Buah oren yang masam manis punya peminat tersendiri dan warnanya juga cantik dan menyerlah. Selain dimakan mentah atau dijadikan jus, terdapat pelbagai juadah yang boleh menggunakan buah oren sebagai bahan utama.
Buah ini yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan untuk mencecah penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Zat yang terkandung
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Selalunya ia dimakan begitu saja atau dibuat jus. Tapi sebenarnya macam-macam boleh dimasak mengunakan oren. Jom cuba!
KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk. Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
SUP OREN
Ads
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
Ads
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar.
Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Untuk membuat orange marmalade; Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seranya tadi sehingga selesai.
Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem. Simpan di tempat yang sejuk dan redup. Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehnigga tutup botol jem dibuka.
BAHAN UNTUK SCONE OREN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
Untuk membuat scone; Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi.
Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Enak dimakan bersama Scone oren.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dah nak raya ni selain rendang, ketupat dan lemang sedap juga di makan dengan daging dendeng. Ia bukan resipi masak kicap biasa, tapi memang sedap dimakan panas-panas. Namun ada caranya untuk buat daging dendeng ni, kena tumbuk hirisan daging dan goreng sekejap sebelum dimasukkan dalam bahan tumis.
Nak tahu lebih lanjut, boleh cuba resipi simple daging dendeng yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta ini.
Saya masak “Daging Dendeng” saya nak share resepi dengan semua
DAGING DENDENG
Bahan-Bahan:
1/2 kg Daging – potong nipis
(Bahan A)
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(Semua bahan ni di mayang halus)
(Bahan B)
2 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili blend
1/2 cawan kicap kipas udang
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging.
Cara Membuat:
1.Daging potong nipis kemudian rebus. Dah lembut ambik anak lesung, tumbuk satu-satu hirisan daging.
2.Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar. Jangan terlalu lama nanti daging keras, taruh tepi.
3.Tumis bahan A sampai kekuningan @ garing kemudian angkat.
4.Guna minyak yang sama tadi, kemudian tumis bahan B (serai, bunga lawang & kulit kayu manis dan bunga lawang. Bila dah wangi masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging masak sampai terbit minyak.
5.Masukkan kicap, air asam jawa daging, gula & garam kemudian masukkan Bahan A yang digoreng tadi. Kacau sebati. Siap!
MW: Mudah je nak buat daging dendeng ni. Pastikan daging direbus, ditumbuk dan digoreng sekejap sebelum dimasukkan ke dalam bahan tumis. Boleh cuba untuk disediakan hidangan raya nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Bagi mak-mak yang suka makan terung boleh cuba resipi simple Kerabu Terung Bakar ni. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak pun, tapi sangatlah mudah nak buat nya. Bakar terung pun atas api dapur je dan pastikan santan dimasak sekejap. Bahayanya… punyalah sedap boleh buat makan bertambah-tambah! Rosak diet.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar sebagai rujukan.
KERABU TERUNG BAKAR SUAMI MINTA NAK LAGI
“Resipi ni kan dari sahabat Kekna dari nogori nismilan yang bagi ni tau. Selalu nampak dia buat tak boleh tahan anak tekak bergelora ni. Sekali terai buat perghhh terangkat lidah ni sampai tak boleh nak stop nak makan. Hahaha jaga jaga la untuk orang nak diet tu.”
“Serius cakap memang sedap giler lah buat selera makan bertambah tambah.”
“Meh Kekna nak share resipi. Bahan bahan tak ada lah susah mana pun yang penting masih bawah budget lagi la ye.”
Bahan-Bahan:
Terung
Santan
Bawang merah (dipotong halus)
Cili api yang (dipotong racik halus-halus)
Cili api yang (diblender bersama belacan)
Garam
Cara Membuat:
1. Terung tu pertama kali basuh dahulu dan lepas tu baru lah dibakar. Macam Kekna bakar je atas api dapur tu. Biar sampai nampak kehitaman kat luar tak apa. Apa perlahan ye karang terbakar rentung pula.
2. Lepas dah bakar tu sejuk kan. Buang kulit dia yang dekat luar tu sampai jadi bersih. Yang ni memang kena kesabaran yang tinggi tau. Hahaha.
3. Dah bersihkan baru lah boleh potong potong kecil ikut lah macam mana suka la kan.
4. Campur dengan bawang merah dan cili api dan cili yang blender dalam satu bekas sekali.
5. Santan tu masak sekejap atas dapur lepas tu campur dengan garam sikit dan tambah air masak dalam tu. Curahkan masuk la dalam bekas terung tadi tu semua.
6. Dah siap. Ha senang kann.
Di persilakan #SHARE resipi ni supaya dapat membantu la geng geng mak yang tak ada idea nak masak tu ye.
Dah dapat pahala berganda-ganda kan bantu memudahkan orang lain tau.
Cili jeruk merupakan ‘aksesori’ wajib ada sebagai pelengkap menu terutama char kuey teow. Cili jeruk paling sedap ialah bila dimakan rangup dikunyah. Makan char kuey teow jika tak ada cili jeruk memang tak lengkap.
Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri cili jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah berhari-hari, bolehlah cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham ini. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.
Cili Jeruk Paling Best Makan Bila Rangup Dikunyah
RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau
2 sudu makan gula
Cuka makan
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
Nah Ini Resipi Cara Nak Buat
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
4. Hari ke tiga, baru kita masukkan cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh dimakan.
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...