Pantai Timur lumpuh, air cecah paras bumbung. 5 korban jiwa dilaporkan.
Hujan lebat yang melanda sehari dua ini telah mengakibatkan Terengganu dan Kelantan dilanda banjir besar. Situasi kali ini agak luar biasa kerana banyak daerah lumpuh terutama di Besut yang dikategorikan sebagai kritikal kerana paras air terlalu dalam. Rumah-rumah ditenggelami hingga paras bumbung bahkan ruang hospital juga dimasuki air.
Kawasan Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu, Marang dan lain lagi juga teruk dilanda banjir hingga lebih 20,000 penduduk dipindahkan.
Tidak hanya Terengganu, Kelantan juga diuji dengan banjir besar kali ini. Dilaporkan sebanyak 35 jalan yang terjejas akibat banjir di Kelantan ditutup termasuk kepada kenderaan berat.
Ads
Ads
Portal eBanjir Kelantan melaporkan jalan yang ditutup itu membabitkan lima daerah iaitu Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Pasir Mas merekodkan 11 jalan yang ditutup, diikuti 10 di Machang, tujuh jalan di Pasir Puteh, empat di Tanah Merah dan tiga di Tumpat. Banjir besar yang terjadi juga telah meragut lima nyawa termasuk dua kanak-kanak kecil dan tiga beradik yang terpegang tiang elektrik semalam.
Banjir besar yang menimpa Pantai Timur ini menyamai banjir besar yang terjadi di Selangor tahun lalu yang mana rakyat bergelut minta diselamatkan selain bekalan makanan yang sangat-sangat diperlukan kala ini. Marilah berdoa agar saudara Islam kita di negeri terjejas dilindungi Allah dan banjir ini segera surut.
Suami selingkuh dengan ibu mentua, curahan hati isteri viral di media sosial. Sakit hati pada lelaki mungkin boleh terubat dengan masa. Tapi sakit hati pada ibu sendiri, sesuatu yang sukar diungkapkan.
Di Kota Serang, Banten Indonesia, viral luahan hati seorang anak, Norma Risma yang kecewa kerana dikhianati dua orang disayanginya iaitu suami dan ibu kandung sendiri. Dan lebih mengecewakan hubungan itu melibatkan hubungan intim keduanya.
Dia mencurahkan isi hati melalui akaun tik toknya yang mana mengatakan dia kecewa kerana suami dan ibu kandungnya telah berzina sekaligus mengkhianati dirinya dalam diam.
“Sampe sekarang aku masih ga nyangka kalo hubungan kamu sama perempuan yang udh ngelahirin aku itu masih berlanjut,” tulis NR di akun TikTok pribadinya.
Selepas kisah ini viral di media sosial, kes ini telah dibawa ke Pengadilan Agama Serang dan dari sini telah membongkar lebih banyak fakta mengenai hubungan intim suami dan ibu kandunganya sendiri seperti dilaporkan oleh Tribunnews.com.
Norma dan suami menikah pada 4 April 2021. Sebelum itu,dia sudah mendengar desas desus tentang hubungan bakal suami dan ibunya sendiri hingga hubungan ke ranjang tapi dia yakin keduanya telah berubah walau curiga itu tetap ada.
Ternyata dia silap kerana pernikahan dia dan suami hanya untuk lebih memudahkan suami dan ibunya bertemu lebih kerap. Dan selepas setahun menikah, cakap-cakap orang sekeliling bahawa suami dan ibunya ada hubungan semakin diperkatakan orang.
Norma juga akui rumahtangganya tidak harmonis kerana suaminya lebih banyak mengelak tetapi masa yang sama dilihat berbual mesra dengan seseorang di telefon. Dan mereka sering bergaduh setiap kali hal hubungan ibu kandung dan wanita lain disentuh.
Lebih membuat hatinya kecewa, orang kampung telah menangkap ibu dan suaminya yang sedang sedap berselingkuh di rumah mereka sendiri pada 16 November lalu.
Pada awalnya, orang kampung kedatangan ibunya hanya sekadar ziarah seorang ibu ke rumah anak menantu tapi ternyata pasangan ini berselingkuh ketika Norma keluar pergi bekerja di mana tinggal R dan ibunya saja di rumah itu.
Dan ketika diserbu keduanya dalam keadaan berbogel. R lari ke bilik air sementara ibu mentuanya longlai di atas katil kerana rahsia mereka sudah terbongkar. Selepas ditangkap, keduanya dihadapkan ke rumah ketua kampung dan suami mengakui sudah lama menjalin hubungan intim dengan mentua sendiri.
Selepas isu ini kecoh, Norma keluar dari rumah sewaannya itu dan menumpang rumah kawan. Suaminya datang ke rumah mereka membawa satu beg di mana dia seolah-olah memberi gambaran mahu bercerai. Dan mereka kembali bergaduh hingga Norma dipukul sebelum kes ini dilanjutkan ke polis dan mahkamah untuk perceraian. Bahkan dirinya akui trauma akibat dipukul.
Kisah cinta mereka juga bukan baru sebaliknya sebelum berkahwin, mereka mulai kenal dari SMA lagi dan menjalin hubungan cinta selama 5 tahun.
Tulis isteri yang malang ini, “lima tahun bukan waktu singkat. Kita bercinta dan kemudian berpisah sebelum menjalin hubungan kembali. Walau pernah dikhianati tapi aku memaafkannya kerana yakin kau akan berubah.
“Bahkan saat mendengar ijab dan kabulmu aku yakin kau akan berubah tapi ternyata aku salah. Salah kerana mempercayai kau dan ibu kandungku. Kerana dikhianti dua orang ini sakitnya terlalu pedih di hati,” tulisnya sambil berkongsi curahan-curahan kata berbaur sensual antara ibu kandung dan suami sendiri.
Ya, ia terlalu pedih untuk dirinya menerima penghianatan terbesar ini. Dan pasangan ini telah sah bercerai 12 Disember lalu.
26 kg bom ditanam, landasan keretapi Hatyai- Padang Besar meletup kali kedua lokasi sama. Baru beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita pengeboman landasan keretapi Haytai-Padang Besar.
Sedang dibaiki, tetapi nampaknya sekali lagi landasan yang sama dibom hingga mengakibatkan tiga kematian.
Tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut dan empat lagi cedera dalam satu letupan bom, hari ini, berhampiran tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lalu, di Sadao, Songkhla.
Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat, Mejar Jeneral Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja terbabit meninggal dunia di lokasi insiden, manakala empat mangsa cedera pula dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika tujuh pekerja SRT berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja membaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom sebelum itu.
Beliau berkata, letupan kali ini berlaku kira-kira 400 meter (m) dari tempat kejadian pertama.
“Letupan kuat itu menyebabkan tiga pekerja meninggal dunia di tempat kejadian. Kerja-kerja mengeluarkan mayat terus diusahakan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Sabtu lalu, sebuah kereta api barang mengangkut getah yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar, tergelincir apabila landasan kereta api berkenaan dibom.
Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari waktu tempatan itu, sebanyak 11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan.
Hasil siasatan mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram ditanam di landasan berkenaan.
SRT memaklumkan, tiada kecederaan dilapor membabitkan pekerja kereta api terdiri daripada dua pemandu, seorang juruteknik dan petugas lain dalam insiden itu yang bagaimanapun mengakibatkan landasan mengalami kerosakan teruk. – BERNAMA
Syukur Nad Zainal “tidak lagi ditidurkan. Dah sedar boleh berbual” namun perlu berehat panjang. Alhamdulillah pelakon Nad Zainal yang sebelum ini dilaporkan berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, dipercayai akibat jangkitan kuman di paru-paru kini sudah semakin pulih.
Nad yang dimasukkan ke ICU sejak 22 November lalu, kini sudah stabil dan mampu menjalani rutin harian seperti biasa.
Perkhabaran gembira tersebut disampaikan oleh pengarah dan penerbit drama, Shahrulezad Mohameddin menerusi akaun Instagramnya. Nad juga sudah stabil dan mampu menajalani rutin harian seperti biasa. Namun tahap kesihatannya masih lagi dalam pemantauan.
“Untuk pengetahuan keadaan Nanad sekarang tersangatlah baiknya. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi di intubated (ditidurkan). Nanad dah sedar, dah boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Nanad juga boleh berjalan pergi ke tandas sendiri walaupun kami berpesan jangan, sebab paru-parunya masih belum begitu kuat.
“Nanad juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka masa pendarahan tempoh hari. Alhamdullilah syukur sangat.
“Saya lama tak tak kongsi perkembangannya kepada umum kerana kesiankan keluarga Nanad. Selain dari mengutamakan kesihatannya, keadaan mental keluarga Nanad juga keutamaan kami.
“Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad pasti akan wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad.
“Nanad anak tunggal, jadi bila berita yang bukan-bukan bersepah sana sini bayangkan macam manalah perasaan keluarga dia berdepan dengan fitnah itu seorang diri,” kongsinya.
Shahrulezad juga menyatakan keadaan baik Nad sekarang disebabkan berkat doa daripada kita semua.