Panjaram Pandan Tak Kurang Sedapnya, Ikut Resipi Mudah Ini Gerenti Jadi!

Panjaram, cucur Jawa atau kuih topi; Kuih sama tapi berbeza panggilan mengikut tempat. Sememangnya kuih ini digemari ramai, tak kira usia kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kuih ini dikira elok kejadiannya jika rangup di tepi, bertopi di tengah dan bersarang serta kenyal isinya.

Panjaram Pandan Untuk Kelainan

Mungkin anda sudah biasa makan Panjaram Gula Melaka. Tapi ini untuk sedikit kelainan, apa kata cuba resipi membuat Panjaram atau Cucur Jawa Pandan pula.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanny https://www.facebook.com/hanny.niera.9. Dia mula belajar membuat kuih ini selepas tinggal di Sabah. Kuih ini merupakan kuih orang Bajau di sana.

PENTING!

Untuk resipi ini, sila gunakan cup/cawan yang sama, untuk sukatan tepung dan cecair.

PANJARAM PANDAN

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

¼ sudu garam

½ serbuk vanila atau 1 sudu teh esen vanila

IKLAN

Minyak untuk menggoreng

Bahan B (Air Pandan):

180 gram – 200 gram  gula pasir

2 ½ cawan air pandan/air biasa

1 sudu teh garam

1 sudu besar pes pandan

IKLAN

**Satukan kesemua bahan dan didihkan.  Biarkan suamkan.

Cara Memasak:

Panjaram Pandan Tak Kurang Sedapnya, Ikut Resipi Mudah Ini Gerenti Jadi!

Masukkan tepung gandum, diikuti tepung beras. Gaul seketika. Masukkan sedikit garam dan serbuk vanila/esen vanila. Gaul.

Panjaram Pandan Tak Kurang Sedapnya, Ikut Resipi Mudah Ini Gerenti Jadi!Tuangkan air pandan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati hingga membentuk adunan.

IKLAN

Panjaram Pandan Tak Kurang Sedapnya, Ikut Resipi Mudah Ini Gerenti Jadi!Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur halus. Tak perlu blend. Biarkan dan perap selama lapan jam di dalam peti sejuk.

Panjaram Pandan Tak Kurang Sedapnya, Ikut Resipi Mudah Ini Gerenti Jadi!

Untuk menggoreng, gunakan kuali kecil. Tuang minyak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas, menggunakan api yang perlahan. Selepas lima minit barulah tuang adunan panjaram ke dalam kuali menggunakan scoop (rujuk gambar). Tuang dan tarik tinggi scoop itu hingga abis adunan jatuh ke dalam kuali. Biarkan dan jangan kacau.

Panjaram Pandan Tak Kurang Sedapnya, Ikut Resipi Mudah Ini Gerenti Jadi!

Bila nampak sarang terbentuk dan bertopi, boleh terbalikkan. Kacau-kacau sekejap dengan menggunakan chopstick kayu. Untuk angkat, cucuk di tengahnya, angkat dan tos minyak. Ulangi langkah hingga selesai.

Tip Tambahan:

Apabila dah perap. makin lama makin kental adunan tersebut. Boleh tambah lebihan bancuhan air gula pandan atau air suam sahaja sampai adunan cair pekat, bukan pekat sangat dan bukan cair sangat. Sebaliknya jika cair, boleh tambah sesudu ukuran sama banyak iaitu tepung beras : tepung gandum.

Jangan tuang air gula pandan panas dalam adunan tepung nanti tepung masak. Paling bagus suam-suam kuku baru tambah dalam tepung.

Minyak kena betul-betul panas baru dapat  keriting ranggup piring panjaram.

https://www.mingguanwanita.my/apam-milo-viral-4-bahan-kukus-20-minit-siap-pertama-kali-buat-terus-menjadi-ini-caranya-1/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI