Nasi ayam memang digemari oleh kebanyakan anak-anak kita. Bahkan orang dewasa pun suka. Kadangkala makan nasi dengan sup pun dah cukup. Dah penuh perisa. Tapi ada mak-mak yang rasa renyah juga nak buat. Memang ada bermacam cara nak memasaknya.

Ha…Siapa nak try buat nasi ayam kukus simple dan mudah, boleh tengok resipi ini. Masak pun dalam mangkuk plastik IKEA je. Senang nak bajet. Hidangkan je satu mangkuk satu pinggan. Tak gitu?

Jom kita tengok cara buatnya. Cuba tau!

RESIPI NASI AYAM KUKUS

Nasi Ayam Kukus Guna Cawan, Mudah Nak Buat Sedap Ya Amat!BAHAN-BAHAN:

½ ekor ayam ( Separuh diperap dengan halia, bawang putih, pati ayam sikit)
5 sudu makan beras untuk tiap cawan
Sedikit halia – tumbuk lumat
Sedikit bawang putih – tumbuk lumat
Sedikit daun sup/daun bawang – Racik halus
1 sudu kecil stok ayam Maggi untuk setiap mangkuk
1 biji buah tomato – hiris bulat
1 batang timun- hiris bulat
Air masak secukupnya
Daun salad secukupnya

CARA MEMBUAT:

Nasi Ayam Kukus Guna Cawan, Mudah Nak Buat Sedap Ya Amat!Terlebih dahulu, panaskan periuk pengukus. Basuh beras bersih-bersih sambil berselawat. Kemudian letak dalam mangkuk (saya guna mangkuk plastik IKEA), letak bahan tumbuk (bawang putih dan halia) kira-kira satu sudu teh dalam tiap mangkuk. Letak air, cukup-cukup tenggelamkan beras atau lebihkan 1cm.

Nasi Ayam Kukus Guna Cawan, Mudah Nak Buat Sedap Ya Amat!Letakkan pati ayam kira-kira satu sudu makan di setiap mangkuk. Kemudian letak ayam seketul (yang diperap tadi) dalam tiap mangkuk, diikuti daun sup sikit. Tak perlu letak garam sebab dah cukup rasa.

IKLAN

Lagi resipi nasi ayam menarik di sini:

Resipi Nasi Ayam Cendawan Claypot, Nak Lagi Sedap, Bubuh Ikan Masin!

Jangan Anggap Memasak Susah! Ini Resipi NASI AYAM PANDAN MADU Mudah, Sedap & Jimat Gerenti di 

IKLAN

Jangan lupa follow Mingguan Wanita di instagram 

 

Nasi Ayam Kukus Guna Cawan, Mudah Nak Buat Sedap Ya Amat!Susun cawan di dalam periuk pengukus. Kukus di dalam pengukus 30 minit atau lebih atau hingga nasi dan ayam masak sepenuhnya. Setelah masak, bolehlah tutup api dan pindahkan mangkuk-mangkuk berisi nasi ayam tadi.

IKLAN

Nasi Ayam Kukus Guna Cawan, Mudah Nak Buat Sedap Ya Amat!Untuk membuat sup, buat macam biasa. Kalau nak simple, tumis bawang merah dan lebihan halia dengan halia dan bawang putih tadi. Kemudian masukkan lebihan ketulan ayam tadi, air, pati ayam dan daun sup.

Untuk sediakan cilinya; sediakan cili merah, bawang putih, sos cili, garam dan gula serta sedikit air. Kisarkan semuanya sekali dan masak sekejap di atas api.

Nasi Ayam Kukus Guna Cawan, Mudah Nak Buat Sedap Ya Amat!Bolehlah dihidangkan bersama hirisan tomato, daun salad dan timun. Tuang sos cili di atas ayam. Jangan lupa sup. Mudah je kan? Yang penting…SEDAP!

Sumber: Munierah Eyra

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI