Ovari Membesar 3 Kali Ganda, Wanita Meninggal Mengejut Ketika Jalani Prosedur IVF. Setiap rawatan kesihatan yang dijalani pasti mempunyai komplikasi tersendiri, sama ada risikonya besar atau kecil.
Seorang ibu muda dari India menemui ajal semasa menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) apabila mengalami kesan sampingan yang sangat jarang berlaku, lapor portal berita MailOnline semalam.
Meninggal Mengejut
Mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia secara mengejut ketika doktor sedang mengumpul telur matang dari dalam ovarinya.
Wanita yang berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun yang dilahirkan secara semula jadi itu kelihatan sihat ketika pergi ke hospital untuk menjalani prosedur tersebut.
Bagaimanapun, jantungnya berhenti berdegup semasa prosedur berjalan tanpa sebarang amaran.
Sindrom Hiperstimulasi Ovari (OHSS)
Bedah siasat mendedahkan dia meninggal dunia akibat sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS), satu komplikasi yang menjejaskan satu daripada tiga wanita yang menjalani IVF.
Pengarah badan amal kesuburan Progress Educational Trust (PET), Sarah Norcross, memberitahu bahawa risiko kematian akibat OHSS sangat jarang berlaku.
Keadaan itu menyebabkan ovari wanita mengembang secara berbahaya dan dalam kes yang teruk, boleh menyebabkan mangsa berjuang untuk bernafas dengan darah beku dalam paru-paru mereka.
Ovari Membesar 3 Kali Ganda
Hasil bedah siasat menunjukkan ovari mangsa yang biasanya bersaiz 3 sentimeter bertambah sekitar tiga kali lebih besar daripada yang sepatutnya.
Dia juga mempunyai sembilan hingga 10 folikel yang membesar pada dinding setiap ovari dan terdapat cecair di sekeliling perut dan paru-parunya yang merupakan tanda-tanda OHSS.
Pakar membuat kesimpulan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat edema pulmonari akut, keadaan di mana pengumpulan cecair dalam paru-paru yang disebabkan oleh pembekuan darah dan menjadikannya sukar untuk bernafas dan membawa kepada serangan jantung.
Mesti Baca:23 Kali Buat Rawatan (IVF), Rezeki Wanita Lahirkan Bayi Kembar Pada Usia 50 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:Selepas 21 Tahun, Ini Rupa Kembar 7 Beradik Pertama Di Dunia Melalui IVF
Artikel Menarik:Wanita Usia 70 Tahun Timang ANAK PERTAMA Selepas 54 Tahun Berumahtangga
Mingguan Wanita: Kasihannya, siapa sangka meskipun jarang berlaku, komplikasi ketika proses IVF menyebabkan risiko kematian.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI