Rupanya mak-mak, tak perlu pun berbelanja ribu riban semata-mata nak sarung pakaian yang cantik. Datin Paduka Ainur Syakina Azman yang lebih mesra panggilan Eina Azman ini dah buktikan nak nampak cantik tak semestinya, sarung pakaian mahal.
Bila mana Eina Azman berkongsi baju kurung cotton yang disarungnya pada hari Jumaat. Ramai yang memuji kecantikan beliau, tak kurang juga yang bertanya butik yang menjual kurung cotton yang dipakainya.
Kurung Cotton RM50, Beli Di Mydin
Tanpa berselindung, Eina maklumkan kesemua kurung cottonnya dibeli di Mydin. Dekat booth-booth jualan yang ada dengan harga RM50.
Disebabkan kurung cotton yang digayakan itu cantik ‘terletak’ ada juga follower yang bertanyakan ketinggian Eina Azman. Balas Eina, “173cm”.
Ads
Sungguhlah lawa, sebab itu ketinggian model. Walaupun, Eina suka bercantik-cantik, tak semestinya ibu kepada sepasang kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey ini tak pandai di dapur.
Ads
Bukan Saja Cantik, Memasak Pun ‘Terer’
Eina sebenarnya ada follower yang memang seronok ikuti video resepi yang dikongsikan di instagramnya itu. Bukan saja cantik, malah pandai memasak datin yang seorang ni.
Macam-macam menu masakan yang menyelerakan Eina kongsikan. Ada juga follower bukan sekadar mengikuti malah mencuba resepi yang beliau kongsikan.
Ads
Agak-agak mak-mak tak ada idea nak masak lauk sahur atau berbuka nanti, boleh cuba singgah dan mencuba resepi air tangan Datin Paduka Eina Azman ini.
MW : Haa.. bila nampak ayunya Eina Azman berbaju kurung cotton, ramailah nanti yang mengenakan konsep cotton di hari lebaran. Dan kalau mak-mak nak yang harga murah tapi cantik, kenalah cari di lokasi yang datin kongsikan tu.
Sememangnya berat hati untuk seorang ayah melepaskan anak kesayangannya pergi jauh. Apatah lagi ke luar negara. Namun itulah yang perlu dikorbankan untuk memberikan pelajaran yang terbaik buat si anak.
Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz menerusi entri di akaun Instagram meluahkan rasa berat hatinya untuk melepaskan anak sulungnya melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Perkongsian yang dimuat naik itu juga menunjukkan Aaron sedang memeluk Danish di sebuah lapangan terbang.
Lindungilah Dia ,Ya Allah
“TabarakALLAH YA ALLAH KAU lah sebaik Baik nya penjaga utk anak ku @danishanaqiaaron I leave him in YOUR HANDS OH ALLAH. Protect him and all students from harm seen or unseen. Berat hati ini melihat anak sulong ku ke luar negara utk 3 tahun di Japan.” luah Aaron
Danish Lanjutkan Pelajaran Kursus Pra-IB dan Diploma
Aaron dan isterinya Diyana Halik, begitu sayu ketika menghantar anak mereka Danish Anaqi, 16 berangkat ke Jepun untuk menyambung belajar.
Danish akan berada di sana selama tiga tahun untuk kursus Pra-IB dan diploma.
Beberapa hari sebelum itu, Aaron mengucapkan Selamat Hari Lahir buat anaknya;
Untuk rekod Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Dwi Ariana, 14, dan Dahlia Arissa, 10.
MW juga ucapkan semoga Danish sukses sebagai seorang pelajar di sana.
Penyanyi dan pelakon cantik, Fiza Halim akhirnya mendedahkan status dirinya kini kembali berstatus solo sejak 22 Julai tahun lalu.
Fiza yang juga bekas anggota kumpulan Elite tiga kali pernah berkahwin termasuk perkahwinan dengan juruterbang berstatus duda dua anak bernama Aizat Al Jefri sejak Disember tahun 2016 juga kecundang di tengah jalan.
Menerusi perkahwinan ketiga itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata Baby Aleena kini berusia hampir tiga tahun.
Fiza Diceraikan Menerusi Aplikasi WhatsApp
Wanita yang juga kini bergelar ibu tunggal akui bukannya mudah untuk tampil bersuara tentang status dirinya, Fiza diceraikan menerusi aplikasi WhatsApp.
“Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar. Ia bukan mudah. Tapi baru saat ini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami bercerai talak satu. Saya diceraikannya menerusi aplikasi WhatsApp.
“Punca atau sebab kenapa kami berpisah itu, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu membuka aib sesiapa.
“Saya sedar dengan status pernah berkahwin tiga kali, pasti ada yang akan memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa, yang tak lepas diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Sukar Lelapkan Mata
Akur dengan suratan hidup Fiza mengakui sejak tiga minggu lalu sukar melelapkan mata untuk tidur.
“Mata mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini. Termasuk nasib saya. Saya ‘lost’ dan terkapar kapar memikirkan pengakhiran hidup nanti bagaimana.
“Namun saya bersyukur ada yang datang membuka jalan untuk menggalakkan diri menyertai cabang kerja baru. Mungkin saya akan mempertimbangkan kerja itu
“Cuma saya belum terfikir nak berlakon atau bernyanyi semula setakat ini. Selama ini pun, saya juga membuat ulasan produk dan perkhidmatan di Instagram. Saya juga terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini,” ungkap Fiza.
Nafi Kononnya Berkahwin Dengan Saiful Apek
Menjawab gosip sebelum ini kononnya dia sudah berkahwin dengan pelawak Saiful Apek. Fiza menyatakan tiada istilah jadi isteri kedua.
“Tak ada istilah saya sudah jadi isteri kedua dia. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’. Gambar berdua kami yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri. Kami masing masing gelak kerana tahu perkara sebenar.
“Mungkin silap saya kerana ketika itu status kisah rumah tangga ketiga saya masih samar samar. Jadi ia mengundang kebencian ramai,” akhirnya.
Sumber Foto: Instagram Fiza Halim
Sumber: Berita Harian Online
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Balu abam bocey menang saman fitnah RM60K, Hidayah pesan pihak sana jangan lengah bayar. Lapan hari lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen, 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh turut memerintahkan perayu atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, membayar kos RM5,000.
Dengan ini, pelawak Ali Puteh kekal diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali kerana memfitnah wanita itu dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.
Lapan hari telah berlalu dan semalam menerusi perkongsian di instagramnya, hidayah_hamzah balu kepada abam Bocey, Norhidayah rasa syukur di atas kemenangan itu dan turut menulis agar pihak sana tidak melengah-lengahkan bayaran mengikut perintah mahkamah iaitu RM60,000 yang dimenanginya.
Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan saman fitnah Mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.
Semoga pihak di sana tidak melengah- lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkamah yang telah ditetapkan, semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yg lebih baik dan sempurna selepas ini.
Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah Dan Hamzah.
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.