Bidang pengaracaan mungkin bukan forte utama buat Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim. Menjadikan kata-kata Richard Branson sebagai inspirasi untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam kerjaya seninya, Norman yang merupakan suami kepada Memey Suhaiza turut disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima selebriti yang akan mengacarakan program bual bicara Mingguan Wanita Talkshow musim baharu.

“Sebelum ini saya pernah juga menjadi pengacara dalam beberapa program televisyen, tapi semuanya lebih kepada fitness dan juga menceritakan tentang kerjaya yang rata-ratanya berkenaan dengan dunia lelaki. Memetik kata-kata Richard Branson, Pengarah dan Pengerusi Virginia Group, “If somebody offers you an amazing opportunity but you are not sure you can do it, say yes – then learn how to do it later!”. Jadi tawaran untuk mengacarakan program bual bicara Mingguan Wanita saya terima walaupun bukan forte saya. Saya boleh belajar perkara baru terutamanya dalam bidang pengacaraan yang berbentuk bual bicara.

“Bagi saya selain ini adalah peluang untuk peningkatan perkembangan karier saya dalam industri seni, ia juga beri satu pengalaman baru untuk saya mengacarakan program bual  bicara yang lebih informasi dan memaparkan kisah-kisah yang dekat dengan masyarakat. Kriteria yang ada pada diri saya yang adalah membawa imej lelaki yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Akan ada isu semasa yang akan diketengahkan dan kita cari jalan penyelesaian,” ujar Norman tentang peranannya sebagai salah seorang hos baru dalam MW Talkshow.

Norman Bakal Mengacara, Banyak Membaca Dan Peka Dengan Keadaan Semasa Untuk Mantapkan Lagi Ilmu Mengacara

IKLAN

 

Banyak membaca dan ada pemahaman tentang isu semasa

IKLAN

Ingin memberikan yang terbaik dalam setiap bidang yang diceburi, Norman membuat persiapan untuk melengkapkan diri sebagai seorang pengacara sebaris dengan hos-hos yang lain.

“Memandangkan pengacaraan sesuatu yang agak baru untuk saya, saya memang membuat persiapan bagi melengkapkan diri untuk menjadi pengacara yang baik sepanjang program berlangsung. Saya perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa, perlu banyak membaca supaya lebih bersedia dan ada pemahaman tentang sesuatu isu yang akan dibincangkan. Kali ini saya meningkatkan pemahaman saya daripada pembacaan buku-buku pastinya banyak tentang wanita. InsyaAllah dengan kombinasi secara teori iaitu melalui pembacaan dan juga pengamatan melalui situasi semasa akan membantu saya bersama dengan hos-hos lain untuk memaparkan sesuatu yang lebih baru, lebih segar dan terkini. Yang penting kita nak cari satu penyelesaian yang boleh dijadikan inspirasi untuk para penonton Mingguan Wanita Talkshow,” tambah Norman lagi.

IKLAN

Meskipun kini bergelar seorang pengacara, Norman yang cukup terkenal menerusi Drama Bersiri Gerak Khas masih menerima banyak tawaran lakonan. Menurutnya lagi selain sedang sibuk dengan program MW Talkshow, dia juga masih menjalani penggambaran drama tersebut. Bukan itu sahaja, malah Norman Hakim juga bakal muncul dalam sebuah filem cameo yang bertajuk J Retribusi tidak lama lagi.

Dalam Mingguan Wanita Talkshow, Norman Hakim bakal mengendalikan segmen Cerita Dalam Kain dan akan digandingkan bersama Siti Elizad dan juga Erra Fazira. Program bual bicara Mingguan Wanita Talkshow ini akan bersiaran pada 8 Julai nanti di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121 setiap Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Foto: Instagram Norman Hakim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI