Siapa yang tidak kenal dengan Prof Dr Imelda Balchin,48 Pakar Kesihatan Ibu Hamil & Janin yang cukup aktif memberi kesedaran dan fakta maklumat kesihatan di media sosial kepada lebih 300 ribu followers beliau di Facebook.

Terkini, berita baik buat para wanita dan golongan mak-mak untuk menambah ilmu kesihatan kewanitaan, boleh menyaksikan doktor kesayangan ramai ini di kaca tv bermula 4 Julai nanti secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121) dalam rancangan ‘Tanya Doktor Imelda’.

Sampaikan Pengetahuan Cara Lebih Baik

Bukan mudah sebenarnya untuk ‘memujuk’ doktor berpengalaman ini berkongsi ilmu dan pengetahuan dikaca TV. Lantaran merasakan dirinya tak biasa berdepan dengan kamera dan cukup sibuk dengan tugasan hakiki.Namun demikian, atas rasa tanggungjawab, niat demi menyampaikan pengetahuan buat orang ramai dengan cara yang lebih baik, membuatkan beliau bersetuju mengendalikan rancangan ini.

“Saya tiada perasaan excited sangat ke apa.Sebenarnya memang dah lama orang ajak buat cadangan ni. Saya rasa dah satu setengah tahun mereka ajak saya. Pada permulaan kita sibuk buat kerja, malu-malu sebab tak biasa. Jadi pada permulaan saya kata tak payah lah.”

“Tapi semakin lama kita nampak, ada demand daripada public. Daripada facebook saya banyak tanya soalan berulang-ulang. Selepas tu ada followers baru tanya soalan sama berulang-ulang.Saya kata mesti ada cara yang lebih baik nak menyampaikan pengetahuan kepada orang ramai yang mahukan pengetahuan.”

“Jadi bila Astro datang balik dan tanya lagi sekali.. dan kali ni saya kata.. Boleh lah.. Jadi itulah sebab buat.Kiranya kita dah fikirkan lama perkara ini.” ujar beliau.

IKLAN
Niat Prof Dr Imelda Sampaikan Pengetahuan Dengan Cara Lebih Baik
Prof. Dr Imelda Balchin

Cabaran Yang Dilalui

Menurut Dr Imelda mengendalikan program rancangan Tv banyak cabarannya. Memandangkan beliau bukan seorang artis dan selalunya berkongsi pengalaman dengan pesakit secara berdepan atau melalui penulisan.

“Banyak cabarannya..sebab saya bukan artis. Ia bukan satu kebiasaan bagi saya berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan melalui kamera.Selalunya kita ‘one to one’ dan berbincang dengan pesakit. Kalau tulis tu cara lain. Ia satu skill yang lain, different skill set, perbezaan yang sangat besar.Saya banyak belajar daripada membuat ‘show’ ini,” ujarnya.

Harapan Buat Penonton

Dr Imelda mengharapkan ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan bermakna buat penonton. Mereka banyak belajar dan memperoleh banyak kesedaran mengenai kesihatan.

IKLAN

“I hope it worth it. I hope you learn a lot. I hope we gain a lot of awareness supaya kita sama-sama mencegah penyakit dan menjaga kesihatan kita,” ujar Dr Imelda.

‘Tanya Doktor Imelda’

‘Tanya Doktor Imelda’ ialah sebuah rancangan bual bicara khusus buat golongan wanita terbitan Astro Prima dengan kerjasama strategik bersama pihak Ideaktiv menerusi Mingguan Wanita.

Rancangan ini dihoskan oleh selebriti popular Lisa Surihani, mengetengahkan perkongsian menarik merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu-isu semasa berkaitan kesihatan wanita. Bersiaran selama 1 jam, setiap Khamis jam 9 malam.

IKLAN

Antara topik-topik menarik yang bakal dikupas selama 9 episod bersiaran ialah:

1. Berpantang Selepas Bersalin
2. Keguguran
3. Bersenam semasa hamil dan selepas bersalin
4. Fibroid & Cyst
5. Kanser dalaman wanita
6. Penjagaan dan Kesihatan payudara
7. Kaedah perancang keluarga
8. Keputihan dan masalah haid
9. Persediaan untuk kehamilan dan diabetes semasa hamil.

Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan Tanya Dr. Imelda yang akan mula ditayangkan pada 4 Julai ini, setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Ada keraguan dalam kesihatan? Iya! Jadi mak-mak ni memang paling banyak keraguaan. Benda boleh tanya buat apa nak simpankan? Saksikan Tanyalah Dr Imelda mulai 4 Julai 2019 jam 9 malam hanya di Astro Prima 105 & Prima Hd 121.www.mingguanwanita.my#mingguanwanita #temansetiapwanita #mingguanwanitatalkshow #mingguanwanitatv #astro #astroprima105 #astroprimahd121

Posted by Mingguan Wanita on Saturday, June 22, 2019

Niat Prof Dr Imelda Sampaikan Pengetahuan Dengan Cara Lebih Baik

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI