Rindunya air tangan mak kat kampung. Walaupun masakan simple tapi sedapnya lain macam. Tak perlu masakan hebat-hebat, nasi goreng pun sudah cukup membuatkan kita makan bertambah-tambah.
Bila bercakap nasi goreng, sedap dan aromanya memang tak boleh bawa bincang. Walhal, tak guna perencah pun, main campak-campak dengan lauk yang berbaki semalam, terutamanya ikan kering atau ikan goreng.
Kalau nak rasa nasi goreng alal mak-mak kat kampung, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Mohd Romzie ini.
Kebetulan dalam peti sejuk banyak bahan masakan dah habis. Malas pula nak keluar ke pasar masa musim hujan sekarang ini.
Jadi, abang masak menu simple saja iaitu Nasi Goreng Lagend. Sebenarnya ini resipi mak-mak kita dulu selalu masak kat kampung.
Tak perlu guna perencah masakan, hanya sekadar guna bahan asas saja campak-campak tapi dia punya sedap tak boleh bawa bincang. Siap bertambah-tambah nasi.
Kalau abang dulu suka emak abang goreng nasi ini bagi ‘qheteow’ istilah bahasa orang Kedah. Maksudnya nasi tu di goreng sampai sedikit garing, salut pula dengan telur dan cili.
Nasi Goreng Lagend by Mohd Rozmie
Bahan-bahannya:
6 ulas bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih
1 gengam ikan bilis
10 keping cili kering
3 biji telur
Sedikit ikan kering (pilihan)
Nasi (anggaran 2 pot)
Cara Membuat:
1. Ini adalah bahan asas yang disediakan. Cili kering rebus terlebih dahulu dan toskan.
Kebetulan ada ikan kering, boleh masukkan ikan kering sekali.
Ads
2. 2 pot nasi yang telah dimasak.
3. Bahan asas berikut, bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis ditumbuk kasar.
4. Panaskan minyak, goreng sekejap ikan kering sehingga masak dan ketepikan.
5. Gunakan lebih minyak goreng ikan kering tadi (kurangkan sikit minyak tersebut) tumis bahan tumbuk kasar tadi
Ads
6. Tumis semua bahan ini sehingga sehingga naik bau atau sedikit garing.
7. Pecahkan telur, masukkan telur di sebelah bahan tumisan, kacau prelahan sehingga telur nampak masak.
8. Kemudian masukkan nasi dan gaul dengan penuh kasih sayang hingga sebati.
9. Masukkan ikan kering yang telah digoreng tadi. Ikan inilah yang menambahkan lagi kesedapan nasi goreng ini.
Ads
10. Dah siap dan boleh di hidangkan. Nampak simple tapi sedap. Bertambah anak-anak makan.
Mingguan Wanita : Bila masak simole inilah, makan boleh bertambah-tambah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Hari pertama berpuasa, mesti sudah berkira-kira nak buat kuih apa kan petang nanti. Dalam fikiran macam-macam resipi nak buat tapi bimbang tak cukup masa. Jadi, paling senang boleh buat kuih nona manis. Masa nak buat pun tak adalah makan masa lama sangat.
Apa kata buat sendiri dengan menggunakan resipi nona manis dari Ohhyinn Yiyinn yang cukup ringkas tapi sedap. Msa yang digunakan tak adalah ambil masa yang lama. Paling penting, mak-mak boleh guna satu adunan ini untuk sekali makan. Menarik ni.
Resipi Nona Manis Paling Mudah
1. Bahan A
1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
Garam secukup rasa
Pewarna hijau
Kesemua bahan ini dimasak dengna api sederhana dan pastikan masak adunan ini sehingga berkilat.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Jika ada jamuan atau pot luck untuk makan-makan, boleh pertimbangkan untuk buat Puding Milo Oreo yang sedap ni. Bahan-bahannya pun tak banyak. Bagi penggemar milo dan oreo, resipi ni memang wajib dicuba.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan As Lindasebagai rujukan;
“Pertama kali buat hari Ahad lepas, bawa ke open house club gym suami tapi tak sempat nak merasa. Jadi hari ni buat lagi”
Puding Milo Oreo
Bahan-Bahan:
10 gm agar-agar serbuk (1 peket)
750 ml air
130 gm gula (2/3 cawan)
400 ml susu cair (1 tin)
70 gm Milo (3/4 cawan)
1 bungkus Oreo
Cara Membuat:
1.Masak air bersama serbuk agar-agar hingga larut.
2.Masukkan gula dan masak hingga gula larut.
3.Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
4.Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan Milo. Kacau adunan hingga sebati.
5.Ambil 1 cawan adunan agar-agar Milo dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
6.Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5-7 minit. Jangan sampai terlalu keras.
7.Baki adunan Milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
8.Apabila permukaan adunan Milo dalam loyang mengeras sedikit, toreh permukaannya dengan garfu supaya lapisan atasnya mudah melekat.
9.Tuangkan adunan putih perlahan-lahan.
10.Kemudian patahkan Oreo kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam adunan tadi.
11.Biarkan lapisan putih pula mengeras. (saya buat 2 layer adunan putih supaya Oreo menjadi 2 lapis).
12.Akhir sekali tuangkan baki lapisan Milo.
13.Simpan dalam peti ais sehingga keras sepenuhnya.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Nak cuba kelainan, mak-mak boleh buat Puding Milo Oreo ni untuk anak-anak dan keluarga. Sesuai sangat disediakan untuk jamuan atau makan-makan bila buat rumah terbuka.
Ramai suka makan laksa dan ada macam-macam jenis resipi laksa yang menjadi pilihan. Namun salah satu resipi laksa sedap yang mak-mak boleh cuba ialah Laksa Lemak Siam yang cukup popular di Thailand. Ia seperti kuah lemak, menggunakan santan namun cukup rempahnya dan harum baunya dengan daun limau purut.
Boleh cuba resipi Laksa Lemak Siam sedap yang dikongsikan oleh Shah Shatryini;
Minum petang hari buat LAKSA LEMAK SIAM. Alhamdulillah, kena dengan selera. Menambah-nambah, bermangkuk-mangkuk jugak la.Di bawah nie saya sertakan sekali resepinya.
1 kg ikan selayang, temenung
10 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
4 btg serai* ( 2 batang di blend, 2 batang lagi di ketuk masuk dalam kuah )
2 inci belacan*
5 biji cili api* ( nak pedas, boleh lebihkan )
5 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut
3 cawan santan pekat
Garam, gula & perasa
Cara Membuat :
1. Rebus ikan, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus. Air rebusan jangan dibuang, gunakan air rebusan ikan tadi untuk kisar tulang pula. Blend tulang kemudian tapiskan.
2. Kemudian, kisar semua bahan-bahan yang bertanda*
3. Masukkan bahan blend, serai yang diketuk ke dalam periuk dan biarkan mendidih
4. Bila dah mendidih, boleh masukkan isi ikan yang dikisar tadi bersama dengan asam keping, daun limau purut dam air.Kuah jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Ikut selera memasing dan kacau sebati.
5. Kemudian masukkan santan, kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
6. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh tutup api.
7. Boleh hidangkan laksa lemak siam dengan bahan-bahan sampingan yang lain.
Bahan-bahan sampingan :
Timun
Taugeh
Kacang panjang
Bunga kantan
Salad
Telur rebus
Limau nipis
* Bahan sampingan nie ikut selera masing-masing nak letak apa.
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.