anak suka merengek

Rimas. Memang rimas bila anak suka merengek tak tahu hujung pangkal dan dimana puncanya.Bila ditanya kenapa, makin kuatlah merengeknya. Bertabah lah wahai hati mak ayah. Kumpulkan kesabaran tahap maksimum bila hadapi situasi begini.

Sebenarnya bila anak suka merengek ni memang ada puncanya yang kita mak ayah kena belajar ambil tahu dan peduli.Kebanyakkannya adalah berpunca daripada anak inginkan PERHATIAN.

Namun demikian, mak ayah tak perlu susah hati. Ilmu nak ‘handle’ anak suka merengek ni memang kena belajar. Jom baca perkongsian daripada saudara Hazhari Ismail yang merupakan seorang Pensyarah dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perkembangan Awal Kanak-kanak (Early Childhood Studies) ini.

Berikut antara perkongsian beliau;

*Merengek = Whine/Whining

Ya ampun. Benda yang paling kita boleh kategorikan sebagai annoying buat ibu bapa dan pengasuh/guru apabila kanak-kanak yang suka sangat merengek. Lagi-lagi kalau merengek yang tak tahu hujung pangkal dan tidak tahu bila lah nak stop.

Situasi bertambah buruk jika ia berlaku selepas ibu bapa pulang bekerja dan dalam keadaan penat terpaksa berhadapan dengan anak yang merengek tidak tentu hala. Lagi mencabar kesabaran jika ia berlaku di kawasan awam. Sebabnya, kita tidak mahu bertukar jadi singa sambil diperhati keliling. Apatah lagi nak melontar suara yang berpitch tinggi di tempat public. Apa lagi yang tidak kena dengan budak ini?

IKLAN

Kemahiran Verbal
Kanak-kanak lazimnya akan merengek setiap masa. Cuma adakah ia sekejap atau lama. Bagi mereka yang berumur bawah 2 tahun, merengek ini adalah NORMAL. Tiada masalah. Kita boleh anggarkan kemahiran verbal baru nak develop. Verbal tau. Bukan non-verbal ya. Non-verbal dah lama praktis seperti menangis, angkat tangan, senyum, hentak kaki dan sebagainya. Tetapi, kemahiran untuk bercakap itu masih belum lancar. Boleh jadi, kerana vocab yang masih kurang. Sebab itu, mereka hanya berkomunikasi melalui whining (merengek) dan kalau teruk boleh capai tahap tantrum (mengamuk).

Ingat lagi tak ketika anak anda masih di peringkat bayi, anda boleh bezakan setiap jenis tangisan mereka. Oh, tangisan ini sebab lapar nak susu. Tangisan yang kuat boleh jadi sebab perut tak selesa. Tangisan cara lain mungkin sebab cedera atau ketakutan. Tak pun, ini menangis saja-saja. Menangis manja. Hebat kan? Sebab itu sahaja medium si kecil untuk bercakap dengan orang dewasa.

Cari Punca
Jadi kita nak buat apa ini? Betul, cari punca dahulu. Sebab kita tidak mahu beri solution yang salah. Boleh jadi, kanak-kanak ini cranky sebab tak cukup tidur, atau mahukan mainan etc. Secara umumnya, mereka merengek sebab mahukan perhatian.

Sebab dari kecil lagi, mereka dah buat banyak trial and error. Contohnya , dengan merengek, mereka akan dapat attention dari ibu bapa. Mereka dah cuba, kalau nak minta dukung, kena merengek dahulu kerana mereka yakin, selepas merengek si ibu atau bapa angkat dukung untuk menenangkan mereka. Dan cara merengek ini Berjaya!

Jika si anak merengek sebab tidak tahu nak kawal emosi atau sengaja merengek, beritahu mereka dengan jelas dan tetapkan rules yang anda tidak akan respon atau melayan mereka selagi mereka tidak bercakap dengan betul (tidak merengek).

IKLAN

Benar, kanak-kanak tidak sedar dan tidak tahu yang mereka sedang merengek. Jadi, beritahu mereka yang mereka sedang merengek dan anda tidak akan bercakap dengan orang yang merengek. Dengan jelas.

Turn Back
Macam saya tulis tadi, merengek akan berterusan sehingga tantrum. Pastikan tantrum mereka tidak menyakiti fizikal mereka dan anda juga. Turn back, buat-buat tidak layan dan menjauhkan diri (sambil memerhati). Sebab mungkin mereka mengamuk depan kita, bila kita jauh mereka berhenti. Bila mereka dah berhenti, kembali kepada mereka dan puji mereka sebab dah berhenti mengamuk, Kasihan air mata dah tiada, tangan dan kaki dan penat bergerak sebab ngamuk etc.

Di sini ibu bapa berperanan untuk mengambil peluang untuk mengajar Bahasa kepada mereka. Cakap sebaris dengan mata mereka perkataan atau bunyi, dalam pada masa yang sama dapat menenangkan mereka yang tidak keruan. Jadi, bila mereka dah banyak vocab, bunyi-bunyi merengek itu akan hilang.

Jadi, bila mereka merengek, again. Jangan bercakap, jangan sentuh, jangan tengok pun.

IKLAN

Konsisten Dengan Peraturan
Bila kita tetapkan rules, benda yang wajib perlu buat adalah konsisten. Kurangkan bertoleransi dengan rules. Jika tidak, rules yang anda tetapkan Berjaya dipatahkan oleh si anak. Ini yang selalu tak menjadi. Ibu bapa ingat mereka dah tetapkan peraturan, tapi terlupa untuk konsisten. Bila sebut rules, jangan pula cakap keras, tengking-tengking ya. Cakap dengan penuh kasih sayang.

Dan jika, si kecil berjaya mengikut rules yang ditetapkan yang menunjukkan mereka faham merengek bukan cara terbaik untuk meminta sesuatu, maka ibu boleh reinforce mereka seperti memberi rewards. Contohnya, puji, peluk, cium etc.

Di rumah, si kecil akan melihat orang dewasa sebagai contoh yang terbaik. Boleh jadi, ibu bapa kerap merungut (bukanlah merengek macam budak kecil). Si ibu merungut kepada si ayah. Ayah merungut sambal buat kerja. Dan mereka melihat itu adalah okay.

Rupa-rupanya, mereka start merengek sebab melihat kita selalu merungut di rumah.

Maka, hati-hatilah berkata-kata depan anak ya. Moga dimudahkan.

Sumber: Hazhari Ismail

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI