Jangan rimas sebab itu tandanya anak sangat sayang dan selesa dengan kita. (Foto: Mohd Fhais Salim)

Pantang bergerak, asyik menempel.” Jangan rimas itu buktinya bonding anak, beranak kuat!

Memang kadang-kadang rasa tak selesa bila anak asyik berkepit. Pantang tak nampak muka mak, ayah… pasti anak meraung macam kena rasuk. Alahai anak…

Pantang Bergerak, Asyik Menempel

Kongsi Mohd Fhais Salim, antara bukti bonding kita anak beranak kuat.

– Anak suka menempel dengan kita, tak kira masa tak kira tempat dia nak menempel je.

– Anak suka berkepit. Pantang nampak kita duduk atau baring sikit, mesti dia datang berkepit.

– Suka mengikut je bontot kita. Tak boleh nak bergerak sikit, nak mengikut je kerjanya.

Baca Di Sini : Anak Buat Perangai Sebab Dia Perlukan Perhatian, Mak Ayah Jangan Fikir Buruk Dia

Jangan Rimas

– Bangun je tidur dia mesti cari kita dulu.

– Bila tak ada mesti dia duk sebut-sebut, “Mana ayah?”, “Mana ibu?”

– Pantang nampak muka kita mesti nak diajak keluar atau ajak bermain.

IKLAN

– Mudah sentap. Bila bonding kuat hati jadi sensetif tak boleh tegur sikit sentap.

– Jumpa kawan-kawan tak ada cerita lain dah mesti cerita pasal kehebatan kita.

– Tidur nak berteman, tanpa kita dia tak nak tidur.

– Anak sangat suka dengar kita bercerita. Setiap hari datang bawa buku cerita suruh kita bacakan.

Juga Di Sini : Rimas Bila Anak Suka Merengek Tak Tahu Hujung Pangkal, Ini Yang Mak Ayah Boleh Lakukan!

Itu Buktinya Bonding Anak, Beranak KUAT!

– Bersama kita anak jadi kuat melasak.

IKLAN

– Bila dengan orang lain dia kurang lasak pula. Tanda tak selesa dengan orang tu.

– Bukti paling besar ialah bila anak-anak boleh datang peluk dan cium kita mengejut tanpa sebab.

Ada semua tanda ni, jangan rimas jangan cemas sebab anak sangat sayang dan selesa dengan kita.

#TrueBonding

Mingguan Wanita : Layanilah anak sebaik mungkin, jika diikutkan mak ayah hanya ada masa 12 tahun saja bersama anak-anak. Selebihnya apabila mereka sudah besar, mereka selesa dengan dunia sendiri. Jadi hargai masa yang ada sebaik mungkin.

IKLAN

Sumber : Mingguan Wanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita