Pakaian rasmi Olimpik dikecam teruk, Hannah Yeoh perjelas ia bukan untuk perbarisan perasmian. Baju rasmi OlimpikĀ Malaysia menerima kritikan teruk dari warganet.Tidak hanya dikatakan rekaan agak teruk malah cara ia diperkenalkan turut menerima kritikan.
Ini kerana negara lain yang bertanding di Sukan Olimpik 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini dilihat memperuntukkan sejumlah besar wang bagi memperkenalkan negara mereka tapi Malaysia dilihat āterkebelakangā dengan hanya menggunakan patung sebagai memperkenalkan baju rasmi Olimpik 2024.
Pakaian Rasmi Olimpik Dikecam Teruk
Pakaian rasmi Olimpik 2024 yang menerima kecaman dari warga Malaysia yang disifatkan seperti rekaan kanak-kanak sekolah.
Hannah Yeoh Perjelas Ia Bukan Untuk Perbarisan Perasmian
Di sebalik isu yang terus menerima kecaman ramai, semalam Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi penjelasan bahwa pakaian kontinjen Ā Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Hannah Yeoh berkata, terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung pendekatan kepimpinannya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin, memandangkan semua menteri mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi kementerian.
Ads
“Masa zaman beliau (Khairy) itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh. Baca komen (ada) ingatkan ini baju perbarisan (namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet. Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza.
“Kita perlu hormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan saya serahkan ini kepada Mohamad Norza dan percaya beliau mampu untuk selesaikan (supaya) bila ke Paris kita berjalan (sebagai) satu pasukan (dan) orang tak nampak ini MOM, ini KBS (sebab) kita semua bawa nama Malaysia,ā katanya selepas melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) semalam.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima AnugerahĀ Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Cerita jemputan makan langsat percuma sepanjang cuti sekolah dah viral di kalangan netizen. Agak-agaknya dah ada yang siap sedia nak menyinggah ke Kg Bukit, Senaling, Kuala Pilah. Sebab tawaran ini bermula esok.
Ketika wartawan Mingguan Wanita menghubungi Khamaruzaman Yusof maklumnya ada cerita di sebalik posting bertarikh 12 March lepas.
“Inilah power of derma.” Khamaruzaman percayakannya dan idea sedekah sebegini sudah dipraktikkan sejak tahun 2011.
“Waktu itu mana ada fb. Saya jemput mulut. Adalah geng sekolah datang rumah makan buah-buahan. Ikut rezeki, kalau ada durian belanda, itulah yang saya sedekah. Macam sekarang ini yang ada langsat. Insya-Allah lepas ini dokong pula.
Konsep Sedekah
Bersedekah tak menjadikan dirinya miskin. Ada rezeki lain yang Allah beri padanya. Pokok-pokok berbuah lebat, hasilnya di sedekahkan kepada orang ramai.
“Saya tak jual pokok dekat rumah saya. Pokok durian Belanda yang dimasukkan dalam beg polybag saya dijual di sekitar Kuala Terengganu, ada juga di Shah Alam.
“Saya pernah bawa pokok durian belanda dalam 1000 pokok. Kadang saya letak di masjid Al-Huda, Seksyen 19 Shah Alam. Pernah saya bertemu seorang pelanggan, Haji Basar Juraimi yang beli dua beg durian Belanda. Bila masuk dalam kereta saya buka sampul, dia beri lebih dari harga pokok. Saya hubungi semula bimbang ada kesilapan, rupa-rupanya begitulah Allah jalankan kerjanya.
“Dalam al-Quran juga ada sebutkan hal sedekah ini. Ganjarannya berlipat kali ganda. Saya percaya dengan janji Allah ini.
“Macam-macam ujian dah saya lalui. Pada 27 Januari 2007, saya tebang pokok misteri dekat belakang bus stand Kuala Pilah. Tiba-tiba saya tumbang dan alami kecacatan. Kaki kiri pendek 5 inci. Jauh saya berubat sekarang pulih sedikit demi sedikit.
“Orang rumah saya pun terkena. Dah 16 tahun lumpuh. Alhamdulillah, saya setia pada yang satu.
Bukan itu saja, Khamaruzaman juga pernah terpaksa menjual segala harta yang ada demi merawat sakitnya. Ketika jatuh terduduk, Allah hantarkan pertolongan untuknya. Dari situlah dia nampak dengan jelas ganjaran melalui sedekah yang diamalkan sebaik melalui ujian yang amat perit.
Dari Pilah Ke Chiang Rai
Dalam usia 56 tahun Khamaruzaman memasang impian; memandu Dutsun lama dengan enjin yang dibaiki sendiri dari Kuala Pilah ke Chiang Rai, Thailand dan terus ke Laos.
“Ikut perancangan saya bertolak dari Pilah sebelah pagi, Subuh di Ipoh, memandu 17 jam non-stop, singgah di Phuket dan direct ke Chiang Rai.Dari Chiang Rai ke Laos.”
“Ada yang kata dulu bolehlah sebab muda, kudrat sekarang dah berbeza. Tapi saya tahu kekuatan saya. Saya yakin kerana saya tahu sistem kenderaan saya.
“Muda dulu saya pernah memandu dari Illinois ke Arizona. Dan beberapa siri jelajah pernah saya buat. Kali ini saya mahu penuhi impian dalam usia ini. Nanti setiap tempat yang ada perkataan ‘Welcome to…” akan saya abadikan dalam bentuk kenangan bergambar.”
Keturunan Bertukang
Kecacatan tak pernah halang tenaga tua ini hasilkan kerja seni yang gah. Berdekatan kebun langsat seluas 2.4 hektar itu ada kerja-kerja seni ukiran yang tinggi nilainya.
“Meja kraf ini saya jual. Saya memang dari keturunan pandai bertukang. Ada juga yang bertanyakan meja-meja kayu yang saya buat ini. Yang itu, boleh dirunding sampai jadi.”
Dan percayalah, dengan konsep bersedekah yang Khamaruzaman praktikkan Allah telah memudahkan rezeki lelaki ini mencapai impiannya. Mari kita sama-sama doakan kejayaan beliau.
Semoga kisah beliau menjadi cerita inspirasi rakyat Malaysia. Tika ini, ada di kalangan anak-anaknya mengikut jejak beliau bermurah hati dalam soal bersedekah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan 4 ditangkap berkhalwat dalam hotel bajet, beri alasan sambut tahun baharu. Dalam surah Al-Isra ayat 17:32, kita dilarang menjauhi zina kerana ia perbuatan keji dan membawa kerosakan.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Pelajar Tingkatan 4 Ditangkap Berkhalwat Dalam Hotel Bajet
Bangga kepada perbuatan maksiat akhirnya menjerumus seorang pelajar tingkatan 4 ditangkap khalwat di malam tahun baharu. Di saat sebahahagian rakan sebaya masih takut-takut keluar rumah tetapi pelajar ini ditangkap di sebuah hotel bajet di Kelantan.
Memetik laporan Harian Metro, pelajar tingkatan empat ditahan selepas disyaki berkhalwat bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dalam sebuah hotel bajet di sini, pagi tadi.
Pelajar berkenaan ditahan pada jam 4 pagi menerusi Operasi Ambang 2023 oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, remaja berkenaan memberi alasan keluar untuk menyambut tahun baru 2023.
“Ketika operasi, remaja terbabit disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan yang mencurigakan.
“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan dengan hukum syarak.
“Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, pada operasi sama bermula 4 petang dan berakhir 4.30 pagi itu, seramai 11 wanita diberi notis kehadiran khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan, manakala satu kes diberi amaran keras.
Menurutnya, fokus utama operasi adalah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.
“Kita menasihatkan kepada semua supaya tidak melakukan kesalahan syariah termasuk kemungkaran dan sentiasa menjaga diri.
