakon, Ijoi Azhari ini juga sempat pergi ke lokasi kejadian namun mengambil keputusan untuk berpatah balik selepas ramai orang mula datang.
“Saya pergi tengok tadi tapi bila dah ramai orang saya balik. Lagipun banyak lagi kerja nak buat. Doakan untuk mereka yang terlibat,” ujarnya.
Semalam negara dikejutkan dengan nahas dua helikopter bertembung di udara di Taman Melawati dekat Ampang.
Memerik dari laporan Sinar Harian pula, nahas helikopter jenis G2CA (9M-HCA & 9MHCB) itu berlaku ketika kedua-duanya sedang melakukan latihan penerbangan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dengan setiap pesawat membawa dua kru.
Seorang bekas tentera laut antara dua mangsa yang maut akibat nahas helikopter dalam kejadian di Taman Melawati. Selain bekas tentera laut itu, Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, seorang lagi mangsa yang maut ialah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41 manakala mangsa yang cedera ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 56.
Sumber: Astro Gempak & Sinar Harian Sumber Foto: Instagram Sharifah Shahirah & Sinar Harian Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...