“Selain itu, pihak kita juga mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam termasuk di pasar raya dan tempat tumpuan ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.
Untuk perkongsian bersama, zina tidak hanya merujuk kepada syahwat semata tetapi zina mata, hati, lidah dan lain-lain anggota juga terjadi.
Maksudnya:Ā āSesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.ā Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Cuti sekolah pun dah nak bermulakan, bolehlah plan percutian keluarga. Travel ke Jogjakarta, Indonesia 3 hari 2 malam cuma bermodalkan RM200. Wanita ini, Shuya Abdullah tunjukkan caranya.
āIni iternari saya kat Jogja 3 hari 2 malam bermodalkan RM200 sahaja. Sebenarnya RM150, letak lebih sebab takut ada sisa-sisa yang saya makan saya lupa nak update.ā Kata Shuya dalam perkongsiannya di facebook miliknya.
Shuya banyak travel ke mana-mana secara backpakers saja. Lebih mudah untuknya bergerak ke sana ke mari tanpa terikat. Wanita muda ini juga berkongsi tip dan panduan melancong ke beberapa lokasi menarik. Antaranya ke Sabah dengan kos budget.
āBy the way gais, kos modal ini tak termasuk Ticket Flight dan Shopping cenderahati tau.ā
Untuk trip ke Jogja ini, Shuya tak pergi ke Pantai Timang dan Borobudur disebabkan kesuntukan waktu. Memang mencabar trip Shuya ini. Sebaik saja pulang dari tempat kerja, mereka terus bergegas ke lapangan terbang. āJadi sedikit penat.ā
Trip Ke Jogjakarta Dari Kuala Lumpur
Dari Kuala Lumpur
So basically, This is the flight that available on that date. So, Chuya ambil last flight sebab still kerja hari itu. After kerja terus siap-siap. And return pun ambil last flight. Amik AL sampai 9hb. So 8hb sempat balik Kuantan.
So journey Begin!! Nasib baik tak ade halangan. Kalau tak menangis mak kat autogate
Hari Pertama : Setiba Di Jogjakarta
Sampai-sampai je ke Yogyakarta. Kitaorang buntu juga nak ambil transport sebab phone apa semua takleh nak on Internet. So, terpaksa lah ambil transport yang ada kat area Airport. Quite mahal actually. Transportation Rp100k/3. So, seorang Rp33k
Nasihat saya, sebelum korang pergi Indonesia, pastikan korang download siap-siap apps Go-Jek. Available untuk Seluruh Indonesia. Dia macam Grab n Uber. Tapi dia ada makanan sekali. Serious apps tu memang membantu.
Cantik kan!! Tapi sebab hujan so takleh nak naik.
Sampai Di Bilik Hotel
Yeay! Dah sampai bilik. Cantik tak? Serious selesa. and sangat affordable. Kitorang tak pilih hotel sebab nak save budget untuk shopping. Lalalallaalala.
Kitaorang book Trava House di Mergangsan, Yogyakarta, Indonesia. Kos 2 malam Rp380k untuk 2 pax. So, seorang Rp190k untuk 2 malam. Kalau convert duit Malaysia dalam RM55 (Include breakfast for two days and staff dia pun ramah tau)
Nak ambil transport pun senang. Jalan kaki sikit sampai Jalan besar.
Dining Hall Pun Best
Ni dining hall dia, Gais. Ianya sangat selesa. And baru lepas hujan pula. Dia punya embun . Ya ampun best. serious best. Di Trava House ini tempatnya selesa dan konsepnya sangat cantik. Bersih! Sis kasi 4 Bintang.
Sebab kan dah malam. So makan mi segera dulu. Besok nya baru cari makan dan jalan-jalan.
Dah Ready, Lets Mark Jogjakarta!
Ni lah travel partner sis! Okay. Kitaorang dah start guna apps Go-Jek and our first destination adalah Jurang Tembelan. Mula-mula kitaorang decide nak jump-jump je transport. Tapi nak memudahkan, kitaorang tanya abang transport tu boleh tak assist kitaorang. Dan dia kata boleh. Dia cas Rp225k untuk 2 hari gais! sangat murah. Seorang dalam Rp75k sahaja.
Hari Kedua : Check Point Pertama Travel Jogjakarta
Haaaa!! First checkpoint adalah Jurang Tembelan . Selalu tengok dalam fb je. Sekarang ni sis rasa sendiri kesyiokkannya. Tapi waktu ni. panas lit lit. Sis sabar je.
Parking : Rp8k
Entry Fees : Free
Wisata Seribu Baru
So, checkout Jurang Tembelan . Kitaorang pergi kat Rumah Hobbit which is nama dia Wisata Seribu Baru. Sis rasa ni lah tempat-tempat dongeng tau. Hobbit ada, macam-macam ada. Rasa macam duduk di alam fantasi.
Inilah rumah Hobbit. Tapi muat pula masuk. Ke memang diri ini pun spesies Hobbit?
Next Check Point, Hutan Pinus
Okay, Next check point adalah Hutan Pinus di Dingo, Jawa tengah, Indonesia. Nice and Nice. Udara pun nyaman saja.
Hutan pinus parking : Rp5k Entry Fees : Rp2.5k
Check Point Akhir Hari Kedua, Puncak Bencici
Last check point adalah Puncak bencici. Ini paling puncak!
Fees and Parking = Rp12k / 3 = Rp4k seorang
Kasi can sis acah-acah sikit. Mohon sediakan baldi ?
Makanan Untuk Hari Kedua
Selesai saja sesi fotografi kat Puncak Becici, kitaorang balik ke Malioboro semula. Dan mula cari makan. Sampai di Malioboro dalam jam 3 petang. Makanan ini nama dia Gudeg Yudjum. Kalau datang Jogja kena cuba tau. Dia manis. Ayam dia kuah masak dengan buah Nangka. So manis sikit la. Tapi nice.
Gudeg Yudjum sekali dengan air total Rp32k. Lepas makan kitaorang balik bilik rehat-rehat. Malam pula plan nak pergi jalan-jalan kat Malioboro.
Jangan Tak Cuba Gilato Aiskrim
Tengah lepak-lepak dekat atas sambil tengok movie. Datang pula si Dessy which is one of the guest dekat Trava House juga. Plan Dessy untuk makan Galito Aiskrim dulu baru jalan kat Malioboro.
Galito aiskrim dia best woo. Macam orang gila pilih. Rp25k je. Kalau kat KL tak dapat la harga macam ni.
Ni lah Dessy. Stay kat Jakarta. So, adakah next trip ke Jakarta? In shaa Allah
Malam Kedua, Shopping Cum Jalan-jalan Cari Makan
Dah puas shopping macam orang gila kat Malioboro. Baru fikir lapar. So kitorang singgah makan di Super Sambal yang terletak di Mergangsan, Yogyakarta, Indonesia. Sis amik Ikan bakar and sambal + air mangga. Total 20k
Hari Ketiga : Wajib Makan Bakpia
Ride kuda pergi beli Bakpia! Bakpia ni adalah sejenis kuih yang khas ada kat Yogyakarta sahaja. Kalau korang pergi. Wajib beli tau! Harganya 30k/3 bermakna 10k seorang ā in Pakualaman, Yogyakarta, Indonesia.
Jangan Lupa Cuba Bakso Di Malioboro
Kat pekan malioboro ada kedai Bakso! So apa guna mai indonesia kalau tak test Bakso dia kan?
Bakso dia ada yang biasa ada yang set. Biasa punya dalam Rp5k. Kalau special dalam Rp7.5k. Kitaorang ambil set je senang sekali dengan air. Total makan 1 set Rp22k
Selesai Sudah Trip Shuya, Ini Detail Perbelanjaan 3 Hari 2 Malam Di Jogja
Sumber/Foto : Facebook Shuya Abdullah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...